Suasana kecoh membuatkan Seri berasa hairan,pekerja pekerja Dev turun naik,berkeliaran di sekitar bangunan. Seri yang melintas pun tidak mereka tegur. Tiba di tingkat atas,kelihatan Dev terbaring dilantai, darah memenuhi mukanya. Shah duduk di atas kerusi. Seri sekadar memandang. Lelaki itu telah membuangnya,dia juga tiada urusan dengan Shah.
Shah sudah hilang pertimbangan, geram bila Alia tiada di situ. Daus dan Amar juga tidak dapat mencari Alia. Dev pula mabuk, langsung tidak dapat memberi kerjasama. Panas hatinya. Dia melihat Seri melintas,perempuan itu masih tinggal dibilik yang disediakan Shah.
"bos takde..semua tempat kami pusing..alia memang takde..."
Daus memberitahu Shah. Sudah habis banggunan itu dipusingnya.
"semua bilik sy cr..pun takde..."
Amar juga telah mencari di setiap bilik.
"mcm mana boleh takde....mana alia pergi....devvvv mana aliaaaa..."
Dia menjerit nyaring.
Seri yang ingin membuka pintu bilik juga terkejut. Dia buat tidak tahu,dia masuk ke bilik dan mengunci diri. Suasana masih tegang di luar.
Penting sangat ke alia pada dia...masa aku dlu cari pun tak..aku lintas pun buat bodoh je...
Seri menelek jam tangan pemberian Alia. Otaknya ligat mencari idea. Ini peluangnya mengenakan Shah. Lagipun duit pemberian Shah juga hampir habis,mungkin ini peluangnya mempergunakan Alia.
Jam tangan Alia tersarung ditangan Seri. Seri terbaring,mencari idea apa yang hendak digunakan. Berapa ribu dia ingin meminta. Semuanya harus teliti,jika tidak dia akan kerugian.
Shah berjalan ke hulu ke hilir. Orang orang Dev masih mencari Alia. Sekiranya terjadi pada Alia,dia tidak dapat memaafkan dirinya. Semuanya salah dia,hanya kerana percaya pada mama. Dia menghukum Alia seteruk ini.
"mana kau sorok Alia.....aku tau kau suka dia..."
"takde shah...aku tak sorok....aku tak tau..."
Dev mempertahankan diri.
Shah menahan seorang pekerja Dev.
"mana bilik alia..."
"belakang...tapi semalam di tido bilik bos.."
Lelaki itu menunjuk bilik Alia.
"knp dia tido bilik dev..."
"sy tak tau..."
Shah panas hati. Dia menghampiri Dev. Baju lelaki itu direntap hingga Dev terangkat.
"kau sentuh aliaaa..."
Amarah Shah sudah memuncak.
Dev hanya ketawa.
"sedap..cantik..."
Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Dev.
"dia sentuh alia kan...."
Shah bertanya pada lelaki yang berdiri di hadapannya.
Lelaki itu sekadar mengangguk. Dia mendengar jeritan Alia. Dia sendiri melihat Dev keluar dari bilik Alia tanpa baju.
Shah melihat saja anggukan itu,dia terus meyepak muka Dev. Dev yang tidak berdaya itu hanya mengerang kesakitan. Perut Dev dipijak. Daus dan Amar terus menarik Shah. Kerana Dev sudah teruk dikerjakan Shah dari awal tadi.
Shah terduduk dikerusi,terbayang bagaimana Alia meronta meminta tolong saat Dev menyentuhnya. Shah tahu Alia tidak akan sanggup melayan Dev. Hatinya hancur. Pasti Alia menderita sepanjang di sini. Sudahlah dia sendiri membelasah Alia sebelum itu, selepas itu terpaksa pula melayan Dev. Entah bagaimana keadaan Alia saat itu.
Seri keluar dari biliknya. Dia berjalan menghampiri Shah. Shah yang duduk disofa nampak sangat tidak terurus. Hatinya cemburu dengan Alia. Belum pernah dia melihat Shah begitu. Amar menghalang Seri. Seri berdiri memandang Shah.
"aku yang bawak alia keluar dari sini..."
