Bab 49

9.6K 137 10
                                    

Semua keluarga sudah berkumpul. Selesai sahaja makan malam tadi,semua terus duduk diruang tamu.

"abg minta maaf sebab minta semua berkumpul hari nie...kalau2 kamu semua ada urusan lain .."

Shah memulakan bicara.

"apa yang shah nak bincang hari ini mungkin ada yang tidak setuju..tapi ini sahaja jalan yang ada..."

Shah melepaskan nafasnya.

"semua dah tahu tentang papa kan...hari nie shah minta semua berkumpul sebab shah nak kita semua bersatu...shah nak semua share syarikat yang ada diberikan kepada shah....hanya itu cara untuk selamatkan syarikat..."

Shah berhenti bicara.

Tiada yang bertanya,semua menanti penerangan Shah.

"kalau share shah paling banyak dalam syarikat,secara tak lgsg syarikat akan jadi hak shah....papa hilang kuasa..."

"tak zalim ke abg..."

Amanda bersuara.

"zalim...tapi nie je jalan yang ada...supaya papa sedar siapa Aslinda..."

"kalau shah rasa itu yang terbaik,akak setuju je..selama nie pun shah yg uruskan syarikat..."

Amni bersetuju.

"amani ikut je...."

"amanda ok....cuma abg still kena masuk duit untuk amanda..."

"takde masalah,abg ambil untuk besarkan share abg dalam syarikat je...duit abg akan masukkan sama mcm biasa.."

Shah menerangkan niat sebenarnya.

"mama setuju.."

Mereka berbincang cara untuk menghentikan papa. Setelah semua bersetuju, Shah lega. Dia sayangkan perusahaan itu. Papanya sudah menghabiskan separuh hidupnya untuk syarikat. Tidak mungkin dia mengizinkan seorang wanita menjatuhkannya.

"ok...esk peguam kita akan datang setelkan semua urusan...terima kasih sebab bersetuju..bila semua selesai...abg pulangkan balik bahagian masing2...."

Shah menamatkan perbincangan mereka.

Shah naik kebilik, dia mencapai telifonnya. Nama Daus dan Amar dicari. Tiada apa apa yang dihantar oleh mereka. Maknanya mereka masih belum menemui Alia. Hatinya pedih.

Mana kau pergi Alia...sumpah aku rindu kau....tolong lah alia....bagi aku peluang terakhir...

Shah memandang ke siling, masih mengharap Alia ditemui. Semakin hari, rindunya pada Alia semakin tebal.

                -----------------------------

Setelah selesai menanda tangani perjanjian pertukaran share syarikat,peguam tersebut membuat sedikit pengesahan. Semua bersetuju.

"baik lah...sy akan uruskan dalam masa terdekat...apa apa sy akan hubungi en.shah..."

Peguam itu meminta diri.

Urusan syarikat telah berjaya diselesaikan. Kini Shah perlu menyelesaikan masalah dirinya pula.

"mama...shah nak keluar kejap..."

Shah meminta izin dari mamanya.

Datin Sarah mengangguk sahaja.

Shah mencapai kunci keretanya, dia memandu meninggalkan rumah banglo itu. Shah memandu ke kondo. Ada sesuatu yang ingin dia cari. Pasti ada sesuatu yang boleh dia cari tentang Alia. Hanya itu peluangnya.

Tiba di kondo itu,Shah mencari sesuatu didalam almari, namun tiada apa yang dia jumpa. Shah mencari di dalam laci almari. Ada beberapa keping gambar,gambar itu diambil. Shah membelek gambar tersebut. Gambar Alia sewaktu kecil,gambar dia bersama ibu bapanya. Gambar Alia bersama Alesha dan neneknya. Gambar Alia dan Ikram. Lama Shah memandang gambar itu.

Kenapa dia simpan gambar nie...dia masih sayang ikram ke...bukan ke lelaki tak guna tu dah musnahkan hidup dia...

Gambar itu dikoyak. Bahagian gambar Alia disimpan manakala gambar Ikram dikoyak koyak dan dibuang.

Beberapa keping gambar lain,gambar Alia bersama keluarga dan adiknya. Tiada maklumat pun yang Shah dapat. Shah meneruskan pencarian. Namun tiada apa,wanita itu terlalu berahsia. Shah berjalan ke arah katil. Telifon bimbit Alia dibuka. Namun tidak menyala. Telifon itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Shah terus mencari,namun tiada apa yang dia jumpa. Shah duduk. Merenung ke almari baju. Pakaian Alia tersangkut kemas. Dia menghalau Alia tanpa sehelaipun pakaian. Rasa bersalah semakin kuat dihatinya. Terdengar suara Alia merayu saat dia dipukul. Shah bangun meninggalkan kondo itu. Semakin lama dia di situ,semakin kuat ingatannya pada Alia.

Shah memandu pulang ke rumahnya. Dia ingin mengecas telifon Alia. Pasti ada sesuatu di dalam telifon itu. Shah tidak ada maklumat tentang keluarga atau kenalan Alia yang tinggal di Terengganu. Semua maklumat keluarganya lengkap dalam simpanan Shah.

Tiba dirumah Shah terus menuju ke bilik tidurnya. Pengecas telifon Alia dibawa keluar,telifon itu dicas. Agak lama Shah menunggu untuk menghidupkan telifon tersebut. Setelah berjaya dihidupkan,Shah cuba membuka telifon itu. Sudah beberapa kali Shah melihat Alia membuka telifon bimbitnya.

Akhirnya Shah berjaya. Pertama sekali Shah membuka app Whatsapp,hanya ada tiga kenalan sahaja. Alesha , Daus dan Ikram sahaja nama pada app tersebut. Shah membuka 1 per 1 messages tersebut. Tiada apa yang menarik. Messages Daus sekadar memberi senarai barang,messages Ikram juga yang lama. Alesha hanya gambar di genting sahaja. Pesanan dari Alesha juga tidak dibalas.

Shah membuka galeri gambar,gambar terakhir adalah sewaktu di genting. Shah melihat semua gambar, gambar lama yang tersimpan. Gambar Alia bersama rakan rakannya semasa bercuti. Shah mengirim beberapa keping gambar Alia ke telifon bimbitnya. Dia akan meminta orang orangnya mencari maklumat.

Wajah Alia dipandang lama, gambar Alia tersenyum itu menambah luka dihatinya. Dia merindui Alia. Malam itu Shah tidur setelah puas menatap wajah Alia.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now