Bab 23

13.1K 94 1
                                    

Shah serabut dengan keputusan mama untuk menyatukan dia dan Aslinda. Suka benar mama pada gadis itu. Hanya kerana ayahnya juga seorang dato,mama menerima Aslinda mentah mentah begitu. Dia lebih mengenali Aslinda, siapa tidak kenal Linda. Cuma belum masa dia memberitahu mamanya sahaja.

Mamanya tidak berganjak dengan keputusannya,mahu dia mengambil Aslinda sebagai isteri. Dia belum puas dengan dunianya. Dia juga tidak mencintai Aslinda,menjadikan wanita itu sebagai isteri adalah mustahil. Namun mama tetap dengan keputusannya. Majlis pertunangannya dengan Aslinda akan berlangsung hujung minggu ini. Papa juga tidak berkata apa.

Selesai segala urusan pejabat,Shah memandu pulang kerumahnya. Ikutkan hati mahu saja dia pulang ke kondo,rindu sudah pada Alia. Sudah empat hari dia tidak berjumpa Alia. Hanya rakaman cctv sahaja yang menghubungkan dia dan Alia.
Kereta hitam itu masuk keperkarangan rumah. Shah keluar,melangkah masuk ke rumah papanya.

Memang dia tinggal disitu sejak dulu,mama dan papa sebolehnya tidak mahu dia keluar dari rumah itu. Sedangkan kakaknya sudah lama meninggalkan rumah besar itu. Shah melangkah ke ruang tamu. Mamanya ada bersila di situ. Hantaran sudah tersusun cantik di dalam dulang. Hatinya meronta menentang semua ini. Namun dia tidak sanggup melihat mama kecewa.

"shah dh balik...mama buat sendiri tau semua hantaran nie..cantik tak..."

Ceria suara Datin Sarah. Seronok melihat Shah tidak membangkang impiannya.

"shah naik dlu mama..."

Shah melangkah menaiki tangga.

"shah...."

Langkah kaki Shah terhenti. Wajah mamanya dipandang. Penuh dengan harapan. Wajah itu nampak sangat bahagia.

"esk jangan ke mana....duduk rumah je...ptg kita dah nk ke rumah Aslinda..kakak kamu balik..malam nanti sampai..."

Shah menganguk faham.

Tubuhnya dihempas ke katil. Berat hatinya,untuk memberitahu kebenaran siapa Aslinda, Shah tidak berani. Takut mama nya kecewa. Namun dia sendiri tidak mahu Aslinda menjadi tunangnya. Jiwanya memberontak. Dia tidak mahu.

Shah mengeluarkan telifonnya,app cctv itu dibuka. Melihat Alia tiada diruang tamu, cctv ditukar, Alia berada didapur. Hanya memakai tshirt labuh sahaja,peha Alia kelihatan gebu sahaja. Lama dia melihat memasak, kehulu kehilir Alia didapur. Sesekali dia lihat Alia menari. Entah lagu apa yang Alia dengar,nampak gembira benar dia. Hatinya senang selepas melihat Alia,dia tahu wanita itu sudah pulih dari demam.

Telifon ditutup,diletak atas meja kecil disebelah katilnya. Shah mencapai tuala, dan berlalu ke bilik air.

Selesai mandi,Shah ke almari pakaiannya,mencari baju. Terlihat baju yang pernah tersarung pada tubuh Alia. Lalu baju itu dicapai dan dipakai. Dia tersenyum.

Selesai bersiap,Shah turun ke bawah semula. Mamanya masih kusyuk benar menyiapkan hantaran pertunangannya esk. Dia berbaring di sofa,tv dipasang. Namun fokusnya hilang,jiwanya berserabut.

"mama yakin ke shah dh boleh kawen.."

Shah menegur mamanya.

"kenapa tak boleh...nie buka kawen..nie tunang je Shah..apa yang Shah takut sgt..."

Lembut bicara mamanya.

"tapi Shah tak cinta linda..mcm mana Shah nak ada hubungan dengan dia..."

"lepas nie Shah boleh lah belajar terima linda..perlahan2 k...sempat lah sementara tgu korg kawen..."

"mama berape lama shah kena tunang dengan linda..."

Gusar suara Shah.

"mama dah bincang dengan datin seri...3bulan..."

Terkejut Shah.

"maaaa...kenapa pendek sgt ...Shah belum sedia..."

Mukanya diurut,rambutnya ditolak kebelakang. Dia tidak mahu Aslinda.

"OK lah tu...tak elok lama2 Shah..nanti Shah cari barang ngn linda...shah boleh lah jatuh cinta dgn linda.."

Shah tidak menjawap,hatinya membengkak. Dia harus mencari jalan, Aslinda tak kan mejadi isterinya.

Aku mesti selesaikan semua nie...aku taknak perempuan tu jadi isteri aku...aku lebih rela kawen dengan Alia....aliaaa....aku dh kenapa...

Shah menggelengkan kepalanya yang serabut. Kenapa nama Alia yang keluar. Perempuan itu hanya perempuan simpanannya sahaja. Bila dia sudah puas nanti,dia akan lepaskan Alia.

Dia berbaring di sofa,dia memandang ke atas. Entah apa lagi alasan yang dicari untuk membatalkan majlis esok. Namun dia masih ada harapan. Kakaknya. Satu satu nya orang yang dia percaya, satu satunya juga manusia yang berani melawan mama.

Shah berharap kakaknya akan tiba awal. Supaya dia boleh meluahkan segalanya. Pasti kakaknya ada saja idea yang bernas. Itu saja harapan yang ada.

Bunyi pintu dibuka,Shah duduk. Menunggu siapa yang masuk,berharap benar kakaknya tiba. Namun harapannya musnah,yang sampai ada lah adik perempuannya Shahida Amani.

"kau pe hal pandang aku macam tu..."

Tegur adiknya yang mesra dengan panggilan Amani.

"apa nie amani..tak baik cakap abg mcm tu..mana amanda...kata ambil dia sekali tadi..."

Mamanya bertanya kerana anak bongsunya Shadila Amanda tidak muncul.

"ada kat kereta...terhengeh2 ambil barang...naik dlu ma..."

Kelibat Amani hilang dari pandangan.

"assalamualaikummmm..."

Suara Amanda,gadis itu memang ceria.

"waalaikumussalam...anak mama balik...kak amani ambil ye..."

Manja Dati Sarah menyambut anak bongsunya itu.

"ye kak amani ambil kat u tadi.."

Jawap gadis tahun akhir pengajian pentadbiran awan universiti malaya itu.

"abg shah...mcm tak caya...abg nak betunang dgn kak linda...abg dh lama ke bercinta ngn dia .."

Laju saja gadis itu bertanya.

"amanda mana tau...."

Balas mamanya sambil ketawa.

Amanda memang manja dengan mama. Mungkin kerana dia yang paling bongsu. Jauh berbeza dengan Amani,gadia itu sangat tegas. Hanjs sahaja belajar,dia terus memberitahu,dia tidak mahu bekerja dengan papa. Tidak lama selepas dapat kerja,dia terus pindah keluar dari rumah. Dia ingin hidup berdikari, tidak pernah sekali Amani meminta pertolongan sesiapa pun. Dia hidup dalam dunianya sendiri.

Amanda dan mama sibuk menghias hantaran yang hampir siap itu. Shah langsung tidak mengambil tahu,malah cincin pun mama yang sediakan.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now