Bab 65 (TAMAT)

17.9K 274 45
                                    

Hari ditunggu tiba akhirnya, Alia bersiap cantik. Baju kurung sepasang putih itu ditempah khas untuk majlis akad nikahnya. Solekan diwajahnya menambah seri pengantin, Alesha yang duduk disebelahnya tidak habis habis memuji cantik.

"cantik sgt akak alesha nie.....mst abg shah tgaman karang...."

"pandai lah lesha....kamu tu jgn seronok sgt..kang terberanak plak kt sini...."

"lambat lagilah kak...br 30minggu...."

"mmg lah...tapi excited sgt kamu nie...."

"yelahhh....."

Alesha merajuk.

Alia ketewa melihat mak buyung di sebelahnya merajuk. Walaupun dia berkahwin dengan lelaki yang berusia,namun Alesha bahagia. Dia sudah punya segalanya. Suaminya juga sayang padanya. Alia bersyukur,sekurang kurangnya rasa bersalah pada Alesha berkurang.

"aku terima nikahnya Alia Binti Rahman dengan mas kawen 100 ringgit tunai...."

Sekali lafaz Alia menjadi milik Shah.

Air mata mengalir,Alia bersyukur Shah menerima dia seadanya. Menjadi isteri buat kali kedua bukan impian Alia,namun ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Tiada apa yang Alia harapkan,cuma sebuah bahagia yang sudah lama dia impikan. Mengharap bahagia itu bersama selamanya.

Selesai majlis perkahwinan itu, Alia menghampiri Alesha. Sejak dari tadi dia sibuk melayan tetamu,berkenalan dengan keluarga Shah.

"lesha....dah letih g lah balik rmh dlu...."

"takpe....abg mail ajak balik terus nie..."

"laa..knp tak tido lagi semalam dua...."

"kakak plak dtg rmh alesha k..."

"semalam lagi tak boleh ke..."

Alia memujuk.

"tak boleh...abg mail risau ke kambing dia.."

"kan ada pekerja yang jaga...."

"lain kali kami dtg lagi...tgu anak besar sikit...br seronok jalan...."

Alia dan Alesha berpelukan.

Kepulangan Alesha menambah kekok pada Alia. Sekurang kurangnya dia boleh bersembang dengan Alesha. Selesai majlis,tetamu juga sudah pulang. Hanya sesi bergambar sahaja yang tinggal.

Malam itu Alia sekadar berborak bersama adik beradik Shah. Tiada apa yang hendak di kemas,sekadar bersantai sahaja. Alia ketawa bila adik beradik Shah membuka cerita zaman kanak kanak mereka. Sikap nakal Shah yang suka mengusik mereka hingga mereka menangis.

"lepas nie turn amani plak kawen..tak sabarnya..."

Amni mengusik Amani.

"pakwe pun takde..nak kawen apanya...."

Amani menjawap.

"tak kan takde....ko mmg nk sorok dr ktorg kan...."

"apa kak amni nie..mana adalah....dlu ada lah..."

"habis yg dlu tu mana.."

"dah kena serang ngn abg Shah.....lupa ke...."

Amani memandang Shah yang duduk disebelah Alia.

"ye keeee...tak tau pun.."

Amanda bertanya.

"ye lah....pakwe tak semenggah....seluar mcm nak londeh..rambut serabai....br sekali sergah dah hilang...."

Ketawa semua yang mendengar.

"tu style...rockkkk....abg mana tau....abg lah salah...smpai skrg amani takde pakwe....trauma....."

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now