Bab 54

9.6K 122 2
                                    

Shah bekerja keras menyiapkan kerjanya,kerana dia ingin mengambil cuti panjang. Dia ingin berjumpa Alia. Bukan dia tidak cuba melupakan Alia. Pelbagai cara dia lakukan, dia keluar dengan perempuan lain,namun Alia sentiasa difikiran. Pernah dia terpanggil perempuan itu dengan nama Alia. Akhirnya Shah berhenti mencari wanita sebagai pemuas nafsunya. Kerana dia tahu hanya Alia sahaja yang ada dihatinya.

Setelah semuanya tersusun rapi,Shah meninggalkan biliknya. Sengaja dia pulang awal hari ini. Dia ingin mengemas barang barangnya.

"su...i cuti seminggu....apa urusan u cari en.rashid...jika ada hal penting terus call i..."

"baik en.shah...."

Shah melangkah keluar dari banggunan empat tingkat itu. Sudah tidak sabar mahu bertemu Alia. Dia tidak peduli apa reaksi Alia.

Amar dan Daus sedang menantinya dilobi. Sejak pulang dari Terengganu,mereka kembali ke rutin harian mereka. Cuma untuk kali ini,Shah sendiri akan mencari Alia. Dia yang bersalah, dialah yang harus memohon kemaafan.

"daus,amar esk lepas hantar aku ke airport...aku nak korg setelkan urusan beli rumah tu..."

"baik bos.."

Daus mengangguk faham.

"lepas tu..korang boleh berehat..tgu hingga aku balik..."

"terima kasih bos..."

Amar menjawap dahulu.

Shah memandang keluar. Hatinya sedikit gementar,risau jika Alia menolaknya. Apa yang harus dia lakukan. Walaupun Alia haknya,namun hakikat tiada siapa dapat memaksa Alia.

            ------------------------------------

Perjalanan satu jam lima minit dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu itu menambah kegusaran hati Shah. Dia semakin hampir dengan Alia. Apa pun yang terjadi,Alia akan menjadi miliknya. Siapa pun yang Amani nampak rapat dengan Alia dia tidak peduli. Dia akan membawa Alia pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba sahaja di airport , sebuah van sudah menantinya. Beberapa orang pelancong lain juga turut naik bersama. Mereka dihantar ke Jeti Shahbandar, feri sudah menanti mereka. Perjalanan satu jam setengah itu cukup mendebarkan. Shah memandang permandangan ke luar feri. Tidak langsung dia menyangka, sejauh ini Alia membawa diri. Patutlah Daus dan Amar tidak dapat mencarinya.

Feri tersebut hanya untuk mereka yang menempah di Laguna Redang Island Resort sahaja. Pakej sudah termasuk dengan feri pergi balik,makan minum dan aktiviti. Tidak ramai di dalam feri,kerana dia datang pada hari bekerja. Tiba di pulau,Shah sendiri kagum dengan keindahan pulau itu. Keluar sahaja dari feri,terasa tenang dan mendamaikan, patutlah Alia lari ke sini. Jauh dari kesibukan manusia mengejar harta dan wang ringgit. Semua yang datang hanya ingin bersantai sahaja.

Mereka dibawa ke restoran resort itu, segala aktiviti dan masa makan diterang. Selepas itu semua diberi kunci bilik masing masing. Shah dari tadi mencari kelibat Alia. Beberapa orang pekerja kelihatan sedang berkumpul,namun Alia tiada di situ. Shah masuk ke bilik,begnya disimpan.  Dia berbaring sebentar, dia gembira. Dia dekat dengan Alia sekarang. Bilik itu hanya ada sebuah katil bersize queen. Disebabkan dia hanya datang seorang diri,maka bayarannya agak mahal. Shah tidak peduli semua itu.

        ------------------------------------------

Alia duduk bersantai di resort bersebelahan dengan resort tempat dia bekerja. Setiap kali cuti,dia akan mengikuti Amir. Aktiviti snorkeling tidak pernah jemu pada Alia. Dia suka melihat hidupan di laut. Seperti berada di alam lukisan,penuh dengan warna warni,ikan ikan pelbagai size dan warna. Batu karangnya juga cantik. Alia akan mengikut Amir ke mana sahaja,kerana lelaki itu lebih arif tentang laut. Lagipun dia tidak perlu berenang,Amir akan menariknya menggunakan pelampung,dia boleh menikmati pemandangan dibawah sepuasnya.

Alia bersantai mengadap laut,kebetulan resort itu beradi di tengah,kiri dan kanan adalah laut. Memang Alia suka resort itu,sudah dua kali dia bercuti di situ,cuma rezekinya sahaja bukan di situ. Buaian yang dipasang pada pokok itu menjadi tempat Alia melepaskan lelahnya. Dia memejam mata,sengaja dia tidak mahu pulang ke bilik,kerana dia sudah berjanji dengan Amir untuk mengikutnya petang nanti.

"alia...."

Suara Amir menegur.

"ye...."

Alia menjawap,tapi matanya masih terpejam.

"jom makan...."

"amir makan lah..pagi tadi alia dah sarapan...kenyang lagi..."

"meh lah mkn sikit...nanti nak buat aktiviti lagi...kalau lapar kan susah...."

"takpe...nanti lapar alia mkn lah ..alia ada bawak bekal roti tadi..."

"amir suap nakkk.."

"eeee.....taknak lahhh.."

Alia membuka matanya.

Amir yang duduk di kerusi memandangnya.

Alia tahu perasaan Amir,namun dia tidak mampu membalasnya. Biarlah Amir menjadi sahabatnya. Dia tidak mahu kehilangan lagi. Sudah berkali dia hilang orang yang dia sayang. Dari kecil lagi,sering makciknya menghina dia sebagai pembawa malang. Siapa sahaja Alia sayang mesti akhirnya pergi darinya. Kadang Alia seperti merasai apa yang dikatakan oleh makciknya benar.

Alia senang dengan hidupnya sekarang. Tidak perlu memikirkan perasan orang lain. Cuma di rindu dengan adiknya. Bila difikir apa yang terjadi,Alia melupakan perasaan itu.

"amir naik bilik dulu k..."

"ok.."

Alia melepaskan lelahnya.

Matanya memandang ke laut. Shah sudah lama terpadam dalam hatinya. Cukuplah derita yang ditanggung. Dia tidak sanggup lagi. Shah mungkin sudah berkahwin dengan wanita itu. Kata kata Shah benar,Alia sekadar pemuas nafsu bila sudah puas,dia pulangkan Alia pada Dev. Setiap kali teringat kejadian itu,matanya tidak pernah kering. Hatinya hancur. Kasihnya pada Shah tidak berbalas. Alia nekad melupakan Shah, kerana Shah bukan miliknya. Matanya terpejam,namun air matanya mengalir.

Amir berdiri memandang Alia. Sejak Alia kesini, wanita itu jauh berubah. Dia sering melihat Alia menangis, dari apa yang Alia ceritakan,dia dapat merasa cinta Alia pada Shah sangat dalam. Kerana itu juga dia tidak pernah memaksa Alia memilihnya. Dia tahu wanita itu sudah cukup menderita. Jika dia mampu,sudah lama dia menyapu air mata itu. Amir berjalan meninggalkan Alia. Biarlah Alia melepaskan segala kesakitannya.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now