"kau dah kenapa nie Alia......"
Raihan menetup Alia.
Alia tersentak.
"takde apa...kenapa plak..."
"dari tadi terteleng teleng...kau cari apa....muka mcm apa je...."
"takde apa lah ..."
Alia hairan. Dia tidak nampak Shah langsung. Dari makan tengahari tadi dia tidak nampak,risau kalau lelaki itu berkurung tidak makan.
"dah lah...jom kerja...penat mulut aku menyembang kau sepatah pun tak dengar... "
"wehhh sori lahhh....aku cari orang...."
"orang mana plak..."
"orang lah...mcm kawan aku ...tu je .."
"kau nie kan Alia...penuh mistik.....esok kau masuk kerja...pakai lipstik hitam...sesuai ngn kau..."
Raihan memarahinya.
Alia ketawa,jika perempuan itu membuka mulut,pasti ada benda yang lawak.
"kau kan.....apa cer date kau...."
"usah ditanya.....ke laut...."
"dh memang dekat ngn laut.....ke laut lah jwpnye...."
Mereka ketawa.
"aku setuju lah ngn kau Alia...kena jadi diri sendiri..."
"ye cik puan raihan.....dia dh kenal kau mcm nie....tetiba first date kau jadi org lain...dia ajak kau jmpa sbb dia suka kau..bukan suka orang lain...."
Alia menasihati Raihan.
"takpe lah..next aku cuba lagi...."
Raihan tersengeh.
Alia ketawa,memang Raihan tiada perasaan. Sudah di reject masih lagi bergembira.
Telifonnya berbunyi.
Alia..jumpa kejap boleh....
Pesanan dari Amir di baca.
Alia kerja lah....jumpa esk je lah....
Ok alia....selamat malam syg....
App whatsapp itu di tutup. Geli mendengar perkataan sayang itu. Kerana sayang itu Alia jadi begini. Kerana sayang pada Ikram,Alia biarkan Alesha kahwin dengan orang tua. Kerana sayang pada Shah,Alia biarkan tubuhnya jadi mangsa. Cukup lah sayang itu pada dirinya sendiri.
Alia meneruskan kerja. Beberapa peralatan yang tidak dipakai dikembalikan ke rak. Troli yang sudah kosong di letak di tempat asal. Cadar kotor telah dicampur dengan cadar lain. Setelah siap Alia pulang ke biliknya. Alia melihat bilik Shah. Gelap. Alia meneruskan langkahnya.
Pagi itu, Alia bersiap. Sudah berjanji untuk berjumpa Amir,dia harus awal. Pukul 9 Amir akan membawa orang ke Taman Laut. Dia menghantar pesanan kepada Amir.
Amir kat mana...
Tidak berbalas. Lama Alia menanti.
Kat hati syg lah
Jangan ngarut lah,ada apa nak jumpa.
Penting...datang lah..kat dive center nie
Telifonnya ditutup.
Alia berjalan ke tempat yang dikatakan.
"amir...."
"hai syg....."
"apa ni amir...."
"alia bagitau orang alia isteri amir ok je ..knp bila Amir panggil Alia mcm tu tak boleh.."
"bila Alia bgtau orang Alia isteri Amir..."
"ye ke....habis nie apa....."
Amir menunjukkan beg berisi telifon.
Terkejut Alia,itu telifon lamanya.
"mana Amir dapat..."
"dari Shah...."
Alia berkerut.
"alia bgtau shah,kita dah kawen kan..."
Alia tergaman. Tidak sangka Shah mencari Amir.
"amir jangan salah faham....alia cuma nak lepas diri je..."
"dari apa....."
"shah..."
"aliaaaa....buka mata luas luas....tnya hati alia...alia syg dia kan...."
Terasa berat nafasnya melafaskan ayat itu. Kerana hakikat yang harus Amir terima,Alia tidak pernah mencintainya.
"alia dah cukup terseksa amir..."
Air matanya mengalir. Sedih terpaksa menahan cintanya,sedangkan Shah sudah ada dihadapannya. Jika diteruskan dia sendiri akan kecewa.
Amir menarik Alia,tubuh itu dipeluk erat. Tangisan Alia menyedihkannya. Dia tahu Alia cintakan Shah,tapi Alia takut dengan kehidupannya. Dia takut kecewa lagi. Amir membiarkan Alia menangis sepuasnya.
"aliaaaa...shah tu syg alia...kalau tak dia tak dtg sini cari alia...sampai bila alia nak takut mcm nie...alia berhak bahagia.."
Amir menahan rasa. Pedih.
"aliaaa....kalau alia taknak dengan Shah,kenapa alia tak buang dia dr hati alia....alia..amir syg alia....amir tak sgp tgk alia terus mcm nie...."
Tubuh Alia dijarakkan,air mata Alia disekat. Tangisan Alia makin kuat.
"sayangggg....jgn seksa diri alia lagi...alia kat sini hanya nak lari dr shah...skrg shah dh dtg..knp alia tak bg dia peluang ..aliaaaa....pandang amir....."
Dia menarik muka Alia memandangnya.
"alia semua takkn selesai....selagi alia berdiam diri mcm nie...kalau betul Alia taknak...lepaskan perasaan tu...mulakan yang baru...alia...pls jangan nangis lagi...amir sakit tgk alia mcm nie...."
Amir memeluk Alia erat. Dia mengalirkan air mata. Pedih rasanya terpaksa menerima hakikat Alia cintakan lelaki lain. Namun sayangnya pada Alia,membuatkan hatinya mahu melihat wanita itu bahagia. Sudah puas dia menderita. Amir mencium kepala Alia. Dia membiarkan Alia memeluknya,melepaskan segala kesedihannya.
Alia melepaskan pelukannya. Air matanya disapu. Puas rasa hatinya dapat menangis begitu. Walaupun masalahnya tidak selesai, sekurangnya hatinya lega. Wajah Amir dipandang, kasihan lelaki itu. Tidak mampu dia membalas cintanya.
Amir memandang Alia,dahi Alia dicium. Tidak sanggup melihat Alia bersedih hati begitu.
"nah ambil nie...."
Amir menghulur bungkusan itu.
"tq amir.....alia balik dlu..."
Beg itu dicapai, Alia melangkah keluar dari tempat itu.
Amir melihat Alia pergi,hatinya pedih. Sakit teramat. Cuma egonya sebagai lelaki cuba dipertahankan.
Jika kau milik aku Alia...tidakkan aku izin kn setitis airmata mu mengalir...aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau bahagia...alia...aku tahu sampai masa kau akan pergi meninggalkan aku....aku tetap disini,setia dengan cinta ku alia....
Amir meneruskan kerjanya yang tertangguh. Life jacket dan fins di capai. Kerjanya harus jalan walaupun mindanya sudah ke lain. Dunianya hanya laut dan cintanya hanya Alia. Biarlah apa pun terjadi dia tetap disini.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...