Bab 12

11.9K 110 8
                                        

Terjaga aku dari tidur yang panjang,keletihan semalam terbayar sudah. Aku lihat jam didinding menunjukkan pukul 11 pagi. Bingkas aku bangun, melangkah untuk mencapai tuala. Aku terhenti,pedih. Perlahan aku atur langkah kaki ku.

Pancuran air hujan dari paip menyegarkan,aku mandi sepuasnya. Selesai mandi,aku berkemban,mengintai keluar bilik tiada sesiapa, baru aku berani melangkah keluar. Jika ada lelaki itu, tak pernah aku berkemban,aku tak mahu mengundang rasa yang tak sepatutnya.

Cukuplah apa yang jadi semalam,pedih saat aku membuang air tadi masih terasa.

Aku melangkah ke almari kayu yang serdehana besar. Aku melihat pakaian apa yang ingin aku pakai. Sehelai tshirt lengan panjang dan sehelai palazo aku ambil. Sekurang kurangnya aku cuba untuk bersopan,tak membangkitkan rasa ghairah dimata jantan tak guna itu.

Banyak jugak pakaian menjolok mata dalam almari ini. Bukan aku yang beli, sehari selepas aku tinggal di sini,ada seorang lelaki menghantar pakaian pakaian tersebut. Sekadar aku pandang,kerana pakaian ku masih elok untuk dipakai.

Aku ke meja panjang yng terletaknya tv, kettle aku tekan. Serbuk milo 3in1 sudah aku tuang ke dalam cawan,air sudah mengelegak,aku tuang ke dalam cawan.

Aku tekan button on pada tv, apa pun siaran aku tak pernah peduli, aku ingin kan bunyi suara dari tv itu sahaja, untuk menghilangkan kesunyian. Aku bersandar pada kerusi,perlahan aku meneguk air milo panas itu. Mata ku melihat keluar. Jelas kelihatan kenderaan lalu lalang,tak banyak,mungkin kerana kawasan ini agak usang. Tiada kedai pakaian atau jualan apa apa yang menarik. Hanya kedai membaiki motor dan alat ganti sahaja yang aku nampak.

Plastik berisi biskut aku tarik, patah dua dan aku celup didalam milo. Aku lihat jam didinding hampir pukul 1230, sebentar lagi Dev akan memghantar makan tengahari. Memang itu sudah menjadi kebiasaan, 4 hari disini sudah cukup buat aku faham.

Aku bangun mencari handphone,aku meraba raba di dalam beg. Jumpa. Aku cuba untuk buka, tak boleh.

Takde bateri kot,try cas dulu lah...

Aku mengecas sebentar,menyala. Tiada apa yang rosak sekadar tiada bateri. Aku biarkan seketika, sehingga bateri cukup untuk aku guna.

Ketukan dipintu buat aku terkejut,aku bergegas mencapai tuala. Aku buka pintu,Dev tersengeh macam kerang busuk.

"nie nasi macam biasa...."
"tq..."

Laju saja tangan aku menutup pintu,tapi Dev sudah menghalang.

"adik manis,semalam banyak sedap ke..sampai luar boleh dengar...sy pun stim dengar u jerit jerit..."

Merah muka aku mendengar kata kata dari Dev, sungguh aku lupa aku dimana semalam. Aku lupa banyak telinga boleh mendengar.

"tak payah tnya,kau tau semua..kenapa aku kat sni,kenapa aku menjerit...tuan kau tak kan kau tak kenal..."

Panas rasanya hati aku. Masa dia lupa siapa aku. Bukan aku yang mahukan semua ini

"heyyyy...dia bukan bos aku lah...dia sewa bilik sini je..."

Dev berlalu pergi,pintu aku tutup dan kunci. Makanan aku letak atas meja.
Aku duduk sebentar,berfikir.

Dia bukan owner tempat nie lah,bukan jgk bos Dev. Jadi dia siapa,kenapa sewa tempat nie,untuk simpan perempuan. Mesti ada perempuan lain sebelum aku duduk kat sni...

Aku lihat keliling bilik tersebut,mungkin ada bukti apa apa. Tiada. Bersih. Sememangnya pertama kali aku melangkah kebilik itu,bilik ini cukup bersih. Walaupun saat itu aku bergelut melepaskan diri,aku sempat melihat keadaan sekitar bilik.

Aku melangkah ke arah telifon yang sedang dicas. Butang on aku tekan lama. Hidup. Tiada apa yang aku ingin baca atau cari, sekadar membuka whatsapp,mencari 1 nama, terlihat pesanan yang masuk.

Kakak..kamu ok ke...abg ikram bgtau korg dh cerai...betul ke...
Apa2 bgtau..
Kakak..
Kamu kat mana....jangan buat aku risau.

Panjang pesanan yang di hantar,aku tak baca sepenuhnya. Tiada apa yang ingin aku ceritakan. Aku menaip..

Kakak ok..tak payah risau..sekarang kakak tengah mcari ketenangan,bila semua ok kakak bgtau..tak payah cari..

Aku hantar. Pesan dihantar,tanpa menunggu double tick, aku tutup app tersebut. Phone aku matikan, cas aku cabut. Aku gulung bersama telifon dan aku simpan kembali ke dalam beg. Biarlah aku disini, mencari jalan keluar sendiri. Untuk apa mengadu, hanya memyusahkan orang lain.

Nasi aku suap ke mulut, entah kedai mana saja si india itu membeli makanan,halal haram bukannya dia tahu. Aku menelan, bukan aku tak peduli,tapi apa daya aku. Janji perut aku berlapik.

Bahagia....Wujudkah ia???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang