Bab 37

10.9K 96 1
                                    

Sudah dua hari sejak pulang dari Genting,Shah tidak mencari Alia,sedar mencuri lihat pada rakaman cctv sahaja. Banyak urusan yang menyebabkan dia tidak dapat lari walaupun sekejap. Bila pulang ke rumah dia sudah letih. Ditambah lagi dengan kerenah mamanya yang tidak habis. Segala tempahan katering sudah mamanya cari, walaupun dihalang oleh Shah. Kerana Shah tahu perkahwinan itu tidak akan terjadi. Namun mamanya tetap juga menempah.

Shah melangkah masuk ke rumah banglo milik papanya. Diruang tamu kelihatan mama dan Aslinda. Namun mereka tidak menegurnya, Shah meneruskan langkah ke dapur mencari segelas air. Tiba diruang tamu,wajah mamanya masam mencuka.

"kenapa nie mama..."

Tanya Shah,pelik melihat mama nya begitu.

"apa shah dah buat...bgtau mama..."

"apa yang shah buat mama.."

Terpinga pinga Shah bila dituduh tanpa sebab begitu.

"nie..."

Aslinda menghulur beberapa keping gambar pada Shah.

Gambar bertukar tangan, terkejut Shah. Bagaimana gambarnya dan Alia boleh sampai pada mamanya. Pasti kerja Aslinda,dia sahaja yang suka mengintip hidup Shah.

"siapa dia...i tunang u shah...jangan nak bawah i berjalan...nak ajak keluar makan pun susah..betina murah nie boleh pulak u bawak sana sini..."

Aslinda mula hilang sabar. Hatinya sakit.

"siapa dia shah....perempuan mana kau kutip kali nie ..jgn ingat tudung yang dia pakai boleh tutup perangai busuk dia..."

Datin Sarah bertanya. Keras suaranya.

"mama semua nie salah faham je..shah pergi genting sbb kerja..kebetulan jumpa kawan lama kt sana.."

Shah cuba menutup perasaannya.

"tipu...u tido dengan dia kan shah....i tau shah...org suruhan i bagitahu...u tidur sebilik....sepanjang u kat sana mmg dia dengan u ."

Aslinda menjerit. Air matanya gugur. Hatinya terkilan bila Shah melakukannya begitu.

"apa hak u nak suruh org intip hidup i...."

Shah mula berang. Panas hatinya.

Pang.

Merah pipi Shah ditampar Datin Sarah. Shah sekadar berdiam. Tidak mungkin dia mengasari mamanya. Meninggi suara pun dia tidak sanggup. Kerana wanita itu lah dia hidup didunia ini.

"shah nak pertahankan pelacur tu..perempuan murah mcm tu bersepah kt lorong2 tu shah..."

"mama....mama salah faham...alia bukan mcm tu..."

"alia....ada juga nama perempuan sundal tu ye..."

Aslinda mencelah.

"kau lebih teruk dari alia..."

Shah menjeling tepat pada mata Aslinda. Hinaan itu tidak layak untuk Alia,kerana Alia bukan begitu,hanya nasibnya sahaja yang tidak sebaik Aslinda.

"mama nk Shah tinggalkan perempuan tu...mama dh buat keputusan,shah dan linda akan kahwin hujung bulan ni..."

Datin Sarah bertegas.

Sememangnya dia sudah merancang dengan Aslinda tentang perkahwinan itu. Perempuan simpanan itu bukan masalah besar untuknya. Senang saja dia boleh menghapuskannya. Dia tahu kelemahan Shah.

"tak boleh mama..."

Shah merayu pada mamanya. Tangan mamanya dicapai..

"baik lah.. Jgn kahwin dengan linda..tp mulai hari ini..shah bukan anak mama lagi..jgn panggil nama mama...mama tak izin kan...biar lah mama takde anak yang derhaka mcm shah...."

Sengaja Datin Sarah berdrama begitu,dia tahu Shah pasti tunduk dengan permainannya.

"mama...jgn lah mcm nie....shah ikut perancangan mama..shah minta maaf mama...."

Shah memeluk tubuh mamanya. Air matanya jatuh. Tidak sanggup dia melukakan hati mamanya. Mama ibarat nyawa untuknya. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan mamanya bahagia.

"kalau mcm tu..esk shah dan linda pergi fitting baju kawen...pergi pagi..sbb tghr mama ada hal dgn linda...jom linda..teman mama ke dapur..."

Datin Sarah menarik tangan Aslinda ke dapur.

Shah terduduk di kerusi. Berkali kali dia mengeluh. Belum cukup bukti untuk mengenakan Aslinda. Kini Aslinda pula mengenakannya. Shah buntu. Dia perlu berjumpa Amani. Hanya itu harapannya.

"better u stop....atau i sendri selesaikan pasal betina murah tu..."

Aslinda muncul dari dapur.

Terkejut Shah tiba tiba dia muncul.

"majlis nie tak kan terjadi....jangan berangan linda..."

Shah melepaskan amarahnya,namun suaranya perlahan. Tidak mahu mama mendengar.

"fine...u yang pilih...."

Aslinda melangkah ke dapur meninggalkan Shah.

Shah naik kebiliknya. Hatinya mula risau tentang Alia. Dia tidak mahu Alia tahu apa apa tentang hidupnya,apatah lagi kisah pertunangannya dengan Aslinda. Dia tahu Alia akan kecewa,kerana sudah berkali kali Alia menghalang menyentuhnya jika Shah sudah beristeri. Pada Alia,dia juga wanita dia juga merasa sakit yang sama. Dia tahu rasanya bila suami menduakannya. Shah terbaring dikatil. Dia harus cepat.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now