Selesai makan tengahari, Shah memimpin tangan Alia berjalan sekitar genting. Kawasan itu tidak lah seluas mana. Mereka duduk disebuah kerusi mengadap taman tema.
"seronok...."
Shah bertanya.
"seronok sangat...tq sbb bawak sy keluar.."
Alia memandang ke sekumpulan manusia sedang bergembira sebuah buiaan. Lama memerhati hingga Alia tersedar sesuatu. Bingkas Alia bangun, tangan Shah ditarik.
"jommmm ."
Alia mengajak Shah berlalu dari situ.
"kenapa plak nie..."
Shah bangun mengikut Alia.
Laju kaki Alia melangkah meninggalkan kawasan taman tema itu. Dia berdoa tidak siapa nampak kehadirannya disitu. Tangan Shah dilepas, memeluh tubuh. Kakinya terus melangkah memasuki Hotel First World.
"knp...."
Shah menarik tangan Alia.
"takde apa...sejuk sgt tadi...sy pakai shawl je..ttup badan...tuan lain lah pakai sweater..."
Sengaja Alia mencipta alasan.
"lain macam muka sejuk..mcm nampak hantu...tetiba pucat..."
Shah memerli,dia dapat merasakan Alia membohonginya.
Mereka sambung berjalan disekitar kawasan hotel itu. Terdapat kawasan hiburan didalam kawasan hotel tersebut. Pelbagai mainan tersedia. Kedai kedai cenderahati dan barang berjenama juga ada. Namun Alia sekadar memandang, tidak berniat untuk membeli apa apa.
Shah berjalan disebalah Alia, sengaja memerhati perangai wanita itu. Masuk ke kedai sekadar membelek barang,namun tidak membeli sedang kan dia sudah offer untuk bayar. Namun semuanya Alia tidak mahu.
"ada nak beli apa2 takk..."
Shah bertanya.
"takde....sy tgk je..."
"ambil apa yang nak..sy byr... "
"takde apa yang sy nak..semua barang sy ada..."
"rugi lah....sy nak byr awak tak nak..."
Alia hanya tersenyum,namun cukup untuk Shah dengar.
Hati Alia gembira, belum pernah Shah berlembut dengan nya begitu. Memang tiada apa yang dia mahu, semua keperluaannya sudah Shah sediakan. Lengkap lebih dari apa yang dia miliki sebelum ini.
Tiba disebuah kedai jam, Shah menarik tangan Alia memasuki kedai itu. Tangan Alia tidak dilepaskan,masih dalam genggaman Shah. Sambil melihat koleksi jam tangan dia memimpin tangan Alia. Dia ingin membelikan Alia seutas jam tangan. Suka dia melihat semua pemberiannya dihargai Alia. Belum pernah ada perempuan yang memakai barang pemberiannya lebih dari sekali. Tidak Alia, pakaian,minyak wangi, barang makeup, dan handbeg pemberiannya sentiasa dipakai Alia.
"awak suka jam mana.."
Shah berpaling memandang Alia.
"tak tau...sy mana pandai pilih jam....tuan suka yang mana...tuan beli lah..lagi pun tuan yang pakai..."
Alia memandang jam didalam cermin kaca itu, semuanya nampak mahal.
"untuk awak Alia....bukan untuk sy..."
"sy tak pakai jam...."
"sbb tu sy nak beli...cepat pilih...."
Tangan Alia yang masih dalam genggaman Shah dibawa masuk kepoket baju sejuknya. Alia tertarik mendekati Shah. Hampir benar dia disebelah Shah. Haruman lelaki iti menusuk jiwanya.
"nie cantik...boleh sy tgk yang nie..."
Shah meminta pekerja kedai tersebut membawa keluar seutas jam.
Jam tersebut dibelek Shah. Lama dia melihat jam itu.
"tangan..."
Dia memandang Alia,meminta Alia menghulurkan tangan.
Alia menarik tangannya yang berada didalam poket Shah,namun terasa genggaman tangan Shah makin kemas.
"tangan tu..."
Mendengar arahan dari Shah,laju saja Alia menghulurkan tangannya. Shah meletakkan jam ditangan Alia.
"ada yang kecil sikit tak.."
Shah bertanya sambil melihat kedalam cermin.
Jam tersebut dipulangkan.
Seutas jam berwarna perak bersaiz sederhana kecil dikeluarkan.
"design nie encik suka, tapi design nie mahal sikit..sebab batu2 kecil disekeliling nie batu kristal..."
"cuba pasang pada tangan dia...Alia...."
Alia bagai lembu dicucuk hidung laju saja menghulur tangan. Akhirnya jam itu terletak ditangan Alia. Shah melihat,dia berpuas hati dengan design dan size jam tersebut. Cantik dipakai oleh Alia. Selalu dia melihat tangan Alia kosong tanpa perhiasan,hanya sebentuk cincin dijarinya sahaja. Pada Shah mungkin itu cincin nikah Alia. Terdetik dihatinya ingin Alia menanggalkan cincin itu,kerana Alia sudah menjadi miliknya sahaja.
"macam mana encik..."
Shah tersedar dari lamunannya,matanya berkalih. Bukan jam yang dipandang tapi jari Alia yang ditenung.
" tak payah lah tuan...sy bukan pakai pun...lagipun mcm mahal je nie..."
Alia menyampuk.
"berapa nie...."
Alia bertanya kepada gadis itu.
"ok saya ambil..."
Shah memotong pertanyaan Alia.
"baik lah..sy sediakan bekas dahulu ye...maaf puan nak pakai terus atau nak masuk dalam kotak.."
Gadis itu bertanya.
"takpe..dia pakai terus.."
Shah yang menjawap pertanyaan itu.
Alia hanya berdiam diri,dia sendiri tidak dapat berkata apa. Shah lebih pantas darinya.
Selesai bayaran Shah dan Alia keluar dari kedai itu. Alia melihat jam ditangannya. Tanpa bertanya harga, Shah menghulurkan sekeping kad. Beberapa minit,jam tangan itu sudah menjadi milik Alia. Alia memang tidak memilik seutas jam pun sejak dahulu,kerana dia memang tidak berminat memakai jam. Dia juga tidak pernah berangan untuk membeli.
Keluar sahaja dari hotel, suasana diluar sudah bertukar gelap. Shah dan Alia beriringan jalan pulang ke hotel mereka.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...