Bab 53

9.6K 156 15
                                    

Shah baru sahaja selesai mesyurat,beberapa perkara perlu diselesaikan. Dia masih mencari pengganti papanya. Kekosongan itu agak mengganggunya,kerana dia terpaksa meyiapkan sendiri. Syarikat itu tidak lah besar mana,namun dia masih perlu pembantu. Beberapa orang rakan dari universitinya dulu telah dia hubungi,jika ada yang berminat ingin menjawat jawatan tersebut.

Leka dia membuat kerja. Hanya itu sahaja masa dia dapat melupakan Alia. Jika masanya terbiar,pasti nama Alia akan muncul dalam ingatannya. Sudah puas dia mengajar hatinya untuk melupakan Alia. Namun dia masih tidak mampu. Dia seperti di jampi untuk tidak langsung dapat melupakan Alia. Shah membelek fail fail yang tersusun,bunyi telifonnya membuatkan dia berpaling. Namun dia meneruskan kerjanya. Namun pesanan kedua masuk. Shah mencapai telifonnya.

Ambil amani dekat klia...pukul 9...

Shah menggeleng.

Entah apa yang tidak kena. Biasanya Amani bukan jenis begitu. Dia pandai berdikari. Segala urusannya dilakukan sendiri. Sewaktu dia belajar dahulu pun,dia menguruskan sendiri hingga dia tamat pengajian.

Kereta mana...abg byk kerja...

Shah malas memandu ke Klia. Lagipun memang kerjanya banyak. Telifonnya berbunyi lagi. Shah membuka pesanan dari Amani. Sekeping gambar wanita yang tidak begitu jelas di pandang. Shah terkejut,dia tahu itu Alia.

Terserah.

Hanya itu yang di hantar Amani.

Shah menghubungi Amani,namun talian itu sengaja ditutup. Shah tahu Amani sengaja menutup telifon. Shah membuka kembali gambar tersebut. Dia tahu itu Alia,cuma Alia nampak sedikit kurus. Air matanya mengalir. Akhir di tahu di mana Alia. Alia sedang tersenyum,dia tahu Alia gembira. Hatinya lega sekurang kurangnya Alia selamat.

Shah mengemas semua barangnya,tidak sabar mahu menjemput Amani di Klia. Dia perlu tahu dimana Alia sekarang,cuma dia hairan bagaimana Amani mengenali Alia. Sedangkan dia tidak pernah mengenalkan Alia pada sesiapa pun. Namun itu tidak penting,yang penting dia perlu tahu di mana Alia. Dia sendiri akan pergi berjumpa Alia.

Shah mencapai telifonnya, dia menghantar pesanan kepada Daus dan Amar. Meminta mereka pulang ke Kuala Lumpur. Kerana dia sudah berpesan sekiranya Alia tidak ditemui,mereka tidak boleh pulang.

Perjalanan ke Klia terasa jauh, dia menanti Amani tiba. Jam menunjukkan pukul 9.10 malam. Namun Amani tidak muncul lagi. Telifon juga dimatikan. Shah sudah tidak senang duduk,dia keluar dari keretanya. Dari jauh dia sudah nampak Amani. Dia terus berjalan mendekati Amani.

"alia kat mana..."

Shah bertanya.

"amboi....abg taknak tnya adik abg nie ok ke tak..holiday ngn jantan mana....mkn ke tak..."

Amani memerli.

"plssss lah amani.....alia kt mana..."

"jom pergi makan dlu....lapar nie..."

Amani menarik begnya,dia tersenyum melihat abangnya yang tidak sabar itu.

Didalam kereta Shah berkali kali bertanya,namun Amani tidak menjawap. Sengaja dia ingin melihat Shah tidak keruan begitu. Dia tahu abangnya sudah jatuh cinta pada Alia. Wanita itu tidak cantik seperti Aslinda,tapi wajahnya manis. Bila bersama Alia terasa senang dan selesa. Sebelum dia meninggalkan pulau itu,sempat dia bersembang dengan Alia. Wanita itu seperti mahu ke suatu tempat,kerana dia tidak memakai pakaian kerja.

"macam mana Amani kenal alia..."

Shah bertanya,sudah letih dia bertanya di mana Alia.

