Bab 45

10.7K 120 16
                                    

Alia menjerit saat Dev berjaya memeluknya. Lelaki India itu sudah mabuk,bau arak pada nafasnya kuat. Alia menolak, saat dia berjaya menolak Dev,Alia berlari ke arah pintu. Lelaki itu terhoyong hayang cuba untuk berdiri. Alia membuka pintu, pembantu Dev yang berada berhampiran memandang Alia. Kali ini Alia sudah tidak peduli. Dia perlu meyelamatkan diri.

Dia tidak rela diperlakukan sesuka hati. Alia nekad andai nyawa sebagai galang ganti. Dia berjalan melepasi lelaki itu. Lelaki tersebut hanya memandang Alia. Alia berjalan seperti tiada apa yang terjadi. Saat dia melepasi lelaki itu,Alia berjalan laju hingga ke tengah banggunan. Sekumpulan pekerja Dev berada disitu. Hanya itu jalan keluar yang ada. Dia tiada pilihan. Lama Alia berdiri di situ.

Tiba tiba tubuh Alia ditarik,hampir saja Alia menjerit. Namun niatnya terhenti kerana wanita itu menyuruh dia menutup mulut. Alia masuk ke sebuah bilik,pintu di tutup. Alia berkerut,rasanya itu lah biliknya pertama kali dia tinggal disini.

"kau nak lari mana..."

"sy taknak ddk sini....sy nak pergi dari sini.."

Alia mengalirkan air mata.

Sumpah dia tidak rela. Harga dirinya masih tinggi. Walaupun sudah puas tubuhnya dijamah oleh Shah.

"shah hantar kau kat sini kan.."

Alia memandang wanita itu. Lama dia melihat wajah itu,hingga dia teringat wanita itu yang mengamuk di depan biliknya dulu.

"siapa tak kenal shah...pada dia perempuan nie pemuas nafsu je...dh puas dia lenjan kau..dia buang lah..."

" awak siapa.."

"sama mcm kau....perempuan simpanan shah....dia goda aku mcm dia cintakan aku..tapi akhirnya dia buang aku kt sini....."

"sy bukan mcm tu...suami sy jual sy kt sini..shah yang beli sy...."

Alia menceritakan kisahnya pada wanita itu.

"nama aku seri...bilik nie shah bg kat aku...tapi beza nya aku tak layan jantan jantan tak guna kat sini..sbb aku takkerja dengan dev..aku hanya tinggal je kat sini...."

Seri menerangkan pada Alia.

"aku boleh bawak kau keluar dari sini..tapi ada harganya....aku tak tolong kau free free...."

"sy takde apa nak bg...segala barang sy tinggal dirumah shah...."

Alia merayu. Saat dia dibawak keluar,tiada apa pun yang dia ambil. Malah kad pengenalannya juga tidak dibawa.

"kalau mcm tu aku minta maaf...aku tak dpt tolong..."

Seri duduk diatas kerusi sambil memandang Alia.

Jam tangan permberian Shah yang memang tersarung pada lengannya dibuka. Semasa kejadian memang dia memakai jam tersebut. Dia hanya buka ketika mandi sahaja.

"kalau sy bg jam nie boleh..."

"berapa harga jam tu..."

Seri bertanya.

"sy tak tahu,tapi jam nie shah belikan pada sy..pekerja tu kata mahal sbb ada kristal..."

Alia menghulur jam tersebut pada Seri.

Seri membelek jam tersebut. Seri juga tidak tahu nilainya,tapi jika itu pemberian Shah,pasti harganya mahal. Akhirnya Seri bersetuju.

"okkk...tapi ikut cakap aku..."

Seri sudah ada perancangan.

"tapi sy nak duit....1k..."

Alia perlukan duit untuk melarikan diri.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now