Bab 28

12.5K 110 9
                                    

Alia mengemas beg pakaiannya, beberapa helai pakaian dimasukkan. Tersenyum sahaja Alia, gembira bila Shah menelifonnya petang tadi. Walaupun panggilan itu dingin seperti biasa, namun tujuan panggilan itu membahagiakannya.

"Alia....kemas barang...esk pg bdk2 aku ambil kau...kita pergi 3 hari .."

Walaupun tidak tahu kemana,namun dia gembira. Sudah lama dia ingin turun ke bawah. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke tanah. Beg diletak sebelah almari. Alia sudah berbaring di katil. Malam ini dia ingin tidur awal. Tidak sabar menanti hari esok.

          -------------------------------------

Shah tersenyum melihat telatah Alia di dalam bilik. Gembira wanita itu mengemas pakaian. Sengaja dia mengajak Alia mengikutinya ke Genting Highlands esok. Kebetulan dia ada beberapa urusan kerja yang harus dibuat.

Shah meletak telifonnya ke tepi. Matanya memandang syiling biliknya. Plannya untuk tidak berkahwin dengan Aslinda makin berjaya. Cuma dia perlu kekuatan untuk melaksanakannya.

Pulang dari Genting nanti,mungkin masa yang terbaik untuk meneruskan plannya.

Sepanjang pertunangan ini pun dia sudah cukup rimas. Setiap hari Aslinda mengganggunya di pejabat. Jika tidak diturut,dia akan mengada dengan mama. Terpaksa Shah mengikut kerenah Aslinda. Hinggakan semua aktiviti Shah banyak yang tergendala.

Memikirkan Aslinda hanya menyesakakan otak sahaja. Pada Shah,walau apa pun terjadi dia tidak akan memikahi wanita itu. Dia lebih rela membujang hingga tua dari memperisterikan wanita macam Aslinda.

        ------------------------------------------

Alia sudah bersiap, awal dia bangun. Hanya mengenakan Blouse putih bersama sehelai jean biru muda. Alia melilit shawl berwarna biru gelap. Walaupun dia tahu Shah tidak mengizinkannya,dia tetap memakai. Kalau Shah marah,dia akan menanggalnya.

Sedikit solekan dimuka menambahkan lagi manis Alia, lipstik merah dibibirmya membuatkan gadis itu nampak berseri. Alia mengenakan semburann wangian yang diberikan Shah.  Dia duduk disofa menanti panggilan dari Shah. Akhirnya telifonnya berbunyi,cuma panggilan itu dari Daus. Memberitahu dia sudah ada didepan pintu.

Alia terus berdiri,menutup pintu sliding dan terus menarik begnya ke depan pintu. Pintu dibuka,kelihatan Daus sedang menanti. Alia tersenyum.

"hai daus.."

"ye cik Alia...biar sy bawak beg.."

Beg bertukar tangan.

Daus memang tak banyak cakap,sudah beberapa bulan lelaki itu sering datang menghantar stok barang dapur dirumahnya,hanya menjawap bila perlu sahaja. Walaupun Alia bermanis mulut,dia tetap bersahaja. Kadang Alia terfikir mungkin pada dia Alia serupa dengan perempuan lain. Sanggup menggadai maruah untuk hidup senang.

Tiba dikereta Alia membuka pintu,disebabkan cermin tingkap kereta itu gelap, Alia tidak nampak Shah ada disitu.

"nak duduk atas riba aku ke..."

Sinis sahaja ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.

Laju Alia menutup pintu, dia beralih ke pintu dibelakang pemandu.

Alia masuk, dia tidak memandang Shah. Dia duduk mendiamkan diri.

Shah memandang Alia, cantik benar Alia pada pandangan matanya. Cuma dia agak rimas dengan tudung dikepala Alia. Tapi malas mengeruhkan keadaan, Shah memandang keluar kereta.

Kereta meluncur meninggalkan kondo itu.

Alia tersenyum sendiri melihat pemandangan luar,rasa seperti dia mahu melompat keluar dari kereta. Berlari lari diatas jalan raya. Lama benar dia tidak melihat luar,hidupnya hanya terperap dirumah. Jika Shah datang sekadar melepaskan nafsunya sahaja.

"seronokkk...."

Shah memecah sunyi.

"seronok...kita nk pergi mana.."

Alia bertanya,dia tidak tahu arah tujuan sebenarnya.

"nak pergi jual kau balik...aku dh puas...buat apa simpan lama2..."

Terkejut Alia, dia memandang wajah Shah. Hatinya terasa sakit.

"tuan nk jual saya pada siapa....berapa.....lepaskan sy...sy byr balik brpe yang tuan nak....sy janji...sy takkan lari...."

Terketar ketar suara Alia.

Dia tidak sanggup menjadi pelayan memuaskan nafsu lelaki lelaki tak guna diluar sana. Cukup lah dia terikat begitu dengan Shah.

"berapa duit kau ada....kau nk byr aku....hidup kau pun aku tanggung..."

Alia tunduk. Benar. Memang sekarang Shah menanggung segala kehidupan Alia.

"sy boleh kerja cr duit...sy byr bulan2 pada tuan..."

Alia menjawap,hilang sudah keseronokannya dapat keluar.

Shah hanya tersengeh.

Seronok melihat wajah Alia berubah begitu. Sengaja dia membiarkan Alia dalam keadaan begitu, tidak berniatpun membetulkan keadaan.
Shah hanya memandang keluar, melihat pemandangan hutan bila kereta sudah melepasi tol gombak.

Bahagia....Wujudkah ia???Where stories live. Discover now