Bab 38

10.1K 110 5
                                    

Shah menghenyak punggungnya di atas kerusi. Penat melayan kerenah Aslinda tadi. Hampir semua busana pengantin dalam kedai dia ingin mencuba. Ada saja rungutan di mulutnya. Setelah hampir dua jam baru lah Aslinda memilih sehelai dress labuh bewarna putih. Itu pun kerana Shah sudah mengugut untuk pulang. Berpusing pusing gadis itu dihadapan Shah mengayakan dress tersebut. Shah akui memang Aslinda sangat cantik,namun hatinya tidak pernah tertarik pada Aslinda. Setelah selesai Shah terus balik ke syarikat.

Shah membelek documen yang bersusun di atas mejanya. Terlalu banyak yang harus disiapkan. Dengan masalah yang terpaksa dihadapinya lagi. Fikirannya makin terganggu. Ketukan dipintu membuat Shah berpaling. Dua lelaki berdiri dihadapanya.

"nie en.shah..semua lengkap seperti yang encik mahukan...."

Amar menghulur sesuatu.

Sampul surat berwarna coklat itu bertukar tangan. Shah melihat isi kandungannya. Dia berpuas hati.

"bos..pasal lelaki tu kami dah selesaikan..."

Daus mencelah.

"bagus...mcm mana mereka setuju.."

" setuju."

Shah tersenyum. Puas hatinya.

Daus dan Amar berlalu meninggalkan Shah. Tugas mereka selesai.

Shah membelek setiap gambar yang ada dalam sampul tersebut. Hatinya sakit melihat kemesraan mereka. Tapi dia tiada pilihan. Hanya ini penyelamat hidupnya. Dia tidak akan sesekali menikahi Aslinda. Shah menelifon Amani.

"amani...abg dh dpt semua maklumat.."

"bila abg nak mula.."

"belum ada masa yang tepat..amani just tgu panggilan abg..ok..."

Shah meletak telifon diatas meja. Hanya Amani harapannya,kerana Amani juga tahu siapa Aslinda. Shah merencana plan untuk mengenakan Aslinda.

        --------------------------------------------

Ketukan dipintu bergema diseluruh rumah. Alia yang baru siap mandi melangkah keluar. Sempat Alia memandang jam di dinding,baru pukul 1. Lagipun Shah tidak pulang makan. Jadi siapa yang datang. Tiba sahaja di ruang tamu pintu rumah tersebut sudah terbuka luas. Terkejut Alia melihat dua orang wanita berdiri memandangnya.

Dia tidak mengenali mereka, namun Alia pelik bagaimana nereka ada kunci untuk masuk ke rumah itu. Setahu Alia hanya Alia ,Shah dan Daus sahaja yang ada kunci rumah ini .

"jadi kau lah perempuan simpanan Shah...."

Datin Sarah menyergah Alia.

"puan nie siapa ye....mcm mana puan boleh ada kunci rmh sy..."

Alia bertanya lembut.

Aslinda yang memang sudah geram dari awal meyerang Alia. Tubuh Alia ditolak ke sofa.

"hoi pelacur....ni bukan rumah kau....kau kat sini sebab kau jadi pemuas nafsu shah je kan...."

Tangannya menolak nolak kepala Alia.

Alia menepis tangan Aslinda.

Pang

Pipi Alia ditampar Datin Sarah, amarahnya memuncak melihat Alia menepis tangan Aslinda.

"kau tahu aku siapa...."

Datin Sarah bertanya.

Alia sekadar mengeleng kepala. Pipinya terasa pedih.

"nie mama shah...orang yang melahirkan shah...."

Aslinda menerangkan pada Alia sambil tangannya menolak Alia.

Aliab terkejut,kerana tidak meyangka dia bertemu mama Shah dalam keadaan begini.

"puan salah faham...sy dan shah takde apa2..."

Alia cuba mempertahankan dirinya.

Aslinda menyerang Alia. Rambut Alia ditarik. Namun Alia tidak melawan kerana dia tahu mereka keluarga Shah. Dia tidak berani bertindak sesuka hati.

"aku nie tunang shah..hujung bulan ni kami akan berkahwin...tapi kau sedap2 dgn tunang aku....dasar perempuan murah..."

Aslinda terus memukul tubuh Alia. Oleh kerana Alia tidak melawan Aslinda semakin berani mengerjakan Alia. Sesekali kakinya meyepak Alia. Alia sekadar menahan diri. Dia masih terkejut dengan kejadian itu. Dia langsung tidak tahu tentang status diri Shah.

"maafkan sy...sy tak tau apa apa..."

Alia merayu, terasa pedih tubuhnya diperlakukan begitu. Mampu saja dia membalas,namun dia tahu dia bersalah. Jadi Alia sekadar bertahan sahaja.

Datin Sarah menarik rambut Alia. Pipi Alia berkali kali ditampar. Air mata Alia langsung tidak dipedulikan. Alia ditolak ke lantai.Aslinda yang berada di sebelah Alia sempat meyepak perut Alia.

"aaaahhh...sakitttt..tolong lahhh...sakittt...."

Alia menepis kaki Aslinda.

"cukup linda....dengar sini perempuan yang takde maruah...aku akan buat shah buang kau mcm sampah..kau tak kenal anak aku...kau tunggu apa aku buat lepas nie.."

Datin Sarah dan Aslinda berlalu meninggalkan Alia dalam kesakitan. Bunyi pintu dihempas mengejutkan Alia.

Alia menangis semahunya,bukan sakit ditubuhnya membuatkan dia menangis,tapi hatinya. Sungguh dia cintakan Shah. Rupanya Shah sendiri sudah bertunang. Akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Dia menangis kerana terlalu mudah mencintai. Selama ini Shah hanya berseronok dengannya sahaja. Alia sahaja yang terlalu mengharap.

Perlahan Alia bangun ke bilik,menyembam mukanya ke katil. Dia menangis lagi. Entah apa nasibnya selepas ini. Ingin sahaja dia menelifon Shah bertanya kebenaran. Hatinya sakit dipermainkan. Sakit pada tubuhnya tidak lagi Alia peduli.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now