Shah mencuci bajunya yang terkena air tadi. Namun kotoran itu tidak hilang. Shah buntu,tak kan dia ingin berkerja dengan baju kotor begitu. Walaupun meeting yang dikatakan pada Aslinda itu hanya rekaan,namun dia tidak sanggup berdepan dengan pekerjanya begitu. Untuk pulang ke rumah dia akan membuang masa. Shah teringat baju yang Alia cuci semasa pulang dari Genting hari itu. Telifonnya dicapai,nama Daus didail.
"daus...sedia kereta..aku nk ke kondo sekarang..."
Shah mengambil barang penting dan berlalu pergi,dia memberitahu pembantunya ketiadaannya seketika.
Shah berjalan ke kereta,matanya terpandang kereta Aslinda yang masih terparkir di situ. Shah tahu ke mana Aslinda. Namun dia tidak selesa dengan bajunya. Dia berlalu masuk ke dalam kereta.
Tiba di kondo Shah membuka pintu,hatinya sakit. Sejak kejadian itu,dia tidak pernah datang ke sini lagi. Hatinya tidak kuat. Ruang tamu kemas. Shah berlalu ke bilik tidur utama. Katil juga tersusun kemas. Telifon Alia diatas katil dipandang. Dia berlalu ke almari,pakaian Alia masih berada disitu. Dia mencari kemejanya yang sudah dicuci.
Selesai dia menukar pakaian Shah melangkah ke ruang tamu. Dia tidak mampu bertahan lama di situ. Seperti ternampak Alia berada disekitar rumah itu. Shah berjalan ke pintu,saat itu dia melihat ke atas. Cctv. Shah memandang telifonnya, dia membuka app cctv itu. Lama dia berfikir untuk membuka rakaman cctv itu. Hatinya tidak kuat untuk melihat jika benar Alia mecederakan mamanya,atau kenyataan mama menipu dirinya.
Shah berjalan ke sofa,dia duduk memandang kedinding. Akhirnya Shah membuka rakaman,dia mencari tarikh kejadian itu. Dia melihat Aslinda dan mama membuka pintu rumah. Shah pelik bagaimana mereka dapat kunci rumah itu. Terkejut Shah melihat kebenaran dihadapannya. Melihat Alia langsung tidak melawan,hanya menahan diri sahaja. Shah melihat Aslinda dan mamanya memukul Alia. Sedikitpun Alia tidak menyentuh mamanya mahupun Aslinda. Dia melihat mereka keluar dari rumah itu tanpa sedikit pun luka. Jadi dari mana datangnya lebam diwajah mamanya.
Hati Shah hancur,tergamak mama menipunya. Shah membuka rakaman dia memukul Alia. Dia melihat bagaimana tergamak dia mencederakan Alia,langsung tidak memberi Alia peluang mempertahankan dirinya. Dia melihat bagaimana dia sanggup memukul tubuh tidak bersalah itu. Rakaman itu menunjukkan Alia jatuh terkulai di tampar Dev dan digendong oleh orang orang Dev,membawa Alia pergi. Shah menutup telifon,air matanya mengalir. Dadanya seperti ingin pecah,dia menahan rasa.
Shah berlari ke pintu,dia bergegas meninggalkan kondo itu. Amar dan Daus telah menantinya di kereta.
"daus pergi sarang..."
Shah memberitahu. Jika ikut hatinya mahu saja dia terbang ke tempat Alia.
Dia mahu mengambil kembali Alia, wanita itu tidak bersalah. Dia yang bersalah kerana mudah terpedaya dengan permainan mamanya. Terasa jauh perjalanan itu. Hatinya tidak sabar.-------------------------------------
Alia menikmati makanan dihadapannya, semalam dia tidak menjamah apa pun. Perutnya bekeroncong sepanjang malam. Selamat tengahari ini Dev memberinya makanan. Habis semua makanan yang dibungkus. Alia mencapai teh ais yang tergantung ditepi kerusinya.
Selesai makan,Alia membuka tv. Dia mencari siaran yang menarik. Dev keluar pagi tadi,tidak langsung menggangunya. Malam tadi pun dia sekadar memeluk sahaja. Alia lega,setidaknya dia tidak perlu melayan nafsu lelaki india tersebut. Tiada siaran yang menarik,tv ditutup. Alia berdiri di balkoni. Membayang jika dia boleh melarikan diri. Kemana hendak dia pergi.
Pulang ke kampung,tapi dia tiada rumah. Rumah neneknya sudah dijual oleh Mak Longnya. Ibu dan ayahnya memang tidak punya apa. Mereka tinggal bersama nenek. Namun mereka terlibat kemalangan semasa Alia masih kecil. Dia dibesarkan sepenuhnya oleh nenek. Jika hendak ke rumah adiknya dia tidak sanggup,kerana adiknya telah banyak berkorban untuknya.
Alesha merupakan satu satunya keluarga yang tinggal. Keluarga sebelah ayah semua telah membuang mereka selepas nenek meninggal. Keluarga belah ibu pula mereka tidak kenal. Kerana ibunya berasal dari Thailand. Hanya adiknya sahaja yang ada.
Namun berjumpa Alesha adalah perkara terakhir dalam hidupnya. Alesha berkorban hidup untuknya. Saat dia ingin dijodohkan dengan seorang lelaki sebaya ayahnya, Alesha lah yang sanggup mengantikannya. Kerana saat itu Alia sudah bercinta bersama Ikram. Hanya kerana sebuah tanah, Mak Longnya memaksa Alia berkahwin. Akhirnya Alesha yang baru sahaja menamatkan persekolahan bersetuju menjadi isteri lelaki itu.
Kerana itu Alia membawa diri,berkahwin dengan Ikram umpama penyelamat hidupnya. Namun siapa sangka perkahwinan itu hanya bertahan sementara. Dia dibuang tanpa sedikitpun simpati. Malah dijual ke sini. Air mata Alia mengalir. Kemana hendak dia bawa diri.
Bunyi pintu dibuka mengejutkan Alia. Dia berpaling,wajah Dev tersengeh. Lelaki itu seperti tidak kena. Dev masuk dan menutup pintu. Bau busuk tersebar diseluruh bilik. Alia menutup hidungnya. Dia memandang Dev,lelaki itu menuju ke arahnya berjalan terhoyong hayang.
"sygggg.."
Dev memanggil Alia.
Alia menjarakkan dirinya dari Dev. Lelaki itu menghampirinya. Dia takut. Dia tahu apa yang Dev mahukan. Alia berundur kebelakang.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...