Telifon Shah berbunyi,nama Aslinda tertera pada screen telifon bimbitnya. Shah malas melayan, ada saja kerenah gadis itu. Sekali lagi telifonnya berbunyi. Shah menekan butang merah. Dia malas mahu melayan Aslinda. Kali ini telefonnya berbunyi lagi,tapi nama mama. Dia tahu pasti Aslinda bersama mama. Namun Shah akur akhirnya,dia mengangkat panggilan itu. Kedengaran suara Aslinda cemas dihujung talian.
"shah balikkk..mama u kena serang....balik shahhh..."
Suara Aslinda kedengaran menangis.
Belum sempat Shah bertanya,Aslinda telah mematikan panggilan. Shah terus mencapai kunci kereta dan berlari turun. Dia takut kehilangan mamanya, dia takut apa apa terjadi pada mamanya.
Sepanjang perjalanan berkali kali Shah menelifon Aslinda,namun tiada jawapan. Hatinya semakin risau. Shah tidak dapat berfikir dengan waras. Dia hanya mahu pulang melihat mamanya. Tiba di rumah,laju sahaja Shah keluar dari kereta. Dia berlari masuk ke dalam rumah.
"mama mama....."
Shah memanggil mamanya.
Mamanya tiada diruang tamu,Shah berlari naik ke bilik mamanya. Saat itu dia melihat mamanya terbaring diatas katil. Kepala dan tangan mamanya berbalut. Ada kesan lebam pada pipi dan mulut. Shah terus memeluk mamanya. Hatinya sayu melihat orang yang paling dia sayang dalam keadaan begitu.
Aslinda yang berada disitu menarik Shah.
"jangan kuat sangat nanti mama sakit.. "
"apa dah jadi...."
" i yang salah...i minta maaf shah..."
Belum habis ayat Aslinda,Shah sudah mencengkam tangannya.
"apa u buat..."
Suara Shah penuh amarah.
"bukan salah linda Shah...mama yang nak ikut dia.."
Datin Sarah berlakon sakit.
"apa semua nie aslinda....apa yang jadi.....ya allah ma...kita pergi hospital..."
"i dah bawa mama pergi hospital,doc kata mama just luka n lebam je..."
"luka lebam apa smpai mcm nie....sampai biru bibir nie...apa jadi linda..."
"i pergi kondo u...nk jumpa perempuan simpanan u tu..tp dia serang kami....mama yang kena...sbb nak pertahankan i..."
"tak mungkin....u buat apa pergi sana...."
"kalau i u rasa menipu..u tanya mama..mama nk nasihat dia je..sedangkan mama dh bgtau dia mama u..."
Aslinda sengaja menyebut nama mama,kerana dia tahu kelemahan Shah.
"betul shah...dia pukul mama,mama merayu pun dia tak lepas..mama nk nasihat dia suruh tinggalkan shah je..."
Datin Sarah mengiyakan cerita Aslinda. Sambil dia mengesat air mata.
Shah mengelap air mata mamanya,simpati pada mamanya yang luka begitu. Hatinya sakit kerana Alia mencederakan mamanya.
"betul ke semua nie mama..."
" betul Shah..dia serang mama..takpe lah klau shah lebih percaya dia..."
Datin Sarah menangis teresak esak.
"mama rehat k..linda tgkkn mama....biar shah yang selesaikan.."
Shah menelifon Daus, meyuruh dia mengambilnya dia rumah. Hatinya panas,tidak dapat fokus. Dia tidak dapat berfikir lagi. Masalahnya sudah cukup banyak ditambah lagi dengan apa yang Alia buat. Dia tidak kisah jika Alia menyerang Aslinda,tapi tidak mamanya. Alia patut diajar tentang hormat. Wanita itu sudah mula tunjuk belang.
Didalam kereta Shah tidak habis habis menyumpah Alia. Dia marah bila teringat keadaan mama dirumah. Hingga terbaring begitu Alia mengerjakan mamanya, mamanya hanya mahu menasihat sahaja. Sanggup Alia memukul mama.
"cepat sikit boleh tak..apa lembab sangat kau bawak kereta nie..gigil tangan aku nie....kang kau yg kena..."
Shah melepaskan amarahnya pada Amar yang sedang memandu.
Telifon dikeluarkan dia mendail no Dev.
