Shah menarik lengan Alia keluar dari bilik. Alia dibiarkan terbaring dilantai,darah yang keluar dari mulut Alia sedikit pun tidak membuatkan hatinya rasa kasihan. Rayuan Alia langsung tidak didengarinya.
"shah percaya lah...alia tak salah....alia tak buat shahhh..."
Alia terus merayu,dia sakit diperlakukan begitu.
Shah menarik Alia hingga berdiri,tubuh itu disandar pada dinding.
"kau ingt aku percaya ke bodoh.....kau seksa mama aku..kau pukul mama aku....kau binatanggg ..."
Shah menolak kepala Alia kedinding,kuat hentakan itu. Darah mula mengalir dari hidung Alia. Tubuh Alia dilepaskan. Perlahan Alia menjatuhkan tubuhnya,tidak mampu lagi Alia berdiri.
Saat itu Dev tiba. Lelaki India itu datang bersama dua orang anak buahnya.
"apa hal nie..."
"kau ambil betina nie...aku dh taknak....kau boleh jadikan dia pelacur....sesuai dengan dia...."
Alia yang mendengar kata kata itu merangkak memeluk kaki Shah.
"tolong lah jgn buat Alia mcm nie...alia tak bersalah...alia taknak....tolong lah shah...kesian kan alia...."
Alia menangis,entah mana kekuatannya datang.
Kuat dia memeluk kaki Shah.
"bawak dia keluar sekarang dari rumah aku..."
Dev dan budak budaknya terus menarik Alia. Sekali sahaja Alia sudah dalam tangan mereka. Alia meronta ronta minta dilepaskan.
"shah tolong lahh.....jgn buat alia mcm nie....tolonggg....alia tak salahhh....shahhhhh....alia taknakkkk .."
Ketakutan Alia menghilangkan kesakitanya. Pulang bersama Dev bermaksud dia perlu melayan segala jenis lelaki dia sana. Dia merontak sepenuh hati, tidak sanggup dihantar ke sarang perlacuran itu.
"betul nie en shah...."
"berambusssss..."
Jeritan Shah semakin kuat.
Dev meminta anak buahnya meyeret Alia ke kereta. Agak sukar kerana Alia melawan. Dev menghampiri Alia.
"jangan lawan lah...nti u jgk sakit...."
Dev memujuk Alia.
Namun Alia semakin kuat meronta. Akhirnya Dev tiada pilihan, Dev menampar pipi Alia. Alia terkulai,tidak lagi melawan. Tubuh Alia digendong oleh anak buah Dev. Tiada lagi bunyi tangisan dan rayuan dari Alia. Tubuh itu dibawa pergi.
"pasal bayaran nanti col je saya.."
Dev berlalu pergi.
Daus dan Amar yang dari awal berdiri dipintu menjadi saksi segala kejadian itu. Daus masuk ke rumah.
"boss..sy tak rasa boss patut..."
Belum habis kata kata Daus. Shah sudah berpaling.
"patut apa...patut tengok je dia buat mak aku mcm tu....mmg itu tempat dia..."
Shah menjeling pada Daus
"cari org kemas rumah nie..."
Shah memberi arahan.
Daus dan Amar hanya mengangguk.
Amar memang tidak pernah bersuara jika tidak perlu. Hanya Daus sahaja yang agak berani. Daus simpati dengan nasib Alia. Bosnya terlalu cepat menghukum. Alia langsung tidak diberi peluang bercakap. Dia simpati melihat tubuh Alia dibelasah dengan bosnya. Namun dia tidak berdaya membantu.
Shah meninggalkan kondo itu. Hatinya puas,Alia mendapat pembalasan dari perbuatananya. Tiada siapa boleh menyakiti mamanya. Dia sanggup mati demi mama.
Didalam kereta Daus masih cuba mempertahankan Alia.
"bos..."
"klau kau nak ckp pasal betina tu...aku taknak dengar..."
Shah memotong ayat Daus.
Shah memejam mata. Hatinya rasa sakit. Sakit yang teramat. Terbayang wajah Alia yang merayu, wajah alia yang terkulai ditampar Dev. Hatinya sakit,pedih. Dia mula sayangkan Alia,tidak sangka Alia membalasnya begini. Tergamak wanita itu meyakiti cinta hatinya.
Tiba di rumah,Shah terus kebilik mamanya. Shah melihat Aslinda menyuap mamanya makan. Datin Sarah nampak sayang benar pada Aslinda.
"mama...:
Shah menegur mamanya.
"shah pergi mana..."
"ada urusan tadi..."
Wajah mamanya diusap. Kasihan melihat mamanya terpaksa menangung sakit kerana dia. Hanya kerana dia muka sayang pada Alia,Alia tergamak berbuat begitu.
"knp tangan shah nie berdarah2..."
Mama bertanya.
"takde apa..."
Cepat dia meyorak tangannya.
"shah pergi lah rehat...linda ada jaga mama...dia tidur sini jaga mama malam nie..."
Mamanya memberitahu.
"thanks linda..."
Shah memandang Aslinda.
Dia berterima kasih kerana sanggup bersusah payah demi mamanya. Hati Shah mula berbelah bahagi. Mungkin Aslinda mahu berubah. Mungkin perkahwinan mereka nanti mampu merubahnya dan yang paling penting,mama pasti gembira.
Shah mencuci tangannya,darah itu milik Alia. Saat itu hati Shah kembali sakit. Air matanya gugur. Akhirnya Shah melepaskan segala kesakitannya di situ. Dia sayangkan Alia. Tapi perbuatan Alia tidak dapat dimaafkan.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...