Shah melangkah keluar dari kereta. Sweater yang tersarung pada tubuhnya dizip hingga habis. Terasa sejuk menembusi ke tulang tulangnya. Alia dipandang,masih lena. Sengaja dia membawa Alia menemaninya ke Genting Highlands. Meeting bersama beberapa orang penting dari luar beberapa buah syarikat akan diadakan esok malam. Dia datang awal,supaya dapat meluangkan lebih masa bersama Alia.
Tubuh Alia digoyang. Alia tersedar dari lena. Lepas sahaja tol Gombak,mata Alia sudah mula mengantuk,dia menahan mata,namun tidak lama selepas itu dia terlelap. Entah kemana lokasi yang dituju tidak dia tahu. Dia membuka mata,kereta sudah berhenti, Shah sudah berada diluar. Dia membetulkan shawlnya. Alia membuka pintu,baru sahaja kakinya diletak ke jalan, sejuk menyentuh tubuhnya. Alia terus menutup kembali pintu. Terasa sejuk benar,dia memandang sekeliling,berkabus.
"kita kat mana nie..."
Alia bertanya pada Shah.
"London...."
Terdengar perlahan ketawa Shah.
Ingat aku bodoh sgt ke...aku tertido je bukannye pengsan ke apa...
Alia mengomel didalam hati.
Akhirnya Alia keluar,dia memeluk tubuh,blouse yang dipakai terasa nipis. Alia memandang sekeliling. Dia terlihat perkataan di hadapan hotel. Tau lah dia sekarang dimana. Cantik. Udara sejuk yang menghempus ke kulitnya terasa damai. Alia tersenyum. Akhirnya dia dapat keluar dari rumah.
"sejukkkk....."
Lembut suara Alia bila terasa mencucuk kesejukan ketubuhnya.
Shah yang berada berhampiran memandang Alia, hatinya senang. Merah sudah pipi dan hidung Alia. Dia melihat Alia berpeluk tubuh. Memang dia tidak memberitahu Alia plannya untuk ke Genting Highlands. Shah seronok terus mengenakan Alia.
"manja....sejuk sikit je pun...ke nak aku peluk...."
Shah sudah menghampiri Alia.
"taknak lahhhh....apa tuan nie...sy cakap je..."
Alia menghalang Shah menghampirinya. Tangan Alia hampir saja menyentuh dada lelaki itu.
Alia mengikut langkah Shah,menuju ke lobi hotel. Masuk sahaja ke perkarangan lobi Alia sudah terpegun. Belum pernah dia menginap di hotel sehebat ini. Udaranya juga selesa,tidak sesejuk diluar. Alia hanya memandang sekeliling. Sekeping dua gambar dirakam. Terasa seperti dirinya dihargai.
Sesudah pendaftaran, Alia hanya mengikuti Shah ke lif. Dia tidak bertanya, takut jika soalan nya nanti membuatkan Shah marah. Sudah cukup baik Shah membawanya berjalan. Daus dan Amar pengikut setia Shah mengiringi mereka hingga ke bilik. Masuk sahaja ke bilik, Alia terkejut. Cantik. Bilik serdehana besar itu lengkap dengan mini bar, ruang menonton dan balkoni yang luas.
"nah...nie kunci bilik korg..."
Shah menghulur sekeping kad pada tangan Daus.
Maka mereka pun berlalu meninggalkan Alia dan Shah.
Alia berdiri dibalkoni, pemandangan sebahagian dari genting itu menarik perhatian Alia. Berkeping keping gambar ditangkap. Hingga Alia lupa kehadiran Shah dibelakangnya.
Tangan Shah melingkar pada pinggang Alia. Tubuh Alia ditarik rapat kedalam pelukannya. Haruman Alia menusuk kehidungnya. Terasa tubuh Alia terkejut,namun semakin kemas pelukan itu. Shah dapat merasakan tubuh Alia merelakan pelukan itu. Tubuh Alia dipusing menghadapnya, sengaja dia menolak tubuh Alia hingga tersandar pada pagar balkoni. Shah merapatkan tubuhnya,wajah Alia yang sedang tunduk diangkat. Akhirnya bibir mereka bersatu. Lama.
Shah melepaskan bibir Alia. Belum pernah dia merasa Alia membalas ciumannya. Tangan Shah sudah berasa dikiri dan kanan pagar,menghalang pergerakan Alia. Shah memandang Alia penuh perasaan. Cantik. Hatinya rasa bahagia bila bersama Alia.
Kenapa bila pandang dia aku rasa berdebar....tak mungkin aku jatuh cinta...aku ambil dia sebagai perempuan simpanan..semua nie mainan perasaan aku je.....
Shah mengundurkan diri, dia memandang Alia yang masih kaku menanti tindakan seterusnya. Shah berpaling, dan melangkah masuk meninggalkan Alia.
Alia berdiri memandang Shah berlalu pergi. Entah mengapa dia rasa bahagia. Terasa sentuhan Shah penuh dengan cinta. Sukar untuk Alia menidakkan perasaan yang terbit dihatinya. Dia yakin Shah merasa perasaan yang sama sepertinya. Dia tersenyum.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...