Alia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Shah disebelahnya pun tidak dipandang. Hatinya masih terkilan,hidupnya sentiasa malang. Entah dimana silapnya,dia sentiasa terseksa. Namun Alia bersyukur,Shah tiba tepat pada waktunya. Jika tidak mungkin dia akan lebih malu dari itu.
Shah memandang Alia disebelahnya, lega kerana Alia ada bersamanya sekarang. Namun kejadian tadi sungguh mengejutkan. Jika dia sampai lambat,entah apa nasib Alia.
"alia......"
Shah mencapai tangan Alia.
"alia nak makan ke...dari tadi Alia diam...shah tak tau Alia nak apa...."
Shah memujuk Alia.
"terima kasih selamatkan Alia....kalau Shah tak datang,Alia tak tahu mcm mana nasib Alia hr nie..."
"tak nak cakap lagi pasal nie....Shah janji...selagi Shah bernafas,takde siapa boleh sakiti Alia k...."
Shah berjanji.
Alia menangis,mengharap segala penderitaannya berakhir. Dia sudah tidak kuat untuk semua ini. Dia sudah letih dengan nasib malangnya.
Tiba di Kuala Lumpur,Alia pulang ke kondonya. Melangkah masuk ke situ ibarat mengembalikan kembali memori terakhirnya. Bagaimana Shah memukulnya tanpa simpati, rayuannya langsung tidak dipeduli. Ruang itu penuh dengan memori suka dukanya.
"aliaa....masuk lh..tgk apa..."
Shah menanti dibelakang Alia.
"alia masuk..mandi...makan terus k....shah kena balik....apa2 terus bgtau Shah...ok..."
Shah menarik pintu selepas meletakkan beg Alia dipintu rumah. Dia perlu menyelesaikan masalah itu dengan mama.
----------------------------------
Pagi itu sengaja Shah bangun lambat,dia tidak bekerja. Dia mahu menyelesaikan semua urusan peribadinya dahulu. Selesai mandi,Shah turun ke bawah,mencari Datin Sarah. Shah mencari mamanya,namun tidak berjumpa. Sebaliknya papanya turun dari atas.
"papa....tak kerja jgk ke...."
"pukul 2 baru papa masuk...."
"mama mana...."
"ada kat atas...kejap lagi turun lah tu....pasal Alia,papa dah selesaikan..."
"maksud papa..."
"mama takkan masuk campur lagi urusan kamu..."
Dato Zamri ke dapur.
Shah menanti mamanya di ruang menonton,tv dibuka mencari siaran yang menarik. Tidak lama Datin Sarah turun.
"mama...shah nak ckp sikit..."
"mama minta maaf pasal alia....mama yang halau dia...."
"kenapa mama....mama tau shah syg alia kan..."
"sbb mama malu....mama malu kalau Alia masuk dalam keluarga kita...mama nak ckp apa kat kawan2 mama...shah kawen dengan perempuan simpanan...."
"mama....knp fikir smpai mcm tu....alia tak salah...."
"aslinda akan bgtau semua orang siapa alia...alia tu bekas pelacur kan.....mama malu shahhhh...."
Datin Sarah meluah segala ketakutannya.
"mama...alia bukan mcm tu.....shah yg salah...shah yang ambil kesempatan pada Alia...."
"maksud Shah...."
"bekas suami alia jual dia...kebetulan shah ada dekat situ...shah beli alia....shah paksa alia layan shah...shah yang rosakkan alia....dia perempuan baik mama....dia teraniya..."
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...