Dimeja makan masing masing diam seribu bahasa. Alia dan Shah menikmati makanan yang ditempah. Alia yang mengenakan blouse hitam bercorak bunga halus dan dipadankan dengan seluar berwarna biru gelap serta tudung bawal berwarna cerah. Sengaja dia berlawa lawa kerana dia bukan selalu keluar.
Shah sering kali mencuri pandang Alia. Manis sungguh wajah itu, entah apa yang menarik perhatiannya. Setiap kali hatinya tersentuh,setiap kali itu dia menidakkan perasaan itu. Dia tidak mungkin jatuh cinta, dia sudah masak dengan perangai perempuan yang muncul dalam hidupnya. Apa yang mereka mahu, hanya duit, cinta mereka hanya pada duit. Pada Shah,Alia juga sama seperti mereka.
"esk sy sibuk...sy ada kerja kt sini...kalau awak nak berjalan...pergi lah...."
Shah memulakan bicara.
"ooo...sy boleh ke pergi jalan mana2...."
"boleh..bgtau daus sebelum keluar..."
"tuan habis kerja pukul brpe esk... "
"knp,,rindu sy...."
Bulat mata Alia mendengar ayat itu.
"bukan..sy nak tau sbb senang sy nak balik ke bilik nti..."
"bukannnn....maksud awak tak rindu sy lah..."
"sy tak ckp mcm tu pun..tuan salah paham.."
Shah memandang Alia,menanti apa jawapan wanita dihadapannya itu.
"sy tnya sbb sy nak sambut tuan balik.."
"bukan tu jwpn yang sy nak Alia..sy nak tau...awak rindu sy tak..."
Shah mengharap Alia menjawap soalan itu. Selalu benar hatinya tertanya,jika dia tidak pulang ke kondo,adakah Alia merinduinya. Sering kali dia melihat perilaku Alia dalam cctv. Tidak langsung menunjukkan dia mengharap Shah pulang berjumpanya. Sedangkan Shah setiap hati melihat Alia.
Alia menunduk,dia tiada jawapan untuk soalan itu. Apa haknya merindui lelaki itu. Walaupun hatinya sering menanti kehadiran lelaki itu,namun Alia sering mengingati tempatnya. Dia bukan sesiapa untuk mengharap lebih dari lelaki itu.
"Alia...."
"sy tak rindu.."
Entah apa yang membuatya berkata kata, mungkin terkejut dengan panggilan Shah.
"jadi awk mmg tak pernah rindu sy..sy tak dtg kt kondo pun awk tak rindu..patut lah awk biasa je sy tgk hri2..."
Alia pelik, kata kata Shah terasa pelik pada pendengarannya.
"maksud sy Alia tak hubungi sy pun kalau sy tak dtg.."
Shah tersedar kesilapannya,cepat dia menukar ayat.
"tuan kan dh pesan..jgn pernah col...msg pun bila ada hal penting shja...lgpun sy takde hak nak rindu tuan..mcm tuan selalu ingtkan sy..."
Alia menunduk, terdengar dengar ucapan Shah,jangan pernah jatuh cinta dengan dia, Alia hanya pemuas nafsu,cukup masa dia akan buang Alia. Walaupun sakit mengingati hakikat iti,namun Alia sudah belajar untuk redho. Dia tau lambat laun, Shah akan membuangnya.
Shah tidak mahu lagi bertanya,entah kenapa jawapan Alia melukakan hatinya. Air diteguk,terasa perit tekaknya. Dia memandang ke sekitar restoran itu, mengalih pandangan dari melihat Alia. Mencari sedikit ruang melepaskan rasa sakit dihatinya. Nafas dihembus juga terasa berat.
Selesai makan, Shah mengajak Alia pulang ke bilik. Dia mahu menyediakan semua keperluan untuk esok. Perbincangan esok penting untuk menaikkan lagi nama syarikat papanya. Jadi dia harus bersedia untuk esok.
Tiba dibilik, Alia terus mencapai tuala mandi dan pakaianya. Dia terus menuju ke bilik air. Mana kala Shah terus ke meja yang menempatkan sebuah beg. Segala fail dibawa keluar. Shah duduk sambil membaca setiap kandungan isi fail itu. Setiap bahan perbincangan di periksa kembali. Supaya esok dia tidak kelam kabut. Kusyuk Shah membelek kerjanya,Alia keluar dari bilik air pun dia tidak sedar.
Alia berjalan ke almari untuk menyimpan pakaiannya. Matanya memandang Shah yang sedang leka membuat kerja. Tidak berkalih kepala lelaki itu. Alia mencuri pandang, suka Alia melihat wajah Shah. Dia akui wajah itu membuatnya separuh gila. Namun dia tidak berani, takut jika Shah tahu hatinya. Alia melangkah ke katil. Alia bersyukur Shah menempah bilik yang mempunya dua katil bersaiz queen.
Perlahan Alia masuk kedalam selimut,selimut ditarik hingga menutup seluruh tubuhnya. Sejuk terasa mencucuk hingga ke tulang,walaupun dia mandi air panas tadi. Matanya dia pejamkan.
Shah selesai membelek fail fail yang dibawa. Dia memandang Alia sudah baring membelakanginya. Semua fail disimpan ke dalam beg. Tuala dicapai dan dia berlalu ke bilik air. Dia tidak biasa tidur jika tidak mandi dahulu.
Usai mandi,Shah hanya bertuala menghampiri Alia, terdengar dengkuran halus. Alia sudah dibuai mimpi, dia masuk kedalam selimut Alia. Tubuh Alia dipeluk,pinggang Alia ditarik rapat pada tubuhnya. Pergerakkan itu mengejutkan Alia. Shah menarik tubuh Alia hingga Alia berbaring telentang,bibir Alia dikucup. Tubuh Alia dibelai.
Malam itu menjadi saksi kisah mereka,buat pertama kalinya Shah melayan Alia bagai seorang wanita. Selayaknya dia dilayan. Tiada sedikit pun kekasaran, setuhan Shah membuatkan Alia hanyut. Dia merelakan setiap perbuatan Shah. Akhirnya mereka bersatu. Genting Highlands menjadi saksi cinta mereka.
YOU ARE READING
Bahagia....Wujudkah ia???
RomanceMencari secebis cinta ibarat aku mengemis di lorong hina.... Cinta pada mereka hanya keseronokan sementara...sedangkan pada aku cinta adalah segalanya.... Pengkhianatan tanpa henti membunuh cinta yang aku sendiri pertahankan.... Demi sekelumit rasa...