Bab 27

12.5K 103 1
                                    

Shah bersandar di kerusi kayu,kerusi itu di dalam, rajin pula Alia membawanye keluar. Suka dia pada susun atur Alia. Mula mula marah kerana Alia pandai pandai mengubah susun atur rumah itu. Tapi bila dia fikir mungkin Alia bosan. Marahnya hilang.

"tuan..."

Alia menegur sambil menghulur segelas air.

Shah mengambil gelas itu.

"tuan,sy nak minta sesuatu boleh..."

Shah membetulkn duduknya. Sudah biasa mendengar ucapan begitu. Semua wanita yang dia jumpa hanya mahu duit. Tapi Alia sudah dibeli,dia tak layak meminta apa apa darinya.

"nak apa..."

"sy nk turun kat bawah tu....dah lama sy duk dlm rmh nie...sy nk turun kat bawah tu je..."

Alia menyatakan hasrat hatinya.

Shah berkerut. Pada firasatnya Alia mahukan wang. Tapi bukan itu yang Alia minta. Shah berdiri,melihat ke bawah, taman permainan kanak kanak yang berada ditepi banggunan. Ada beberapa orang kanak kanak sedang bermain dibawah.

"tak payah...."

Shah masuk kedalam,sengaja dia melanggar bahu Alia. Wanita itu terundur selangkah kebelakang, namun wajahnya masih tunduk.

Alia hanya tunduk,hatinya sebak. Teringin benar dia turun kebawah. Dia tiada niat pun untuk lari. Jika di lari pun,kemana hendak dia bawak diri. Dia hanya duduk duduk di bawah sahaja.

Alia berlalu,dia ke dapur. Entah apa yang tidak kena dengan dirinya. Cepat benar dia terkilan. Dia mencuci muka. Sedih rasa hatinya. Air matanya mengalir. Cepat dia menyapu air mata itu.

Shah merenung keluar. Dia takut Alia lari, kejadian dulu masih dia ingat. Jika dia lambat entah apa yang jadi. Tetapi Shah rasa kasihan pada Alia, sejak dibuang oleh suaminya. Alia terus dikurung. Memang dia tidak pernah keluar.

"aliaaaaa...."

Nama Alia bergema dalam rumah itu.

Berlari Alia ke ruang tamu, melihat Shah hanya duduk di atas sofa. Tiada apa yang terjadi.

Shah melambai,minta Alia dudum disebelahnya.

Alia duduk di sebelah Shah, tubuh nya ditarik rapat. Kepala Alia ditarik rapat ke dadanya. Pinggang Alia dipeluk kemas. Alia hanya mematikan diri.

"ko tak tau nak manja2 ke...."

Shah merengus. Marah kerana Alia tidak membalas pelukannya.

Alia tidak bergerak. Bukan dia tidak pandai,tapi bila dengan Shah semuanya jadi tak betul. Dia tidak berani membuat apa apa. Takut tiba tiba tangan lelaki itu muncul dipipinya.

Terasa Shah menarik Alia. Tidak mahu menambah marah Shah, Alia melentokkan kepalanya pada dada Shah. Alia memeluk pinggang lelaki itu. Walau pun terasa kekok,namun Alia berusaha membuat tubuhnya sedikit selesa.

Shah rasa bahagi bila Alia memeluknya. Enth kenapa saat ini dia teringinkan layanan manja dari Alia. Rasa berbaloi dengan cuti yang diambil bila Alia manja begitu. Tv dipandang tanpa perasaan, kerana hatinya lebih bahagia sekarang.

Alia membetulkan duduknya, sakit rasa pinggang bila lama berpelukan dengan Shah. Entah apa lelaki itu mahu pun dia tidak tahu. Lelaki itu sangat mistik. Lama tidak datang,bila datang berubah begitu. Tiba tiba Shah baring di riba Alia. Alia memandang wajah Shah, tiada cacat sedikit pun. Siapa sahaja boleh jatuh cinta.

Buat pertama kalinya Shah tidak melarang Alia memandang nya, wajah itu sangat tenang. Parut  dan lebam diwajahnya langsung tidak menganggu kemanisan wajah itu. Lama Shah merenung wajah Alia, dia akui Aslinda lebih cantik,tapi Alia ada tarikannya sendiri.

Alia menglihkan pandangannya,terasa lama dia memandang wajah Shah. Lupa pada arahan yang dia di larang memandangnya. Entah kenapa Shah juga tidak melarang. Hatinya berdebar. Kepala Shah yang masih diribanya dibelai. Rindu dia pada kehidupan lamanya. Bermanja bersama Ikram.

Shah memejamkan matanya, terasa mengantuk bila ubun ubunnya dibelai oleh Alia. Akhirnya Shah terlelap.

Alia memandang Shah yang sudah dibuai mimpi. Hairan dengan perubahan Shah. Mata Alia memandang keluar, hatinya masih lagi meronta ronta untuk turun ke bawah.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now