"Aliaaaaaa..."
Shah terjaga dari tidurnya. Dia mimpikan Alia. Shah duduk dibirai katil,peluh dimukanya dilap. Hatinya berdebar. Dia mimpikan Alia,wanita itu seperti direntap pergi darinya. Namun Shah cuba menghalang tetapi tidak berjaya. Puas Shah berlari mengejar Alia,namun Alia makin jauh darinya.
Astafirullahalazim....aku mimpi rupanya....kenapa mesti Alia...ramai perempuan lain aku kenal.....
Shah melihat jam di tepi katil. Dia bangun dan bersiap untuk ke pejabat. Alang alang dia sudah terjaga.
Shah turun ke ruang tamu,jam baru pukul 8.30 pagi. Selalu pukul 10.00 baru Shah berangkat ke pejabat. Dia ke meja, secawan air dituang.
"awal Shah hari nie...."
Datin Sarah menegurnya, dia muncul dari dapur.
"Shah terjaga awal ma...lagipun banyak kerja kat pejabat nak buat.. "
"duduk dulu sarapan dengan mama.."
Shah duduk bersarapan bersama Datin Sarah. Wajah mamanya dipandang. Tiada lagi kesan lebam.
Sesenduk nasi goreng dituang ke pinggannya. Mamanya memang rajin memasak,pembantu rumah hanya mengemas sahaja,urusan makan minum keluarganya semua dibuat oleh mama. Dia mahu keluarganya makan hasil dari air tangannya.
"shah dah pilih baju bersanding ke belum.."
"kan dah pergi hari tu .."
"tu baju akad nikah je ...baju bersanding lain...takkan nak pakai sama...apa kata keluarga Linda nanti..."
"takpe..hujung minggu nie Shah selesaikan.."
Malas memanjangkan cerita. Dia tidak mahu bergaduh dengan mamanya.
Selesai bersarapan,Shah berangkat ke tempat kerja. Kereta sudah tersedia diluar,Amar sudah bersiap menantinya. Terjaga dari tidur tadi,dia terus menghubungi Amar. Dia malas memandu ke pejabat.
Dalam kereta Shah memejamkan matanya. Perjalananya tidak jauh,tetapi kesesakan menyebabkan perjalanan menjadi lambat. Dia terlelap seketika.
Tiba sahaja diperkarangan pejabat,Shah masih lena. Amar serba salah mahu mengejut bossnya. Kereta sudah di parking, tingkap dibuka sedikit. Amar sekadar menanti. Memberi peluang pada bossnya terlelap sebentar.
"aliaaaaaaaaa...."
Shah terkejut dari tidurnya. Jantungnya berdegup laju.
"En Shah....ok ke...."
Amar bertanya.
"ok ok...kita dah sampai ke..."
"dah..."
Shah meruap mukanya. Jantungnya masih laju.
Kenapa dengan aku nie ...kenapa aku kena mimpi perempuan tak guna tu.....
Shah keluar dari kereta. Dia berjalan ke pejabatnya. Beberapa orang staff yang menegurnya tidak dibalas,dia berjalan laju.
Tiba di dalam biliknya,Shah menghempas punggung di atas kerusi. Hidupnya tidak aman. Mimpi itu mengganggunya.
Tengahari itu Aslinda muncul dipejabat Shah. Makan tengahari dibawa, dia ingin makan bersama Shah.
"hai b.."
Linda bermanja dengan Shah.
Shah memandang sahaja.
"syg i bawak bekal..kita makan sama ye..i masak tau....i nak u rasa masakkan i..."
"u masak..pandai ke.."
Shah bertanya,namun matanya masih pada screen laptop.
"pandai lah...i belajar untuk u....."
Aslinda berjalan menghampiri Shah,bahu lelaki itu disentuh,teringin benar dia ingin melihat tubuh itu tanpa sebarang lapik.
"linda i ada kerja nie...u pergi hidang makanan tu kt sana...nanti i datang.. "
Shah sengaja menyuruh begitu,dia rimas dengan Aslinda.
Aslinda bagai lembu dicucuk hidung,laju dia membawa bekal ke arah sofa. Makanan yang dimasak oleh pembantu rumahnya dihidang. Dia menanti Shah,tidak sabar dia ingin mendengar pujian dari Shah.
Shah berjalan ke arah Aslinda. Dia duduk disofa,makanan yang terhidang dipandang,kagum juga dia. Perempuan seperti Aslinda sanggup turun ke dapur untuknya. Pinggang yang dihulur Aslinda diambil,lauk masak lemak ketam itu memang kegemarannya. Dia mengambil sedikit, sesuap nasi dijamah. Sedap. Hairan Shah memandang Linda.
"sedap takkk...i belajar tau..banyak kali i buat..."
"sedap...bagus lah...perempuan mmg kena pandai masak.."
"alah u nie...u rasa nie plak..."
Lauk pauk lain dihulur pada Shah. Semuanya sedap. Shah selesai makan, dia tahu bukan Linda yang masak,kerana masakan itu semuanya sempurna. Seperti sudah biasa memasak. Masakan perempuan seperti Linda rajin mengerjakan semua itu.
"nah air...i buat jus avocado,nie fav u kan.."
Aslinda duduk disebelah Shah,dia ingin menyuap Shah.
"i boleh minum sendiri..."
Shah merampas botol tersebut.
Namun Aslinda tidak melepaskan,dia ingin meyuap Shah. Aslinda menarik kembali bekas air itu,akhirnya jus itu tertumpah diatas baju Shah.
"sori syyggg...i tak sengaja..."
Aslinda tergamam.
Shah bangun,bajunya dipandang. Sudah lah jus itu di campur sedikit coklat,habis bajunya.
"u ada baju spare tak..."
"takpe..u balik je...i ada baju spare.."
"alahhhh..i teman u k..."
"i ada meeting jap lagi...tak dapat layan u ..u balik lah dulu..."
Aslinda merajuk,makanan dikemas. Dia berjalan ke pintu.
"linda..."
Shah memanggil.
"u nk i teman ke..."
"tak...sabtu ni kita keluar selesaikan pasal hal kawen kita."
Aslinda yang mendengar terus berubah emosi. Gembira hatinya.
"ok sygg...i tgu u call i k...."
Aslinda berlalu gembira. Riang hatinya bila Shah nampak berusaha untuk menjayakan majlis perkahwinannya. Aslinda berjalan ke arah lif. Pintu lif terbuka,dia menekan butang ke tingkat atas.
Aslinda berjalan ke arah bilik pemilik sebenar syarikat itu. Pintu dibuka. Aslinda tersenyum, dia berjalan ke arah Dato Zamri. Lelaki tua itu memandangnya. Aslinda menghampiri lelaki itu. Sebuah ciuman diberikan. Dato Zamri menarik Aslinda duduk di atas ribanya. Mereka bercumbu bagai kekasih yang tidak dapat dipisahkan.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...