"dev...kejap lagi aku sent alamat...aku nak kau dtg skrg jgk ambil betina tak guna tu..."
Kemarahan Shah tidak dapat dikawal. Hatinya benar benar panas dengan Alia.
Tiba saja di kondo,Shah membuka pintu. Namun Alia tiada diruang tamu.
"aliaaaaaaa...."
Lantang suara Shah memanggil Alia,sambil dia berjalan ke bilik tidur.
Alia yang terlelap setelah puas menangis terjaga. Dia mendengar suara Shah. Alia bangun dari baringnya.
Shah membuka pintu, kelihatan Alia duduk dikatil. Dia terus merentap rambut Alia, Alia ditarik ke ruang tamu.
"shahhhh..sakitttt....knp nie..."
Alia menahan sakit.
"sakitttt......nie sakittttt..."
Pang
Shah menampar Alia,hingga tubuh Alia terduduk diatas lantai. Bunyi tamparan itu cukup kuat.
Alia memegang pipinya,terasa pedih. Dia memandang Shah,kegilaan apa yang telah merasuk Shah.
"sakit shah...knp nie...apa salah Alia..."
"dasar perempuan murah..patut laki ko jadikan kau pelacur....memang itu yang layak untuk kau...."
Rambut Alia ditarik lagi. Hingga Alia berdiri. Shah mecengkam lengan Alia. Alir mata Alia langsung tidak mendatangkan kesan pada Shah. Apa yang dia nampak hanya keadaan mamanya sahaja. Tubuh Alia ditolak kedinding,bunyi kepala Alia melanggar dinding.
"sakittttt..apa salah Alia....knp buat Alia mcm nie..."
Alia merayu minta dilepaskan.
Shah sudah hilang pertimbangan. Tubuh Alia tempat dia melepaskan amarahnya. Dia terus memukul Alia, berkali kali rambut Alia direntap. Shah menolak tubuh Alia sekuat hati ke meja makan. Tubuh tidak berdaya Alia melayang melanggar meja makan.
"aaaaahhh.sakitttt....shahhhh..tolongggg..sakittt..taknakkkk..sakitttt..."
Alia menahan kesakitan,pinggangnya seperti terpatah dua rasanya.
"kau pukul mama aku....aku tak fikir dia sakit....kau siapaaaa betinaaaa..kau fikir aku nak kau...kau pemuas nafsu aku je....aku jijik dengan kau...."
Shah menarik rambut Alia,dia meyeret Alia ke bilik. Tubuh itu dihempas ke katil. Dia mencabut tali pinggangnya.
"demi allah shahh,,,alia tak buat....alia tak sentuh pun mama shah..."
Alia merayu..
"betul shah...semua nie fitnah...alia tak tipu shah...alia tak salah....tolong lah shah..."
"kau ingt aku nak dengar kata kata yang keluar dari mulut pelacur macam kau....kau nak kata mama aku menipu....berani kan kau..."
Shah bagai dirasuk. Tubuh Alia dilebas dengan tali pinggang. Jeritan dan tangisan Alia tidak lagi kedengaran pada telinganya. Shah melepaskan semuanya pada tubuh Alia. Dia tidak peduli apa akan terjadi. Alia patut diajar.
Alia menjerit kesakitan,dia memeluk tubuh menahan sakit dari libasan itu. Tanpa henti Shah memukulnya. Sakitnya tidak tertanggung,Alia menahan mukanya sahaja. Dia sudah berusaha mempertahankan diri.
"kau boleh pergi mampus lepas nie...."
Shah menjerit pada Alia.
Kaki Alia direntap ke bawah,hingga Alia jatuh dari katil. Tubuh Alia dipijak. Hatinya sakit bila teringat mamanya. Rayuan Alia tidak diendahkan.
"jerit smpai langit pun..takde sape datang tolong kau...kau ingt aku bodoh...kau bukan ada siapa2 pun....aku tau semua hidup kau...mak bapak kau dah lama mampos kan .."
Shah menjerit pada Alia.
Alia sekadar mampu menangis. Dia tidak mampu lagi melawan,tubuhnya rasa sakit, segala kudratnya habis. Dia hanya mampu berdoa supaya ini semua hanya mimpi ngeri untuknya. Dia memejam mata,menahan pukulan Shah pada tubuhnya.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...