Bab 60

10.8K 152 14
                                    

Alia terjaga dari tidur,dia memgesat matanya. Jam baru pukul 8 pagi. Dia melihat ke katil sebelah, Munira sudah tiada. Alia menarik kembali selimutnya. Dia kembali beradu.

Jam loceng pada telifon Alia berbunyi, tangannya mencapai telifon. Jam di tutup. Dia masih ingin meyambung tidurnya. Namun matanya tidak mahu bekerjasama. Akhirnya Alia bangun. Tuala dicapai,dia berlalu ke bilik mandi.

Setelah selesai mandi,Alia menghimpun semua pakaiannya yang hendak dicuci. Semua dia bawa ke dobi. Sudah menjadi kebiasaan Alia memeriksa setiap poket. Ketika meyeluk poket seluarnya dia terasa seperti ada sesuatu. Baru dia teringat tentang surat semalam.

Selesai meyidai semua pakaiannya, dia kembali ke bilik. Surat di atas meja dicapai. Memang tertulis namanya. Alia membuka.

Buat Alia yang disayangi, Shah hanya mampu menulis surat sahaja. Untuk bertemu Alia,Shah tidak kuat. Shah mohon maaf semua kesalahan yang telah Shah lakukan. Shah juga mohon maaf bagi pihak mama. Shah harap Alia dapat memaafkan semua dosa Shah pada Alia. Alia tidak bersalah,Shah yang mengambil kesempatan atas kesusahan Alia.

Alia..saat Alia pergi dari Shah,Shah sedar hati ini sudah sayang pada Alia. Setiap hari Shah mengharap berita tentang Alia. Bila Shah tahu Alia di redang,Shah sendiri datang. Tujuan Shah hanya satu,membawa Alia pulang. Tapi Shah dah terlambat,Alia bukan lagi milik Shah.

Tahniah Alia,Shah harap Alia bahagia bersama dia. Tapi Shah akan terus mencintai Alia. Kerana Alia sudah memiliki sepenuhnya hati Shah. Biarpun Alia kini milik orang.

Maafkan Shah kerana pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Shah tak mampu Alia.

Alia,demi tuhan Shah cintakan Alia. Selamat tinggal Alia.

Surat itu terlepas dari tangan Alia,air matanya jatuh. Entah mengapa hatinya tersentuh dengan kata kata Shah. Alia dapat merasakan surat itu ikhlas dari hati Shah.

Alia menangis. Dia keliru,kenapa Shah mencintainya sedangkan Shah sudah punya isteri. Wanita itu sendiri yang memberitahunya,mama Shah juga ada disitu. Namun Alesha berkata bahawa Shah masih belum berkahwin. Alia sendiri tidak tahu apa status sebenar lelaki itu.

Surat itu dilipat semula. Alia perlu tahu status sebenar Shah. Telifonnya dicapai. Dia menelifon Daus. Lelaki itu mengangkat.

"ada apa alia..."

"maaf kacau...alia ada hal nak tnya.."

"apa alia nak tnya..."

"apa status sebenar Shah..."

"kenapa nie Alia..."

"alia nak tahu,perempuan yang serang Alia tu bgtau dia akan kawen dengan Shah,jadi Shah suami dia lah kan..."

"bos tak jadi kawen..."

"maksud daus,dia mmg belum kawen lah..."

"ye..."

"tq daus...."

"alia....apa jadi kat redang...."

"kenapa..."

"sejak bos balik dr redang 2 hr lepas..tiap tiap hari dia mengamuk..."

"nanti alia cerita...alia minta diri dlu ye..."

Talian ditutup. Alia tidak mahu tahu apa apa,hatinya sudah cukup berbelah bahagi. Dia takut jika dia tahu lebih,hatinya akan cair.

Alia menyimpan surat itu. Dia masih belum kuat untuk berdepan dengan Shah. Buat masa ini,biarlah hati mereka sama sama terluka.

--------------------------------

Seminggu sudah Shah pulang dari Redang. Dirinya berubah sepenuhnya. Dia kembali ke sifat lamanya. Mencari wanita untuk hiburan,ke club,minum dan sex. Setelah puas,dia meninggalkan mereka. Dia kembali berkawan dengan kawan kawan lamanya. Semuanya demi melupakan Alia. Semua wanita yang dia sentuh,dia sakiti sama seperti dia menyentuh Alia dulu.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now