ℙ𝕣𝕠𝕝𝕠𝕘

27.7K 680 8
                                    

Aku harap disaat aku jatuh,Ada tangan yang sudi menolongkuuntuk bangun semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku harap disaat aku jatuh,
Ada tangan yang sudi menolongku
untuk bangun semula...

꧁ ꧂


AIR mata Eyna Nurina akhirnya mengalir membasahi pipi tembamnya. Bibirnya terketar-ketar ketakutan. Pisau yang dipenuhi dengan darah, dibiarkan sahaja di atas lantai.

Tolong saya, awak ! Saya tak sanggup duduk sini lama-lama. Saya rindukan awak. Saya minta maaf atas apa yang telah saya lakukan terhadap awak !

Krek...

Lamunan Eyna Nurina terhenti apabila mendengar pintu yang sudah usang itu dibuka dari luar. Kelihatan seorang lelaki tegap masuk ke dalam dengan senyuman sinis.

"Hai, sayang..."

Lutut Eyna Nurina mengigil. Dia tidak berani mahu melawan lagi. Cukuplah tadi dirinya di belasah teruk oleh lelaki 'setan' itu !

"Dah makan ?" soal lelaki itu sambil mengelus lembut rambut hitam berkilat milik Eyna Nurina.

"Itu bukan urusan kau !" balas Eyna Nurina perlahan tapi masih kedengaran tegas. Tenaganya semakin berkurangan.

Lelaki setan itu tertawa besar diikuti dengan ketawa konco-konconya. Kemudian, lelaki setan itu menjilat bibirnya.

"Aku dah lama tak 'rasa' perempuan garang macam kau ni. I like it !" baru sahaja lelaki setan itu mahu membuka bajunya, mereka dikejutkan dengan satu bunyi tembakan dari luar.

Bam !!!

Pintu ditendang kasar dari luar. Masing-masing terkejut. Lelaki setan itu merengus geram sebelum menolak kepala Eyna Nurina sehingga terkena bucu meja.

"LEPASKAN ISTERI AKU !!!"

Ya, itulah kata-kata terakhir yang aku dengar sebelum tidak sedarkan diri. Duniaku gelap. Wajah terakhir yang aku nampak hanyalah 'dia'...

Dia...

Aku harap dia dapat tolong aku keluar dari 'neraka' ni !

Aku harap dia dapat tolong aku keluar dari 'neraka' ni !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now