"kalau dah setiap hari termenung mengadap handphone,tenung gambar perempuan tu...siapa tak perasan..."

"amani curi tengok ek..."

"bagus lah amani tengok...kalau tak mst abg tak tahu kat mana kak Alia kan..."

Amani sengaja menyakat abangnya.

"kita makan kat sini je lah ye...nk balik rumah pun dah dekat..."

Shah memarkir keretanya.

Mereka berjalan masuk ke dalam kedai. Mereka memilih tempat yang kurang orang. Senang mereka ingin bersembang.

"order apa je....abang belanja..."

"elehhhhh...."

Amani tahu niat abangnya.

"okkk....amani....plssss...mana aliaaa..."

Shah sudah tidak mampu bersabar lagi.

"amani tak tau betul ke tak dia..."

"betul..tu memang Alia..."

Shah yakin itu Alia.

Amani menghulur telifonnya pada Shah. Dia menunjuk sekeping gambar yang dia tangkap bersama Alia sebelum dia pulang tadi. Sengaja mengajak Alia bergambar,selamat Alia tidak kisah.

"aliaaaa....."

Shah menarik telifon Amani.

Wajah Alia dipandang,wajahnya nampak sedikit berubah,kerana beratnya susut.

"ada lagi gambar lain..bg fon..amani hantar kt whatsapp abg..."

Amani meminta telifonnya.

Beberapa keping gambar curi Alia dihantar kepada Shah. Shah melihat semua gambar Alia. Makanan yang terhidang dihadapanya juga tidak di sentuh. Air pun dia tidak minum.

"alia kat mana...dia kerja apa..."

Shah memandang Amani. Mengharap jawapan dari adiknya.

"pulau redang....dia kerja housekeeping..."

"resort apa...."

"redang laguna resort..tapi dia mcm rapat dengan sorang lelaki....tapi bukan dari resort tu lah..."

"abg tak kisah pasal tu...abg cuma nak bawak alia balik je..."

"kak amni kata dia perempuan simpanan abg...."

"ye..tp bukan mcm apa yang korg fikir...nti lah abg terangkan..."

"tapi dia nampak baik....nampak tak mcm jenis ambil kesempatan.."

"dia teraniaya je....abg yang ambil kesempatan...salah abg....abg pukul dia sebab mama..."

"apa yg sebenarnya terjadi...pelik amani..nak tnya mama,takut nti makin sedih....apa mama dh buat..."

"mama dgn linda serang alia kt kondo abg....tp mama tipu abg..dia ckp alia yg serang dia..abg percaya sebab muka mama lebam masa tu...kepala berbalut....abg tak fikir panjang,abg pukul alia....wlpn dia merayu dengan abg......."

Shah melepaskan lelahnya. Setiap kali kejadian itu terimbas kembali,setiap kali itu lah hatinya pedih.

"kak alia serang mama....tak kan abg percaya.....muka mcm kak alia tu takkan buat mcm tu lah..kak alia tu jenis senang ditindas kot...bukan jenis melawan...."

Amani hairan kerana abangnya percaya kata kata mama dan Aslinda.

"abg percaya mama...abg tak sangka mama tipu abg....abg buat silap besar...abg slah dengan alia...."

"knp abg pukul dia...abg...kak linda tu panjang akal..setakat lebam tu dia makeup2 je muka mama..dia sengaja gunakan mama...dia tahu kelemahan abg.."

"abg salah amani....abg bodoh masa tu...abg tak fikir..abg hanya nampak mama sakit je...abg jadi marah...abg tak sgp tgk mama sakit..sbb abg tahu papa buat apa belakang mama....abg just nak jaga hati mama je.."

"dah lah...abg tak mkn pun..."

"abg dah kenyang..."

Shah menahan air matanya.

Shah bersyukur Alia selamat. Dia sendiri akan ke Pulau Redang. Dia akan membawa Alia pulang bersamanya. Dia nekad,majlis perkahwinan yang mamaya tangguh akan diteruskan. Cuma yang berbeza pengantin perempuannya adalah Alia. Dia ingin mengambil Alia sebagai isteri. Kehilangan Alia meyedarkannya yang dia cintakan Alia.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now