Bab 61

10.4K 162 12
                                    

Alia melangkah masuk ke dalam banggunan hospital. Dia bedebar, dia bukan sahaja akan berhadapan dengan Shah,malah seluruh keluarga Shah. Dia pernah bertemu mama Shah,tapi pertemuan itu cukup buruk. Bertemu sekali lagi dengan wanita itu sangat menakutkan,namun demi Shah,Alia mengagahkan juga dirinya. Shah memerlukannya sekarang.

Tiba dihadapan bilik yang menempatkan Shah,Alia berhenti. Dia memandang Amar di sebelahnya. Mengharap lelaki itu faham keadaannya. Lama dia beristifar. Risau kalau kehadiranya akan memburukkan lagi keadaan.

"patut ke sy masuk..."

"kita dah ada dekat sini..."

Alia mengurut dadanya. Jantungnya berdenyut laju,dia takut untuk berdepan dengan semua orang. Dia memandang wajah Amar. Amar sekadar mengangguk. Alia memberanikan diri.

Takpe Alia....kau dah tempuh lebih teruk dari ni...kalau diorg halau kau...kau pergi je lah...sekurang kurangnya kau dah cuba....kau dah puas dihina....takkan sikit mcm nie pun kau takut......kau boleh Alia.

Alia memberi semangat pada dirinya sendiri.

Amar menolak pintu bilik itu,Alia mengekorinya dari belakang. Alia memandang ke dalam,semua mata tertumpu pada mereka.

"asaalamualaikum.."

Alia memberi salam.

Terdengar jawapan dari mereka.

"ini Alia..."

Amar memperkenalkan Alia pada semua.

Alia hanya melihat pada Shah yang terbaring, tangan dan kakinya berbalut. Alia berjalan menghampiri semua,dia bersalam. Saat bersalam dengan Datin Sarah,Alia menunduk,tidak sanggup memandang wajah itu. Alia yakin semua tahu siapa Alia.

"alia...."

Amni menegur Alia.

Alia memandang Amni yang memanggilnya.

"shah asyik sebut nama Alia je..cuba lah..mna tahu alia panggil dia sedar nanti.."

Amni mengharap kehadiran Alia memberi kesan pada Shah.

"mana suami alia..."

Datin Sarah bertanya. Dia masih tidak faham,apa yang menyebabkan Shah separuh nyawa mencintai wanita itu.

"alia belum kawen lagi..."

"shah beritahu sy,alia dah kawen..."

"ye....sy tipu shah....sbb masa tu sy fikir shah dah kawen dengan perempuan yang datang dengan Datin hari tu..."

Datin Sarah mendiamkan diri bila nama Aslinda muncul.

Alia berdiri dihujung kaki Shah,dia memandang Shah,simpati melihat lelaki itu begitu. Namun menghampiri Shah dia tidak berani. Dia masih hormat pada keluarga Shah. Wajah nampak biasa sahaja,hanya tangan dan kaki kanan sahaja yang berbalut.

"kak alia....cuba akak panggil abg.."

Amani menegur Alia.

Alia memandang Amani,dia mengerutkan dahinya. Dia masih ingat gadis itu. Gadis yang sama dia jumpa di Redang.

"kita pernah jumpa kan...."

"ye...dekat redang...sy adik abg Shah....sy yg bgtau dia kak Alia kat sana..."

Amani memberitahu perkara sebenar.

Barulah Alia mengerti bagaimana Shah tahu dia di pulau itu. Alia menghampiri Shah,dia takut pada jelingan Datin Sarah. Dia dapat merasakan wanita itu tidak menyukainya. Tangan Shah disentuh.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now