Seri membuka bicara.
Shah terus memandang Seri.
"kau cakap apa..."
Shah memandang Seri.
Seri mengangkat tangannya, sengaja,supaya Shah nampak jam itu.
"tu jam alia..."
Shah bangun menghampiri Seri. Tangan itu dicapai. Memang itu jam Alia.
Amar terus berlari ke bilik Seri,mencari Alia jika dia ada disitu.
"mana aliaaaa..."
Shah menarik lengan Seri.
"ada bayarannya shah...."
Seri perlukan duit.
"berapa....."
"rm20 ribu....."
"kau cakap apa nie...."
"unblock whatsapp aku...."
Seri menarik tali dengan Shah. Dia suka melihat lelaki itu hilang sabar.
Shah melihat telifonnya. Setelah selesai dia memandang Seri. Tidak lama sekeping gambar masuk. Shah membuka gambar tersebut. Terkejut Shah melihat Alia berpakaian begitu. Tidak ubah seperti Seri.
"aku sengaja ubah penampilan dia supaya takde sape perasan dia masa aku bawak dia keluar dari sini..."
"mana Aliaaa..."
Shah menolak Seri hingga terduduk disofa.
Seri sedikitpun tidak menunjukkan ketakutan. Dia sudah bersedia.
"terserah...jawapan pada kau.."
"daus...col suhaila...suruh buat bayaran ke acc seri sekarang..."
Shah memberi arahan pada Daus,tapi matanya masih memandang Seri.
Daus menelifon Suhaila,mengarahkan Suhaila membuat bayaran Rm20 ribu ke acc Seri. Sebelum ini Suhaila jugalah yang sering menguruskan segala bayaran kepada wanita wanita simpanan Shah. Semua maklumat mereka lengkap diberi oleh Shah, semuanya tersalin pada bukunya.
Tidak sampai 10minit, Suhaila menelifon Daus. Memberitahu urusan bayaran telah pun selesai. Daus memberitahu Shah.
"cek acc kau .."
Shah memandang Seri yang masih duduk disofa.
Seri membuka online banking di handphonenya. Setelah berpuas hati,Seri bangun berdiri. Jam tangan Alia dihulur kepada Shah. Semua maklumat tentang Alia bertukar. Ke mana arah tujuan Alia juga diberitahu. Kerana sebelum Alia keluar dari keretanya,dia sempat bertanya ke mana Alia ingin pergi.
Shah mengajak Daus dan Amar bergerak ke station bas,tempat terakhir Alia dihantar Seri. Gambar Alia di station bas yang diberikan oleh Seri juga cukup meyakinkan. Sebelum meninggalkan tempat itu,Shah menendang perut Dev. Suara Dev menahan sakit kedengaran lemah.
Shah tidak senang duduk di dalam kereta. Berharap Alia dijumpai. Hanya itu peluangnya mendapatkan Alia kembali. Tiba sahaja di station itu,Shah berlari mencari kelibat Alia. Puas dia berpusing mencari,namun Alia tiada. Dia meneruskan pencarian. Setiap tempat dan ruang dicari. Daus dan Amar mencari di dalam bas. Namun mereka kecewa,kelibat Alia tidak kelihatan. Shah melihat seorang lelaki tua yang berpakaian jaga di situ. Dia menghampiri lelaki itu.
Gambar Alia yang diberikan oleh Seri di tunjuk."perempuan nie...ada tadi...pelik sgt pakaiannya...mcm duduk dekat lorong...dia dh naik bas...tp dia sempat tukar baju tadi.."
Pakcik itu bercerita.
Shah meruap wajahnya. Dia terlambat,Alia sudah pergi. Pakcik itu pun tidak tahu kemana bas itu pergi.
Dalam perjalanan pulang,Shah hanya berdiam diri. Semuanya salah dirinya sendiri,terlalu percaya mama. Dia sendiri menghukum Alia tanpa periksa. Entah kenapa saat itu dia tidak berfikir jauh, dia terus sahaja menghukum Alia. Jika dia menggunakan akal,pasti Alia tidak pergi darinya. Shah nekad dia akan mencari Alia hingga jumpa.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...