Alia bergegas ke bilik air,belum sempat dia menutup pintu Shah sudah menolak. Alia berusaha menolak pintu.
"ada tenaga lagi tak tu..."
Shah ketawa.
"bg lah alia dlu..kejap je...Alia kan dh mandi..."
Alia menjawap disebalik pintu.
"sori syg....i nak masuk jugak...."
Sedikit sahaja tenaga yang digunakan akhirnya pintu terbuka. Shah ketawa melihat muka Alia masam. Sengaja dia mengusik Alia.
"jom mandi sama...."
Tubuh Alia ditarik.
Laju Alia mengelak. Dia hanya mahu membersihkan diri sahaja. Melihat Shah ketawa,Alia rasa bahagia. Mungkin Shah sudah berubah.
"takpe lah....awak mandi lah dulu..nanti Alia masuk plak..."
Akhirnya Alia menyerah kalah.
Bergema tawa Shah di dalam bilik air. Seronok dia dapat mengusik Alia.
"u bukan nak mandi kan....just guna je lah belah sana...i nak mandi....atau u tak tahan tengok i mandi bogel...."
"ishhh...takde lah..."
Alia membuka paip disinki. Dia langsung tidak memandang Shah yang tidak habis habis mengusiknya. Selesai membersihkan diri Alia keluar dari bilik air.
---------------------------------
Alia menahan rasa,dari tadi Shah belum berhenti mengenakannya. Semua nya kerana Shah. Mereka kelam kabut keluar dari bilik kerana jam hampir pukul 12. Alia hanya menyimpang sahaja shawl. Makeup pun sekadar ala kadar.
"tanggal lah nie....i tak minat lahh..."
Shah bersuara.
Sementara memanaskan enjin kereta,Shah memandang Alia. Shawl dikepala Alia merimaskannya.
"kalau Alia belit elok elok Shah ok tak..."
"kalau i ikat u ngn shawl tu u ok tak..."
Terkejut Alia mendengar jawapan dari Shah.
"tanggal lah..i bukan suruh u tanggal baju pun..."
Akhirnya Alia akur, shawl tersebut diletak didalam beg tangannya. Alia membetulkan rambutnya menggunakan jari. Sudahlah rambutnya panjang,terpaksalah Alia mengatur rambutnya.
"cantik...."
Sepatah perkataan dari mulut Shah.
Alia memandang Shah disebelahnya. Pelik mendengar ayat itu dari mulut Shah. Tidak pernah dia mendengar Shah memujinya.
"bukan u...tu kereta kt depan tu cantik..nti i ingat nak tukar kereta macam tu lah..."
Shah juga terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulutnya. Selamat ada idea yang bernas melintas diotaknya saat itu.
Alia memandang kereta tersebut. Kemudian dia memandang Shah. Rasanya kereta itu sama seperti kereta Shah. Cuma warna sahaja yang berbeza. Namun Alia mendiamkan diri sahaja. Alia kembali bersiap,lipstik dipakai. Baru terasa lengkap dirinya.
Sudah sekian lama,akhirnya mereka meninggalkan Genting Highlands dengan pelbagai cerita. Shah memandu pulang ke Kuala Lumpur,kerana Daus dan Amar terpaksa pulang awal kerana document hasil perjumpaan itu harus dihantar kepada papanya.
"so kita makan kt kl je lah....u ok tak..."
Shah bersuara
"ok je...tak lapar pun.."
"lepas nie i sebok...i mungkin jarang balik jumpa u...i taknak u keluar ..kalau ada sape sape datang col daus terus.."
" okkk..."
"u ada nak cari apa apa tak.."
"cari apa..."
Alia binggung. Apa yang hendak dicarinya.
"barang u lah..."
"oohh.tak pe..sy beli online je..."
" i tak pernah bg u duit...so dari mana u dpt duit beli barang..."
"duit sy sendiri,sy ada simpanan sikit..sy pakai duit tu lah..."
"apa apa je u nak..just bgtau daus..nanti dia akan belikan untuk u..n lagi 1 ..i taknak sape sape dari family u or kawan u datang kondo...."
"takde siapa pun tahu sy duduk kt situ..sy sendiri pun tak tahu sy duduk mana.."
"habis u order barang online mcm mana..."
"daus..."
Shah menjeling Alia disebelahnya.
Wanita itu sedikitpun tidak pernah meminta, lebih banyak berdikari. Jika Shah lambat menghantar makanan pun Alia tidak pernah merungut. Dia masak apa sahaja yang ada. Jika tiada lauk, dia masak nasi goreng. Tidak pernah marah atau memerli langsung,sentiasa tersenyum. Sedangkan Shah tahu tentang hidup Alia. Penuh dengan kesakitan. Kerana itu lah dia mahu Alia rasa gembira.
Sepanjang perjalanan Alia dan Shah bersembang dan bergurau. Tidak sedar sudah tiba ke destinasi mereka.
Alia menurunkan barangnya."pakaian kotor awk mana...biar lah Alia basuh sekali nanti..."
Alia bertanya pada Shah.
"betul nie...nti u cakap i dera plak..."
"betul...alang alang Alia nak basuh baju Alia juga.."
Shah menghulur beg pakaian kotornya.
"pergilah naik dlu...nanti br i gerak.."
Alia mengangguk setuju. Dia berjalan meninggalkan Shah. Terasa ringan barang yang dibawa kerana hatinya gembira. Alia berpaling melihat Shah yang masih berdiri pada pintu kereta memandangnya.
"terima kasih...."
Kuat suara Alia.
Shah sekadar tersenyum.
Setelah Alia hilang dari pandangannya baru Shah bergerak meninggalkan kondo tersebut. Dia harus pulang ke rumah. Shah tersenyum gembira. Hatinya senang melihat Alia.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
Storie d'amoreMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...