Bab 33

11.8K 114 6
                                    

Alia bersiap untuk keluar,perutnya sudah berbunyi keroncong. Dia mengenakan dress singkat pemberian Shah, dress paras peha berwarna hitam itu dikenakan dengan seluar jean berwarna kelabu. Sehelai kardigan labuh disarung hntuk menutup tangannya yang terdedah. Sehelai Shawl dililit. Setelah berpuas hati dengan penampilanya, Alia mencapai beg tangan yang terletak di atas meja.

Alia berjalan meninggalkan hotel,dia menuju ke Hotel First World, kerana semalam di melihat banyak kedai makan di situ.

Tiba dia First World baru Alia teringat pesanan Shah. Laju telifonnya di keluarkan. Mencari nama Daus. Dia menelifon Daus. Tetapi Daus tidak mengangkat. Akhirnya Alia menghantar pesanan pada Whatsapp sahaja memberitahu dia berada di situ untuk makan.

Alia berpusing seorang diri, mencari kedai makan. Perutnya terasa lapar, jam sudah pukul 3. Akhirnya Alia melihat sebuah kedai makan yang menarik minatnya.

Sambil dia menikmati makanan,dia melihat telifonnya. Sengaja dia mencari harga untuk masuk ke Genting Theme Park. Rasa tertarik benar dia semalam. Kebetulan Shah memberinya duit lebih baik dia gunakan. Selesai membayar makanan Alia berjalan keluar dari hotel. Dia menuju ke taman tema itu.

Selesai membuat bayaran masuk, dia terus menujuk ke dalam taman tersebut. Teruja dia melihat permainan yang ada. Sememangnya dia suka, jika dulu masa hidup bersama neneknya dia selalu teringin ke fun fair. Namun kerana kekangan hidup,dia tidak pernah merasa. Namun dia pernah pergi bersama Ikram. Habis semua dia memcuba.

Alia berjalan menujuk kebuaian besi yang tergantung dihadapannya,kelihat manusia beratur menunggu giliran untuk naik. Alia beratur sama. Sekeping gambar ditangkap sebagai kenangan. Tiba giliranya untuk masuk. Alia duduk dibahagian tepi sekali. Berdebar hatinya menanti buai itu bergerak.

Seronok benar Alia bermain hingga dia tidak sedar masa berjalan. Dia berdiri dihadapan sebuah roller coaster, Corkscrew nama permainan tersebut. Lama Alia berfikir, dia ingin main,namun dia takut. Sekurang kurang jika ada teman,mungkin dia boleh berkongsi rasa takut itu. Melihat orang turun naik,orang menjerit apabila ia bergerak. Akhirnya Alia berlalu.

Alia duduk disebuah kerusi. Terasa hilang segala masalahnya. Terbang bersama angin sejuk. Lama dia duduk. Teringat pada satu satunya adik yang dia ada. Alia melihat handphone nya, app whatsapp itu dibuka,nama adiknya di cari. Sekeping gambar dikirim. Cukup untuk adiknya tahu dia ok.

Setelah segala penat dilepaskan Alia bergerak meninggalkan kawasan itu. Kakinya melangkah ke First World, hatinya tertarik ke situ lagi. Dia bercadang untuk makan malam disitu sahaja. Alia tidak tahu perbincangan Shah tamat pukul berapa. Jadi lebih baik dia makan dahulu. Beberapa kedai pakaian Alia masuk,namun tiada apa yang dibeli. Sekadar melihat sahaja.

Tiba dikedai jam semalam, Alia memandang jam ditangannya. Alia tersenyum, bukan kerana jam itu,tapi kerana saat itu dia terasa bagai seseorang yang penting untuk Shah. Walaupun Alia sedar kebenarannya,namun dia cukup gembira dengan semua itu. Alia berjalan hingga ke kawasan Snow World Genting. Alia berdiri pada cermin melihat pemandangan didalam,ada beberapa orang sedang bermain salji buatan itu. Kawasan Winter Wonderland itu terasa sejuk,namun tidak ramai orang disitu. Mungkin kerana kawasannya terletak dibelakang. Alia menangkap sekeping gambar untuk dihantar kepada Daus. Itu pesan Shah,supaya senang dia mencari Alia nanti.

Lama Alia di situ melihat ke dalam,nampak seronok. Bila melihat harga untuk masuk,Alia melupakannya. Bukan Shah tidak memberi wang,tapi untuk apa membazir. Pemandangan didalam cantik,ada salji turun dari atas. Mereka yang didalam berpakaian ala ala di luar negara. Setelah puas,Alia meneruskan langkahnya. Jam sudah pukul 8 malam,cepat benar masa berlalu.

Alia sudah berada ditingkat atas, berhampiran kawasan Genting Skyway. Dia berjalan mencari makanan, kerana dia ingin pulang ke bilik selepas itu. Akhirnya restoren Mcd menjadi pilihan. Harga disini lebih mahal dari di tempat lain. Setelah menempah makanan,Alia duduk di sudut tepi. Sambil menikmati burger dia melihat gambar gambar yang dirakamnya tadi. Entah bila lagi dia akan ke sini lagi. Selesai makan, Alia menghantar pesanan pada Daus mengata dia baru sahaja selesai makan di mana dan ingin pulang ke bilik.

Kebetulan hotel Alia juga berhampiran dengan tempat itu memudah kan Alia untuk pulang. Dia melangkah sambil matanya terlihat perkataan Skypark. Teringin pula dia ingin melihat, dia berjalan ke lorong yang tidak ramai orang itu. Saat itu ada seorang anak kecil memeluk kaki Alia. Alia berhenti berjalan dan memandang anak itu. Terkejut bukan kepalang Alia kerana dia mengenali wajah itu. Ketakutan tiba tiba hadir dalam hatinya.

"ti ya.... "

Terdengan rengekan anak tersebut .

Alia menunduk,memeluk tubuh kecil bertocang dua itu.

"alia...."

Terdengan suara yang cukup Alia kenali. Hati Alia berdebar. Dia bangun perlahan dan terus berlalu tanpa berpaling.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now