Bab 56

10.1K 136 51
                                    

Shah terbaring dikatil,puas hati dapat melihat Alia. Jika ikutkan hatinya,mahu saja dia memeluk tubuh itu. Tapi dia takut Alia tidak boleh menerimanya. Shah tersenyum,ternyata kata katanya memakan diri. Dia tidak membenarkan Alia jatuh cinta. Kini dia yang jatuh cinta pada Alia. Cemburu dia melihat Alia rapat dengan lelaki itu petang tadi.

Mungkin lelaki itulah yang Amani cerita. Kerana dia lihat lelaki itu pulang ke resort bersebelahan dengan resortnya. Shah ingin bertemu Alia,tapi dia sendiri seperti takut untuk berjumpa. Tadi Alia sudah di depan matanya, tetapi dia kelu untuk memanggil Alia.

Alia baring,dia memandang ke siling biliknya. Dia kasihan melihat Amir, lelaki itu benar benar ikhlas mencintainya. Namun hatinya tidak mampu untuk menerima Amir. Shah terlalu berkesan di dalam hatinya. Walaupun dia sedar Shah hanya menganggapnya sebagai perempuan simpanan,tapi hatinya tetap mencintai lelaki itu. Sekasar mana pun sentuhan Shah,Alia tetap jatuh cinta. Cuma hatinya terluka bila Shah membuangnya tanpa memberi peluang untuk Alia mempertahankan diri. Sudah lah dia kecewa bila tahu Shah sudah bertunang. Dia tambah lagi dengan perbuatan Shah.

Alia melihat gambar bersama Amir. Tiada cacat cela padanya,jika dia mampu belajar mencintai lelaki itu, dia yakin bahagia miliknya. Namun hatinya tidak sedikit pun terbuka untuknya. Jika dia mencintai Amir bermakna dia telah berjaya membuang Shah sepenuhnya dari hati. Alia memejam matanya. Malas melayan perasaannya

Petang itu Alia bersiap, shiftnya akan bermula pada pukul 4 dan tamat pada pukul 1 pagi. Jika dia bertugas pagi dia akan bermula pukul 7 pagi. Setelah siap,Alia berjalan ke bilik yang telah disediakan untun pekerja housekeeping. Melihat dia bekerja dengan siapa, setelah itu Alia bergerak mengambil troli,dia menyusun barang barang yang diperlukan.

"alia...kita team minggu nie .."

Kak Zah menegurnya.

"ye kak zah...."

Alia tersenyum.

Kak Zah orang lama di situ,dia tinggal di kampung yang berhampiran dengan resort ini.

Sedang mereka meyusun peralatan di atas troli,ketua mereka mendekati Alia. Dia meminta Alia mengemas bilik tersebut. Alia mengangguk faham.

Alia dan Kak Zah menolak troli ke bilik tersebut. Pintu diketuk,hanya suara seorang lelaki sahaja yang kedengaran. Alia menolak pintu tersebut,sehelai cadar dan sarung bantal di ambil. Baru sahaja Alia melangkah,hatinya bergetar,wangian itu mengingatkannya kepada Shah. Alia menahan diri. Kak Zah sudah masuk dahulu untuk menukar cadar. Alia masuk,wajah lelaki itu tidak dipandang. Alia hanya menunduk. Dia berjalan ke arah katil tersebut,namun kedudukan lelaki itu terlalu dekat,sukar dia untuk masuk.

"maaf encik..boleh encik beri sedikit laluan..."

Alia meminta laluan.

Lelaki itu mengalih lututnya.

"tukar selimut sekali...rasa berpasir...."

Lelaki itu memberi arahan.

"baiklah..."

Kak Zah menjawap.

Alia terhenti menanggalkan cadar. Seperti dia kenal suara itu. Alia tidak bergerak,dia hanya mendiamkan diri. Lama dia berdiri.

"aliaaaa....aliaaaaa...."

Kak Zah memanggilnya.

Alia tersedar,laju tangannya meyiapkan kerja. Dia tidak sanggup lama di situ. Hatinya tidak tenang. Setelah menukar cadar,Alia dan Kak Zah memasang selimut pula. Bantal dicapai,dia menukar dan meletakkan bantal ditempat asalnya. Alia yang ingin melangkah keluar terhenti,kaki lelaki itu menghalang laluannya.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now