Bab 21

14K 105 2
                                    

Alia terjaga,kepalanya sakit,perlahan dia membuka mata. Dia melihat kawasan bilik itu. Namun dia tidak mengenali tempat itu,dia belum pernah ke situ. Kepalanya makin sakit. Alia cuba mengingati apa yang terjadi. Lama dia berfikir. Akhirnya dia mengingati kejadian semalam.

Dia mula takut,Alia merasakan dia berada di rumah lelaki nigeria tersebut. Tidak dapat dia bayang nasibnya nanti. Alia cuba bangun,di saat itu tangannya tersentuh seseorang disebelahnya. Alia terkejut. Dia melihat lelaki itu,tidur menghadap ke arah tingkap. Tubuh itu tidak berbaju,dan dia kenal tubuh itu.

Mcm mana aku ada kat sini..bukan ke smlm aku dlm kereta dgn nige tu...dia selamatkan aku ke..

Alia kembali baring,kepala yang pening diurut. Lelaki itu dipandang. Dia hanya tahu nama lelaki itu Shah,itu pun kerana Dev yang memberitahu. Tiada apa yang kurang pada lelaki itu,cuma sikap kasarnya membuatkan Alia ketakutan. Sentuhannya tidak pernah mesra, berkali kali tubuh Alia di sakiti.

Tekaknya terasa kering. Alia melihat kalau ada air berhampiranya,tapi tiada. Alia bangun,dia berusaha untuk duduk. Bila dia cuba duduk,kepalanya makin berpusing. Dia kembali baring. Alia tiada pilihan,Shah dikejut. Tubuh Shah digongcang.

"tuannnn...tuannn...."

Perlahan Alia mengejut Shah. Takut diletak ketepi.

"tuaaaaannnnn...."

Tubuh Shah digongcang.

Shah membuka mata,melihat Alia disebelahnya.

"kenapa..."

"hauss...."

Shah terus bangun ke dapur. Tak lama Shah masuk kembali. Air diletak di atas meja. Tubuh Alia di angkat,Alia meneguk air,habis segelas. Perlahan Shah membantu Alia kembali baring. Shah berlalu ke dapur.

Shah baring semula di sebelah Alia. Dia melihat Alia memicit kepala. Shah menghampiri Alia,tangan Alia dialih,dia menyambung memicit kepala Alia. Alia terkejut namun dia mendiamkan diri. Rasa lega dengan picitan itu. Rasa mengantuk diurut begitu. Alia terlelap.

Shah menghentikan urutannya,wajah Alia dipandang. Kesan merah dibibir Alia jelas kelihatan. Di sisi mata Alia juga ada kesan lebam. Shah berbaring ,tubuh Alia dipeluk,rapat dengan nya. Shah meyambung tidurnya.

Terasa perit tekak Alia,badanya mula rasa tidak sihat. Alia cuba bangun,kali ini tubuhnya memberi kerjasama. Perlahan Alia melangkah ke dapur, menuang air didalam gelas. Dua gelas masih belum menghilangkan perit ditekaknya. Alia melihat sekeliling,mencari kalau kalau ada ubat panadol. Tubuhnya yang mulai demam membuat kan dia tidak selesa. Alia memang tidak suka meyiksa tubuhnya,jika terasa ingin demam,cepat sahaja di berubat.

Dia melihat disetiap tempat. Tiada. Peti ais dibuka,yang ada hanya buah dan makanan sahaja. Perlahan dia melangkah ke ruang tamu, mata nya terpandang pada plastik diatas meja makan. Dia melihat ada banyak jenis ubat, dia mencari jika ada panadol.
Tertera nama Shah pada ubat ubat tersebut

Shahrul Amin Bin Dato Zamri..nie nama penuh dia..patut dev panggil shah..mst pejabat hri tu tmpt kerja dia...ptt lah 10k mudah untuk dia...dasar anak org kaya...menghabiskan duit untuk benda tak berfaedah..

"buat apaaaaa..."

Alia terkejut, sering benar lelaki itu menyergahnya begitu. Jika ada sakit jantung,mungkin dia sudah mati terkejut. Alia meletak kembali ubat ubat tersebut. Wajahnya ditundukkan.

"sy rasa nak demam....sy cr ubat kt dapur takde...sy nampk kat sni...tp ubat nie nama tuan kot...sy tak jadi nak makan.."

Alia cuba meyelamatkan diri, lembut bicaranya.

Shah merampas ubat tersebut,memang tertera namany pada ubat ubat itu. Silapnya kerasa tidak berpesan pada Doktor Kamarul jgn meletakkan namanya pada ubat tersebut.

Dia tau plak nama aku...tak boleh jadi ni....esk esk byk benda dia tuntut...bukan aku tak kenal perempuan mcm nie...janji diorg senang je..

Shah memandang Alia, nampak wajah itu lain. Mungkin betul dia demam. Semua ubat tersebut dihulur pada Alia.

"memang nie semua ubat kau..pergi mandi dlu...lepas makan bru makan ubat...."

Alia melangkah menurut perintah,dia masih takut dengan Shah.

"lagi satu,aku taknak ku ingt nama aku....jangan risau...cukup masa aku bebaskan kau..."

Alia terhenti mendengar ucapan itu, hatinya jadi sebak. Kata kata itu terasa cukup hina untuk dia, bukan dia yang menjual diri pada Shah. Alia melangkah ke bilik air bersama air mata yang mengalir. Tak henti henti diri itu terluka.

Lama Alia mandi,dia memandang wajahnya didalam cermin. Kesan tamparan Shah pada sebelah matanya masih berkesan, tapi tidak semerah kesan tamparan lelaki nigeria itu. Tamparan itu sekuat hati,rasa skitnya masih dapat dirasa bila disentuh. Alia menyesal,terlalu berani mengikuti orang yang tidak dia kenal.

Dia masih trauma dengan kejadian itu, terbayang bertapa gagahnya tubuh lelaki itu saat memeluknya. Ciumannya juga cukup kasar,bau nafas dan badannya meloyakan. Alia mandi lagi,tubuhnya rasa geli.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now