Alia memberanikan diri ke lobi hotel. Kelihatan Munira rakan sebiliknya sedang berkerja. Alia berasa sedikit lega. Sekurangnya dia tidak malu untuk bertanya.
"hai muni...."
"ehhh alia...."
"boleh minta tolong tak..."
"apa dia..jarang alia minta tolong nie..takut plak rasa..."
Alia meminta Munira melihat penghuni bilik yang ditempah oleh Shah sudah keluar atau belum.
"oooo Shahrul Amin Bin Dato Zamri ke..."
Munira bertanya untuk memastikan betul atau tidak.
Alia keliru,dia hanya tahu nama Shah sahaja. Apa nama penuhnya,dia tidak tahu. Siapa ayahnya lagi lah Alia tidak tahu.
"ulang balik nama dia..."
"Shahrul Amin Bin Dato Zamri..."
Munira memandang Alia.
"betul2..."
Alia sekadar mengagak.
"patut dia balik esok...tapi dalam record semalam dia dah balik..feri pukul 11 setengah...knp alia..."
"ooooo...takde apa...tq ye muni...."
Alia tersenyum.
Dia berjalan ke biliknya. Patutlah semalam bilik Shah gelap sahaja. Alia memandang kembali bilik itu. Entah kenapa hatinya sedih. Sedih kerana Shah tidak bersungguh memujuknya. Shah meninggalkannya tanpa sebarang pesan. Alia redho,kerana itu memang kehendaknya.
Tiba di bilik Alia membuka telifonnya. Bateri masih banyak,mungkin Shah sudah mengecas untuknya. Talian juga masih aktif. Whatsapp dibuka. Pesanan dari Alesha dibaca. Alia menghantar pesanan pada Alesha, memberitahu tentang dirinya.
Alia membelek telifonnya,seperti biasa tiada siapa yang mencarinya kecuali Alesha. Alia terbaring,baru sahaja dia memejam mata,telifonnya berbunyi. Alia memandang pada panggilan masuk. Alesha. Serba salah Alia ingin mengangkat. Talian tamat. Belum pun sampai seminit Alesha menghubunginya lagi.
"assalamualaikum..."
Alia memulakan bicara.
"waalaikumussalam...kak Alia apa kabar..."
"baik...lesha apa kabar..."
"baik....mcm mana redang...seronok tak...."
Alesha bertanya pada kakaknya.
"mcm mana lesha tau akak kat redang..."
"abg shah bgtau....dia kata dia dh jumpa kakak...."
"shahh.....maksud lesha..."
"abg shah...lesha hantar mesej kt whatsapp akak tak balas....tiba2 abg shah col pakai no dia....dia kata kakak lari...."
"dia bgtau apa kt lesha..."
"dia kata akak kerja ngn dia lepas cerai ngn abg ikram...tp akak lari...so dia cr akak....dia janji bila jumpa dia bgtau...tp tu lah..dia diam plak.."
Alia terdiam.
"akak...akak ok ke...abg shah ada ke kt situ .."
"ok..takde..."
"dia baik sgt..untung akak..."
"jgn mudah menghukum lesha....kita tak tau perangai sebenar dia..."
"dia ok lah kak...dah 3 kali dia dtg jumpa lesha.....anak anak lesha pun suka sgt dengan dia..."
"shah jumpa lesha...."
Alia terkejut.
"ye...abg shah dtg jumpa sbb nak setelkan rumah nenek tu...abg shah letak nama akak tau...."
"alesha....akak tak faham.....knp dia jumpa alesha...apa kaitan dengan rumah nenek..."
"abg shah tak cerita apa2 ke kat kakak...."
"tak..."
"abg shah mana nie..."
"dia dah pergi....kakak takde apa2 hub dgn dia...."
"aikkk..tapi kenapa dia buat semua nie...akak halau dia ke....kakak alesha rasa dia suka akak..."
"tak alesha...dia dah kawen....dah ada isteri.. "
"tak mungkin lah kak.....abg shah sembang ngn abg mail...katanya belum kawen..."
"dia tipu...dia dah kawen....sbb tu akak lari..."
"tapi kenapa dia beli rumah nenek,letak nama akak....kami sekeluarga pun dia tolong macam2..."
"shah beli rumah nenek..."
"yeee...rumah nenek tu dh siap baiki tau....tu abg shah selalu dtg..nk tgk rumah nenek..."
Alia tersentap,apa yang terjadi sepanjang dia tiada. Bukankah Shah sudah berkahwin. Wanita itu sendiri yang memberitahunya.
"kakak...."
"ye2..."
"kakak...dia syg akak....dia suka dgr bila lesha cerita masa kita kecil....dia bersusah payah untuk akak...takkan lah semua nie dia buat suka2...."
Alia tidak membalas. Air matanya mengalir.
"kakak....kalau dia ada salah..maafkan lah dia...tp alesha percaya...akak akan bahagia dengan dia....dia baik kak...."
"alesha...akak kena pergi kerja nie...lain kali akak call ye...."
Setelah talian ditamatkan Alia sebak. Kenapa Shah buat semua itu,untuk apa. Bukan ke Shah sudah berkahwin. Untuk apa lagi dia buat semua itu,jika tidak berkahwin pun untuk apa. Dia hanya perempuan simpanan.
Alia semakin keliru, hatinya mula berbelah bahagi.
Alia bangun bersiap,apa pun yang terjadi. Tanggungjawapnya harus dilakukan. Itu sumber rezekinya. Bisnes online yang dibuat sudah lama dia tinggalkan. Dia lebih senang bekerja, setelah habis kerja dia boleh rehat sepenuhnya.
Tiba di bilik tempat berkumpul,Alia mencari Kak Zah. Sepanjang minggu ini dia bertugas bersama.
"hai kak zah...."
Alia memeluk wanita itu.
"alia....ehhh tadi raihan cari kamu..."
"dia nak apa..jeles lah tu...sbb alia kerja ngn kak zah..."
Alia ketawa.
"entah.."
Setelah ketua memberi kata kata,Alia dan Kak Zah bergerak ke arah troli. Tubuh Alia di tepuk dari belakang.
"kau nie...terkejut aku...."
"elehhh..nie surat untuk kau...ada bdk bg smlm kat aku..lupa nk bg..."
"surat apa..."
"jumpa kt bilik bawah tu...nama kau rasanya Alia Rahman..."
Alia mengambil surat itu.
Memang namanya yang tertera pada pada surat tersebut. Surat itu Alia lipat masuk dalam poket seluarnya. Dia meneruskan pekerjaannya bersama yang lain.
![](https://img.wattpad.com/cover/194283479-288-k300455.jpg)
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...