"SO, inilah rumah aku. Sorry lah kalau tak secantik rumah kau. Harap kau selesa."
Eyna Nurina mempelawa sahabat baiknya iaitu Syaf masuk ke dalam rumah. Syaf kelihatan terpegun melihat rumah besar milik sahabatnya itu.
"Besarnya rumah kau. Meleleh air liur aku dibuatnya." puji Syaf.
"Hahahaha thanks babe. Kau duduklah dulu. Aku buatkan air sekejap." arah Eyna Nurina sambil membuka televisyen dan penghawa dingin.
Syaf mengangguk. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas sofa. Fuh, empuknya ! Sedap kalau tidur ni.
Matanya terpandang satu bingkai gambar yang besar saiznya berbanding dengan bingkai gambar yang lain. Kelihatan gambar sepasang pengantin sedang tersenyum memandang kamera. Mereka saling berpelukan.
Dia mengamati gambar tersebut. Mulutnya terlopong setelah mengenal pasti gerangan yang terdapat di dalam gambar tersebut.
Eyna Nurina dan seorang lelaki ?!
"Babe ! Babe ! Sini sekejap !" arah Syaf tergesa-gesa.
Eyna Nurina berlari mendapatkan Syaf. Dahinya berkerut.
"Kenapa panggil aku ni ?"
"Gam-gambar apa ni ? Ja-jangan cakap k-kau dah kahwin !"
Eyna Nurina terkedu. Alamak ! Kantoi.
"Babe, aku boleh explain." Eyna Nurina menjadi hilang arah. Lagi-lagi apabila terpandang wajah ketat Syaf.
"Sampai hati kau tak bagitahu aku. Siapa aku pada kau ?!" berang Syaf.
"Kau sahabat baik aku. Please duduk dulu. Aku siapkan air sekejap." rayu Eyna Nurina. Wajahnya tampak risau.
Nak tak nak, Syaf mengalah. Dia kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa. Matanya tidak lepas merenung gambar sahabat baiknya bersama dengan suaminya. Macam kenal sahaja suami si Eyna ni. Hah ! Tak silap lagi. Memang dia !
Eyna Nurina kembali semula dengan menatang dulang yang diatasnya terdapat jag berisi air oren. Kemudian, dia turut melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"So ? Cepatlah explain !"
Eyna Nurina menarik nafasnya sebelum mula bercerita dari A sehinggalah Z. Dari macam mana Encik Zul memaksanya berkahwin dengan Aiman Alihan sehinggalah mereka mendirikan rumahtangga.
Syaf fokus mendengar cerita sahabat baiknya. Cuba memahami.
"Macam tu lah ceritanya..."
"Okey aku faham. Jadi kau kahwin dengan dia sebab terpaksa lah ni ?" Eyna Nurina mengangguk.
"Bila korang nikah ?" soal Syaf lagi.
"Dua minggu lepas."
"Kau beruntung, Na. Ye lah dapat suami famous. Digilai ramai kot."
Dahi Eyna Nurina berkerut. Dia cuba mencerna kata-kata Syaf tapi masih lagi tidak faham.
"Ha ? Sejak bila pula laki aku ni famous ? Dia tu cuma pensyarah universiti je. Tang mana famousnya ?"
Syaf menepuk dahinya. Alahai Eyna ni...
"Kau ingat tak ceramah motivasi yang kita join bulan lepas ? Ingat tak ?"
Eyna Nurina cuba mengigati kejadian yang dikatakan oleh Syaf.
"Ingat. Kenapa ?"
"Ha ! Doktor yang bagi ceramah tu ! Kan nama dia Doktor Aiman Alihan. Tapi orang panggil dia kan Doktor Han. Dia boleh dikatakan kegilaan budak-budak U kita tau. Masing-masing angau dengan dia. Tak habis-habis 'Doktor Han tu bakal suami aku' lah lepastu 'Doktor Han suka aku' lah. Bingit tahu tak ?!"

YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...