Bab 34

11.5K 119 11
                                    

Alia melangkah meninggalkan kawasan itu, hatinya berdegup laju. Dia takut untuk berpaling,kerana dia tahu siapa mereka. Tiba tiba tubuh Alia terhenti kerana ada tangan yang merentap lengannya. Alia terdorong kebelakang,namun Alia tidak jatuh kerana badannya tersandar pada tubuh yang menariknya.

Pantas Alia berdiri membetulkan tubuhnya. Akhirnya Alia berpaling dia tiada peluang lagi untuk lari. Entah mengapa dia lupa kehadiran mereka sedangkan semalam dia sudah melihat mereka di taman tema.

"buat apa kat sini..."

Tajam soalan itu.

Ali mendiamkan diri,lelaki dihadapannya dipandang. Sedikit pun tidak berubah,masih sama seperti sebelum ini.

"tak payah pandang laki orang lah..."

Si wanita pula menegurnya. Kasar.

"sy minta diri dlu."

Alia berpusing.

Belum sempat Alia berpusing,Ikram sudah menarik tangan Alia.

"apa nie...awk takde hak sentuh sy lagi...."

Marah Alia.

"kau buat apa kt sini....ikut kami kan....dasar perempuan gatal.."

Isteri Ikram melepaskan amarahnya.

Kelihatan keluarga Ikram ada disitu juga. Mungkin mereka sedang bercuti bersama. Hati Alia terkesan, seperti semua merestui keadaan ini. Hanya kerana zuriat, Alia dibuang begitu sahaja.

"kau sengaja ikut kami kan...dia hak aku...."

Entah apa yang merasuk isteri Ikram,tiba tiba sahaja mengamuk begitu. Ikram memeluk isterinya.

"sy tak dtg sini sebab awk...kebetulan je semua nie...sy pun ada hal kt sni..."

Malas Alia hendak marah. Itu bukan sikapnya.

"habis buat apa...setahu aku,aku dh jual kau...ke kau dh berkhidmat kt sini plak..."

Pedih ayat Ikram.

"jaga sikit mulut awk...awk yg buat hdp sy jd mcm nie..."

"jadi...kau tak puas hati.."

Ikram menghampiri Alia. Alia berundur selangkah kebelakang.

Semua keluarga Ikram yang berada disitu sekadar memandang. Tiada suara pun yang melarang atau menegah. Isteri Ikram ketawa melihat Alia berundur dalam ketakutan.

"bukan itu tempat paling layak untuk kau...kau bukan boleh mengandung pun....sesuai ngn muka kau jadi betina murahan kt situ..."

Tubuh Alia ditarik, Ikram menolak Alia kedinding. Dia tahu Alia tidak mampu melawan.

"dah tu...jom lah pergi makan..mak lpar...tgk perempuan tu lama lama nanti dapat pulak badi mandul dia..."

Jelas suara ibu Ikram.

Alia menahan air matanya,dulu wanita itu sayang padanya. Entah apa yang merubah mereka semua.

"kak..bawak semua g makan dlu...dah selesai nti ikram dtg."

Mereka semua berlalu,hanya tinggal Alia dan Ikram sahaja. Alia cuba untuk pergi,tapi bahunya ditekan kedinding. Dia tidak dapat melepaskan diri.

"dah lah..kita takde apa2 dh...org tgk nie....lepas lah ikram..."

Alia merayu,jelas matanya berkaca.

"betina mcm kau kena ajar dlu..baru faham..aku taknak kau...knp kau ikut aku..kau nak apa.....nak tuntut hak kau ...."

"sy tau sy takde hak..semua atas nama awk...dh lah.."

Alia cuba melepaskan diri. Tapi Ikram terlebih dahulu bertindak. Tubuh Alia ditarik. Hingga Alia terduduk dilantai. Ikram bertinggung dihadapan Alia. Wajah Alia dipandang,dia merentap lengan Alia suruh berdiri.

"sakit lahhhhh...."

Alia menolak tangan Ikram yang menariknya.

"dasar murah.....kau jadi pelacur kt sini plak ke...brpe semalam kau ambil...aku byr kau...layan aku...."

Entah apa yang Ikram fikir,tiba tiba dia memeluk tubuh Alia. Pipi Alia dicium berkali kali.

Alia meronta minta dilepaskan. Dengan sepenuh tenaga yang ada dia menolak tubuh Ikram. Dia berlari,namun Ikram sempat menarik baju Alia. Akhirnya Alia tersandar pada tubuh Ikram. Lelaki itu terus menggomol Alia. Alia sempat menjerit sebelum Ikram menutup mulut Alia dengan tangannya.

"diammmm...lau kau taknak sakit....apa sgt lah layan aku alia....entah cina india mana kau dh layan....takkan aku kau tak sgp ...mst kau dh pandai melayan kan skrg....pelacur lah katakan..mst hebat..layan aku alia..."

Kata kata Ikram mengguris hati Alia,kerana dialah Alia hidup begitu.

Alia terus melawan, dia tidak sanggup melayan kehendak Ikram. Tubuh Ikram ditolak, Alia cuba melepaskan diri.  Tindakan Alia menyebabkan Ikram sakit hati. Tinggi tangan Ikram diangkat,Alia yang nampak terus menutup mukanya. Dia memejam mata. Dia takut dipukul Ikram.

Belum sempat Ikram memukul Alia, sedas tumbukkan tiba dahulu pada wajah Ikram. Ikram terus terjatuh kebelakang. Alia membuka mata bila tubuhnya terlepas dari lelaki dayus itu. Alia melihat Daus menumbuk Ikram. Alia berpaling untuk lari,baru dia berpusing Shah sudah ada dihadapannya. Terus tubuh itu dipeluk,melepaskan ketakutannya.

Daus melepaskan Ikram,berdarah darah muka Ikram dibelasah Daus.

"kau tak kenal aku sapa...alia hak aku...kau lupaaa....kau tgu apa aku boleh buat ngn hidup kau...aku tau semua ttg kau...."

Shah memberi amaran.

Tangan Alia dicapai,dan dibawa pergi. Ikram masih terbaring disitu. Daus dan Amar mengikuti Shah dari belakang.

Alia tidak berkata apa, tiba di bilik Shah menolak Alia ke katil. Dia cuba menahan amarahnya. Dia marah kerana Alia tidak menjaga diri,selamatlah Daus bertindak cepat. Jika ikut hatinya marah,hendak sahaja dia mengerjakan tubuh Alia. Tapi dia cuba mengawal rasa itu. Dia tahu Alia tidak bersalah, semuanya kebetulan. Dia melihat Alia yang tertunduk diatas katil. Dia tahu Alia juga ketakutan. Sebotol air dibuka dan dihulurkan kepada Alia.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now