Bab 48

9.8K 133 9
                                    

Sudah seminggu kejadian pahit itu terjadi. Amani membuat keputusan untuk tinggal dirumah mamanya sahaja. Setiap hari dia berulang alik kerja dari banglo itu. Walaupun jauh sekurangnya mama ada kawan. Amni juga tinggal di situ selepas Amani menceritakan apa yang terjadi. Suaminya menghantar dia pulang.

Dato Zamri belum pernah pulang sejak kejadian itu. Di pejabat juga tidak kelihatan. Segala urusa terpaksa digalas oleh Shah.

Pencarian Alia juga tidak berjaya. Segala usaha telah dilakukan. Maklumat akhirnya diberi oleh Seri hanya menyatakan Alia ke Terengganu sahaja. Tapi destinasi sebenar tiada siapa yang tahu. Namun anak buahnya tetap dikerah mencari Alia.

Kerja dihadapannya dipandang. Bersusun fail yang harus dia periksa. Dengan tugasnya yang sedia banyak,di tambah lagi kerja papanya. Dia pening kepala. Ketukan dipintunya mengejutkan Shah.

"maaf en.shah...sy rasa kita ada masalah..."

Suhaila nampak cuak.

"kenapa..."

"sy dapat maklumat..dato dah kawen dengan linda...dan dato nak buang en.shah dari sini..."

Suhaila menyampaikan berita yang diberitahu oleh pembantu peribadi Dato sendiri.

"takpe...awk buat kerja ..."

Shah meyuruh Suhaila keluar.

Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Dia tahu Aslinda tidak akan melepaskannya. Pasti ada cara lain yang akan digunakan.

Shah menelifom Amni. Meminta semua berkumpul malam ini. Hanya ada satu cara sahaja untuk menghentikan Aslinda.

Shah meneruskan kerjanya. Beberapa fail penting diperiksa dahulu. Shah bekerja tanpa mempedulikan apa yang terjadi. Jam terus berlalu. Bunyi ketukan dibiliknya mengembalikannya ke alam sebenar. Fail ditutup. Dia memandang ke arah pintu, papanya masuk menghampirinya.

"shah mulai hari ini..kamu bukan lagi pekerja di sini....kemas barang kamu dan keluar..."

"hanya sebab perempuan sebelah papa tu.."

Shah memandang Aslinda yang memeluk lengan papanya.

"syarikat nie papa punya..jadi terserah papa nak buat keputusan...pada siapa papa nak bg syarikat nie nanti bukan urusan kamu..."

Dato Zamri duduk dikerusi hadapan Shah.

"baik lah jika itu permintaan papa...cuma jangan menyesal bila papa kenal siapa perempuan ni nanti..."

Shah mengambil barangnya dan berlalu pergi. Meninggalkan papa bersama Aslinda yang meliuk lentok disebelah papanya. Hatinya sakit melihat keadaan itu. Kasihan mama,hingga sekarang masih bersedih. Sedangkan papa sudah bahagia bersama wanita lain.

Shah memandu pulang keretanya sendiri,Daus dan Amar meneruskan pencarian Alia. Shah terpaksa mengunakan kekerasan,hanya itu jalan untuk menyedarkan papa. Aslinda bukan perempuan baik. Habis duit papa nanti,dia akan meninggalkan papa. Walaubagai mana pun,lelaki itu masih papanya.

Tiba dirumah,Shah masuk ke ruang makan. Semua sedang minum petang,mama juga ada. Wajahnya nampak sedikit ceria. Anak cucunya berkumpul semua. Rumah pun riuh bunyinya.

"awal shah balik..."

Mama menegurnya.

"dh kena buang kerja mama...balik awal lah..."

Shah menjawap malas sambil menarik kerusi disebelah kakaknya.

"siapa buang kamu.."

Amni bertanya hairan.

"papa lah...dia dh buang shah..."

Shah menjamah kuih diatas meja.

"sampai hati dia buat kita semua macam nie..sebab seorang perempuan je...salah mama sebab percaya sangat dengan linda..."

Datin Sarah bersedih hati.

"sudah lah mama...shah ada plan....kakak dah bagitau semua ke..."

"dah...amani balik jap lagi..dia bawak amanda sekali.."

Jawap Amni.

"ok lah...shah naik dlu...malam nanti lepas makan malam..kita bincang.."

Shah berjalan meningglkan mereka.

Selesai mandi,Shah terbaring di katil. Banyak benar masalah yang menimpanya. Hanya kerana Aslinda. Sudahlah Alia langsung tidak dapat dikesan. Entah kemana wanita itu lari membawa diri. Daus dan Amar sudah puas mencari. Sudah seminggu mereka mencari Alia di Terengganu. Sudah lah mereka tidak tahu lokasi sebenar.

Walau apa pun terjadi,Alia harus ditemui. Dia harus meminta maaf pada Alia. Wanita itu hanya mangsa keadaan. Dijual oleh suaminya,kini Shah pula menghukumnya,sedangkan tiada satu pun salahnya.

Shah bangun dari baring,dia rusing. Terasa seperti nafasnya sukar ditarik. Shah keluar ke ruang tamu,melihat anak saudaranya sedang bermain. Dia malas memikirkan masalah. Melihat telatah mereka,hati Shah jadi senang.

"shahhh.."

Lembut Amni menegur adiknya.

"siapa alia....amani ada cerita...tapi dia pun tak tahu...."

Amni memulakan bicara.

"entah lah...shah nk terang pun susah kak.."

"shah suka dia.."

"tak tau..bila dia hilang br shah rasa kehilangan,shah rasa rindu.."

"shah syg dia lah tu...siapa dia.."

"perempuan simpanan Shah.."

Akhirnya Shah mengakui.

"shah...sampai bila...dah berapa ramai perempuan shah permainkan..tengok skrg...kifarah untuk shah.allah turun kn pada mama...untuk shah tgk,bagai mana hancur hati seorang wanita bila dipermainkan..."

Amni menasihati adiknya.

Shah bagai disentap. Baru tersedar segalanya. Mungkin ini cara Allah menegur silapnya. Jika tidak dia tidak berasa. Kerana mama ada lah wanita paling dekat dengan nya.

"sudah lah Shah...yang penting skrg,mama n papa....kita tak boleh biar benda nie semua....tgk lah mama tu...termenung je....."

Amni memandang mamanya yang termenung diluar rumah.

"shah akan setelkan semua nie dlu...lepas tu shah nak cari Alia.."

"penting sgt ke Alia pada Shah..dr tadi nama dia je Shah sebut..."

"shah sendiri tak tau kak...tp apa yang shah rasa sekarang,shah nak alia ada dengan shah..."

Shah menundukkan wajahnya,tidak mahu Amni melihat dirinya sebegitu.

Shah bangun menghampiri mamanya. Wanita itu hanya termenung bila dia sendiri. Mamanya dipeluk. Rindu mendengar suara mamanya. Shah memeluk Datin Sarah,kepalanya dilentokkan dibahu mamanya. Jika mama sakit melihat papa dan linda mengkhianatinya. Pasti Alia juga melalui rasa yang sama. Pasti Alia lebih sakit,kerana dia hanya sendirian tanpa sesiapa pun.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now