Bab 17

15K 101 2
                                    

Sudah 2 hari selepas kejadian hari itu Shah tidak muncul di sarang. Alia sengaja dibiarkan. Namun makan minum gadis itu tidak pernah terabai. Dev sentiasa menghantar makanan. Apa sahaja yang Alia minta kan dibeli oleh Dev.

Alia melihat telifonnya, tiada siapa yang mencari sejak dia keluar dari rumahnya. Malas melayan perasaan itu,hanya mengundang kesedihan. Alia menonton cerita di telifonnya. Sambil dia bergolek golek di katil.

Hatinya tertanya kemana gerangan "tuan" nya,sudah 2 hari tidak menjenguk muka. Rindu. Jauh sekali sekadar pelik. Namun hatinya gembira, tidak perlu melayan lelaki itu.

Alia melihat mukabuku, melihat gambar kawan kawannya tampak bahagia, berjalan kesana sini. Sedangkan dia terperangkap disini. Tidak tahu nasib apa lagi selepas ini,lama mana lagi dia menjadi pemuas nafsu lelaki itu.

Ketukan di pintu mengejutkan Alia,jam di telifon dipandang. Makan tengahari sudah dihantar. Dia juga tidak memesan apa apa. Pintu dibuka, wajah Dev kelihatan.

"kemas semua pakaian...nanti ada org dtg ambil u.."

"apa maksud awak.....awak nk jual sy saya pada siapa pulak..."

Aku ketakutan, lelaki yang mengaku dia tuan aku pun belum aku kenal. Sekarang aku beralih ke tuan baru. Patut dia sudah tidak muncul, puas sudah merosakkan aku.

"berape diorg bayar...lepaskan sy...sy janji sy byr balik pada awk...."

"adik manissss...apa u cakap...itu shah nak bawak u tinggal tempat lain lah..."

"siapa shah....."

Alia binggung.

"itu hari hari u layan,u tarak kenal ke..u jerit jerit sedap tu u tak kenal nama dia ke....itu shah lah...u punya tuan..."

Shah.

Itu nama lelaki yang memperhambakannya.

"dia nak bawak sy pergi mana.."

"sy tak tau lah....lepas nie takde dgr u jerit jerit lagi lah...bg sy try sekali boleh ke...."

Laju saja tangan Dev cuba mencapai pipi Alia, selamat Alia lebih pantas. Pintu terus ditutup

Alia yang tidak tahu apa,mengemas pakaiannya ke dalam beg yang dia bawa masa keluar dari rumahnya dulu. Pakaian yang dihantar oleh Shah disimpan dalam beg lain,supaya senang untuk dibawa nanti. Pakaian itu pun dia tidak pernah pakai.

Selesai mengemas Alia berdiri di tepi tingkap. Melihat keluar, entah kemana dia akan pergi. Entah masih bernyawa atau tidak lagi.

Alia meniarap sambil membelek telifonnya, mukabuku discroll mencari cerita menarik untuk dibaca.
Jarinya terhenti pada sekeping gambar, Ikram dan isteri barunya. Gambar berlatar belakangkan pulau,Alia melihat pada status itu, Bali Indonesia. Jauh berbulan madu.
Sedangkan dia dahulu hanya ke Cameron Highlands sahaja. Nama Ikram ditekan, facebook Ikram dipandang,di ingin mengunfriend,namun hatinya tidak mengizinkan.

Mana tau 1hari nanti aku bahagia.boleh aku tayang pada dia..tanpa ikram pun aku masih mampu bahagia.

Alia menahan sebak, mana mungkin ada lagi bahagia untuknya. Setelah Ikram menjualnya pada Shah, tamat sudah episod bahagia.

Ketukan dipintu berbunyi lagi,kali ini lebih kuat.

Apa lagi si dev nie nak...

Pintu dibuka,dua lelaki berdiri dihadapan pintu. Laju Alia menutup kembali pintu itu. Dia takut.

Pintu ditolak, terbuka luas. Alia berundur kebelakang.

"jangan dekat...aku jerit nanti...."

"kami dtg nak bawak cik....arahan dari en.shah..."

Tegas,tiada senyuman langsung.

Lama Alia memandang lelaki lelaki itu, berbaju tshirt berkolar dan berseluar jean. Kemas. Lelaki itu melangkah masuk. Beg yang Alia kemas diambil.

Seorang lagi menghampiri Alia. Alia berundur, tangan nya menghalang lelaki itu menghampirinya.

"jangan dekat..."

"ambil semua barang dan ikut kami..."

Alia mengambil telifon diatas katil. Selendang pada almari dicapai, dia menyarung ke kepala.

Lelaki yang membawa beg sudah turun. Lelaki kedua memegang lengan Alia, memimpin Alia keluar dari situ. Pintu ditarik dan dikunci.

Tiba diruang rehat, Dev menanti mengambil kunci pada lelaki itu. Sempat Dev menggenyitkan matanya. Alia hanya memandang.

Pertama kali Alia keluar dari banggunan itu sejak Ikram menghantarnya ke mari. Peluang di depan mata, Alia memandang kiri dan kanan. Dia merentap lengan nya ,cuba untuk melarikan diri. Namun lelaki itu terlebih dahulu memeluk pinggangnya,Alia ditolak masuk kedalam kereta.

Alia berusaha membuka pintu namun tidak berjaya,tingkap ditekan,juga sudah dikunci. Usaha Alia sia sia, dia melihat lelaki itu.

"tolong lepaskan sy....."

"en.shah bg 2 pilihan..ikut atau tinggal dengan dev..."

Tegas kata kata itu.

Alia mendiamkan diri. Dia tidak sanggup hidup dengan Dev,entah siapa siapa sahaja harus dilayan.
Akhirnya Alia akur.

Kereta bergerak meninggalkan banggunan itu.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now