Alia menolak troli ke bilik yang telah diarahkan oleh ketuanya. Sebentar tadi,seorang tetamu menelifon minta cadarnya ditukarkan kerana tertumpah minuman. Kebetulan bilik itu berada dalam kawasan kerja Alia,dia yang sedang berehat diminta segera ke bilik tersebut. Kelam kabut juga dia dan Raihan.
Tiba dibilik itu,sekumpulan gadis sedang berkumpul dihadapan bilik. Mereka nampak gembira. Mungkin hati pertama di situ. Sehelai cadar dicapai oleh Alia. Raihan berlari menghampiri Alia,dia ke tandas dahulu tadi. Mereka menukar cadar yang terkena air itu. Selesai menukar,Alia keluar dari bilik tersebut. Dia sekadar mengangguk dan tersenyum sahaja.
Seorang gadis menghampirinya.
"maaflah menyusahkan..."
"takpe....selamat bercuti..."
Alia menarik trolinya. Wajah gadis itu dipandang,nampak sombong,namun tidak. Gadis itu juga memandang Alia.
Alia berlalu meninggalkan mereka. Namun belum pun jauh,gadis itu sudah memanggilnya.
"maaf..boleh tahu nama akak..."
"alia..."
Jawap Alia sambil menunjukkan tanda namanya yang tersemat didada.
"ooo..boleh tolong tangkap gambar kami..."
"bolehh..."
Alia patah balik ke belakang. Gadis itu memanggil kawan kawannya untuk bergambar.
Alia merebahkan dirinya diatas tilam. Letih benar hari ini. Jika musim cuti tiba,jadualnya jadi padat. Ada sahaja bilik yang hendak dikemas. Berkejar kejar dia dan Raihan sepanjang hari. Sejak bekerja di situ,Alia tinggal asrama yang disediakan. Alia berkongsi bilik dengan seorang penyambut tetamu. Kerana shiff kerja yang berlainan,jarang mereka bertemu. Alia mencapai tuala dan barang mandian. Bilik air terletak diluar bilik. Berkongsi bersama pekerja pekerja lain.
Selesai mandi,Alia baring. Dia ingin tidur,lagipun esok dia diminta bekerja penuh. Kerana lusa adalah hari cutinya. Alia memejamkan mata. Belum sempat terlelap telifonnya berbunyi.
Pesanan ringkas dari Amir.
Selamat malam Alia....mimpi amir k...
Alia tersenyum.
Dia tidak membalas pesanan itu.
Dia kembali menyambung tidurnya.
-----------------------
Amani sudah bersiap untuk melakukan aktiviti yang telah disusun oleh pihak pengurusan. Kawan kawannya juga sudah bersiap,mereka duduk sambil menikmati sarapan pagi.
Matanya melihat sekeping gambar curi yang ditangkapnya semalam. Dia yakin itu orang yang sama. Sudah beberapa kali dia lihat Shah merenung gambar itu. Amani percaya Alia yang dijumpa semalam adalah Alia yang sama abangnya cari.
Amani meminta pulang ke bilik sebentar,kerana perutnya memulas. Aktiviti ke laut juga masih lambat lagi. Dia berlari pulang ke bilik.Selesai segala urusan, Amani keluar dari bilik. Dia mengunci pintu biliknya. Saat dia berpusing,dia terpandang Alia yang baru keluar dari bilik sebelah. Alia tidak sedar kewujudannya disitu. Sekeping gambar ditangkap. Amani berjalan menuju ke restoran semula. Lama dia memandang wajah Alia. Sama. Namanya juga sama.
Cuma Alia yang dihadapanya ini sedikit kurus berbanding gambar yang dilihat pada abangnya. Selepas segala urusan syarikat selesai, papanya juga sudah berubah. Abang lebih banyak termenung,setiap hari memandang gambar seorang wanita pada telifon. Tetapi itu buka telifon abangnya. Selalu dia mencuri lihat. Kadang dia kasihan melihat abangnya sedih begitu.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...