Puas Shah berpusing di sekeliling resort itu,namun dia tidak langsung nampak kelibat Alia. Selepas makan tengahari, Shah tidak mengikuti aktiviti ke laut. Dia datang untuk mencari Alia. Merata dia merayau,namun hampa. Shah kembali ke biliknya. Dia melepas lelahnya sebentar, ke mana lagi dia harus mencari Alia. Shah berbaring,dia memerlukan tenaga untuk mencari Alia,petang nanti dia akan berjalan disekitar pulau itu mencari Alia.
Petang itu Shah keluar,dia berjalan disepanjang pantai, dari resortnya hingga ke Redang Holiday Beach Villa. Dia menikmati keindahan pulau itu,terasa tenang. Sesekali matanya melilau mencari Alia.
Mana Alia.....puas dah setengah hari aku merayau....langsung tak nampak....ke dia cuti hari nie...dia tido kot.....
Shah meneruskan perjalanannya. Melihat kanak kanak bermain dipesisir pantai membuatkan dia sendiri leka. Shah sudah sampai ke penghujung pulau,dia berpatah balik. Terasa terik mentari, panas dari pasir juga mencucuk kulitnya. Shah berjalan hingga ke tengah pulau. Beberapa orang sedang bersnorkeling di situ. Shah berjalan pulang ke resortnya.
Tiba dihadapan resort,ada kerusi untuk bersantai disediakan dihadapan resort tersebut. Shah mengambil tempat di kawasan yang teduh. Sekumpulan lelaki sedang bermain bola tampar. Walaupun dia tidak bertemu dengan Alia lagi, jiwanya sudah cukup tenang. Dia tahu Alia ada di sini,cuma belum rezekinya bertemu Alia. Leka Shah melihat gelagat orang ramai,hingga matanya terpandang seorang wanita sedang berjalan dengan seorang lelaki. Lama Shah memandang,hatinya berdetar. Dia yakin itu Alia.
Shah bangun,menunduk sedikit wajahnya. Dia tidak mahu bertemu Alia dalam keadaan begitu. Dia melihat Alia berdiri dihadapan lelaki itu, Alia menghulur sepasang fins kepada lelaki itu. Mereka kelihatan basah, beberapa orang lelaki yang bermain bola tampar menegur mereka. Shah memandang Alia,baju basah itu melekat pada tubuhnya, kelihatan tubuh Alia yang sedikit kurus.
"dating je kerja korang kan....."
Seorang lelaki menegur.
Alia sekadar tersenyum. Dia melintas mereka dan terus ke berjalan ke bilik. Sudah puas dia turun ke laut hari ini. Hingga ke petang Amir memaksanya ikut. Di tengah pulau itu terdapat kawasan ikan jerung, berenang bersama anak ikan jerung itu menyeronokkan. Ikan ikan itu hanya berenang dibawah sahaja.
Alia pulang kebiliknya,dia ingin membersihkan diri. Selepas selesai dia merehatkan badannya. Esok dia akan memulakan shift petang. Masih ada masa untuk dia beristirehat.
Selesai mandi,Alia duduk diatas katilnya. Handphone dicapai,dia membuka lagu. Sementara menanti makan malam,dia berehat sebentar.
Alia berjalan ke kantin yang disediakan. Perutnya sudah berbunyi,dia hanya mengambil sarapan pagi sahaja. Sedikit nasi dan lauk di dalam pinggannya di bawa ke meja makan. Dia duduk menikmati makanan itu. Saat itu bahunya disentuh,Alia berpaling.
"raihan....kau dah kenapa..."
Alia melihat hairan kawannya itu bersiap cantik.
"aku pun nak date jugak..."
Raihan duduk dihadapan Alia.
Wajah Raihan dipandang, bergaya benar wanita itu. Dengan blouse dan skirt,shawl berlilit lilit. Wajahnya juga di makeup cantik.
"dengan siapa...."
"adalah...."
"ehhhh...kau....sejak bila pandai rahsia ngn aku .."
"alahhh kau nie....ngn bdk lagoon...mcm lah kau tak bercinta.."
"bila masa aku bercinta...."
"amir tu siapa....takkan lah kawan..aku tgk korang berkepit je...."
"kawan lah...."
"takkan takde perasaan langsung..."
"dahhh..takde.. Kawan..."
Alia menjeling Raihan.
"tanya sikit jeling ....aku ok tak nie...nebes tau...."
"dah aku nak balik bilik..nak tidoooo...."
Alia bangun.
"raihan....jadi diri sendiri....n cinta tak semestinya akan berakhir dengan bahagia...."
Alia berlalu pergi.
Raihan memandangnya keliru.
Alia berjalan pulang ke biliknya,bunyi musik dari resort sebelah tidak langsung mengganggunya. Alia berpaling melihat sekeliling,terasa seperti dia diekori. Namun tiada apa,beberapa orang pekerja juga berjalan pulang ke asrama yang disediakan.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...