Bab 57

9.9K 138 17
                                    

Alia bersiap ala kadar. Mahu atau tidak dia perlu berdepan dengan Shah. Semuanya akan dia selesaikan hari ini. Alia tahu,lari sejauh mana pun,masalah tidak akan pernah selesai.

Pintu bilik Shah diketuk. Namun tiada jawapan. Lama Alia menanti,dia tidak selesa berlama di situ,takut kawan kawannya terlihat dia. Alia ingin mengajak Shah berbincang di tempat lain,bila di fikirkan memang tiada tempat yang sesuai dia bersetuju dengan Shah. Dia tidak mahu sesiapa pun nampak dia bersama Shah. Alia resah,pintu diketuk lagi.

Takkan tido plak....dah janji nk bincang pagi nie....ke dia join snorkelling....takkan lah....adoiii...mana nie...kang orang nampak aku....

Alia merungut didalam hatinya.

Alia mengetuk lagi. Tiba tiba terasa tubuhnya berlaga,baru sahaja Alia ingin berpaling tangan Shah sudah melintas pinggangnya. Alia terkejut. Dia mengeraskan badannya, memjauhi tubuh Shah.

"apa nie....org nampak nanti..."

Alia tidak selesa.

"i nak buka pintu...u duduk depan pintu sape suruh..."

Shah sengaja mengambil kesempatan.

Pintu terbuka,sengaja Shah menolak Alia masuk dengan badannya.

Alia berdiri di dinding berhampiran pintu.

"mcm mana tau alia kat sini..."

Masih dia hormat pada Shah. Tidak mampu dia beraku engkau.

"tak penting...."

Shah menghampiri Alia.

"jgn dekat...."

Tangan Alia sudah menahan dada Shah.

"alia tak rindu shah...."

"apa shah nak cr alia sampai sini..."

"alia hak shah....atau alia lupa ..."

"shah....yg ambil duit shah tu ikram...kenapa Alia yang kena jadi taruhan.....kalau nak duit shah,cr ikram...minta pada dia...bukan alia...alia tak ambil 1 sen pun..."

Alia mempertahankan dirinya.

"shah taknak duit....shah nak aliaaaa...."

Tangan Alia di tepis,dia menghampiri Alia. Kedua tangan Alia dipegang rapat ke dinding.

Alia meronta.

"jgn buat mcm nie....lepas lah shahh...."

Alia merayu.

Shah memandang Alia. Tubuhnya semakin rapat dengan Alia. Bibirnya semakin hampir mengucup bibir Alia.

"alia dah kawen...."

Alia sendiri tidak percaya apa yang keluar dari mulutnya.

Shah melepaskan Alia. Wajah itu dipandang.

"jgn tipu alia.....shah tau alia syg shah...sbb shah rasa benda yg sama...."

Shah meluah rasa hatinya.

Alia mengangkat jari.

Shah memandang cincin yang tersemat di jari Alia. Dia memandang Alia,mencari kepastian.

Alia mengeluarkan telifonnya,gambar "perkahwinan" bersama Amir di tayang pada Shah.

"alia dah kawen...."

"takkkk...alia takkan buat shah mcm nie.....shah tau alia syg shah...."

Suara Shah sudah berubah.

"alia tak tipu...alia dah kawen shah.....lepas Alia lari...alia kawen dengan kawan Alia...."

Alia menipu.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now