EYNA NURINA mengetap bibirnya. Telefon ditangan, direnung lama. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Kenapa dengan aku ? Setakat gambar pak cik dengan Sazzy je pun. Ilya ni pun satu. Bagi gambar yang tak menarik !
Tapi, kenapa dia jumpa Sazzy ?! Diaorang dating ke ? Berani dia nak main kayu tiga belakang aku ! Aku bakar dia nanti hidup-hidup !
Jap jap jap... Kenapa dengan kau ni ? Kalau cemburu, cakap je lah.
Aku cemburu ? Pirahhhh
Eyna Nurina tertunduk lemah. Ye ke aku tak cemburu ? Arrghh ! Yes, aku cemburu. Tapi aku cemburu sebab dia suami aku je tak ada sebab lain... Jangan harap aku nak feeling dekat dia !
Krek...
"Saya dah balik..." kelihatan Aiman Alihan masuk ke dalam bilik.
Eyna Nurina sengaja memaniskan wajahnya. Cuma menyembunyikan perasaan gusar.
"Pak cik dari mana ?"
"Dari mall." balas Aiman Alihan ringkas.
"Ouh, buat apa ?" soalnya lagi. Masih lagi tidak berpuas hati.
"Beli buku."
"Kenapa tak cakap dengan saya yang pak cik nak keluar ? Dah nak magrib baru nak balik !"
Aiman Alihan hanya menunjukkan wajah selamba.
"Macam mana saya nak bagitahu awak kalau masa saya nak keluar awak tidur. Saya dah kejut tapi awak masih lagi tidur." terang Aiman Alihan panjang lebar.
"Kejutlah banyak kali !"
"Saya memang kejut awak banyak kali tapi awak tu. Tidur mati. Plus mendengkur sampai meleleh air liur basi !"
Eyna Nurina mengetap bibirnya. Tak habis-habis nak salahkan aku !
"Ooo sekarang ni pak cik nak salahkan saya lah ni ya ?!" berang Eyna Nurina.
"Kenapa ? Awak rasa dipersalahkan ke ?" sinis Aiman Alihan.
"Pak cik jangan cari pasal boleh tak ?!"
"Bila masa pula saya cari pasal dengan awak ?" makin menjadi-jadi Aiman Alihan mengenakan isterinya.
"Saya serius !"
"Saya laaaaagi serius." ujar Aiman Alihan sambil membesar-besarkan matanya.
"Jangan buat lawak bodoh boleh tak ?!"
"Siapa bodoh ?"
"Arghhh !" Eyna Nurina menjerit geram. Manakala, Aiman Alihan tertawa.
Aku menang !
"Ok-ok kenapa ni ?" dia mula kesian melihat isterinya di main-mainkan.
"Kenapa keluar dengan Sazzy ?" akhirnya, soalan itu terpacul keluar daripada mulut Eyna Nurina.
Aiman Alihan tersentak. Mana dia tahu ni ?
"Saya memang dah pergi sana dulu. Beli buku. Tiba-tiba Sazzy call suruh saya temankan dia shopping. Jadi saya ikut je lah." terang Aiman Alihan.
"Kenapa pak cik setuju ?"
Aiman Alihan menyembunyikan senyumannya. Aik, cemburu ke isteri kesayangan ku ?
"Lah, saya kesiankan dia. Lagipun hubungan sebagai sepupu je pun."
Eyna Nurina tersenyum mengejek. Sepupu je pun ? Poyo !
"Memang bagi pak cik sepupu tapi bagi dia ? Dia suka pak cik !"
"Dia yang suka saya tapi saya cuma anggap dia sebagai adik je. Lantak dia lah !"
"Senangkan pak cik cakap ?" suara Eyna Nurina kembali kendur. Dia menundukkan kepalanya.
Aiman Alihan segera mendapatkan isterinya. Tubuh gempal itu dipeluk.
"Kenapa ni hurmmm ?" soalnya prihatin.
Tiada jawapan.
"Ok-ok kita pergi siap-siap untuk solat magrib berjemaah nanti ya. Nanti lepas siap solat, kita bincang balik. Dah azan dah ni. Tak elok kalau kita terus macam ni." pujuk Aiman Alihan lembut.
Eyna Nurina hanya membalasnya dengan anggukan. Aiman Alihan sempat mengucup lembut dahi Eyna Nurina sebelum kembali bersuara.
"Saya mandi dulu ya." katanya sambil mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
Eyna Nurina termangu di atas katil. Wajah disembamkan ke bantal. Kenapa dengan aku ni ? Takkan tu pun dah cemburu buta ?
✿✿✿
SELEPAS usai membaca doa, Aiman Alihan terus bangkit lalu duduk di birai katil. Songkok diletakkan di atas meja solek. Eyna Nurina pula sedang membuka telekungnya sebelum melangkah merapati sang suami.
"Jom kita sambung bincang..." ajak Aiman Alihan sambil membetulkan kain pelikat yang dipakainya.
Eyna Nurina hanya membatukan diri.
Melihat isterinya diam, dia terus menyambung kata-katanya. Tidak sanggup lagi mahu melihat gadis itu mendiamkan diri.
"Tadi, saya memang pergi mall sorang-sorang untuk beli buku student je. Tiba-tiba Sazzy call ajak teman dia shopping. Saya temankan lah. Sumpah, kami tak ada buat apa-apa. Please trust me..."
Akhirnya, Eyna Nurina menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum tawar.
"Maaf, kalau saya marah pak cik tadi." pintanya dengan rasa bersalah.
Aiman Alihan tersenyum sebelum mencapai lembut tangan Eyna Nurina. Digenggam erat.
"Saya maafkan awak..."
"Okaylah, saya nak pergi masak untuk makan malam. Nanti saya panggil awak."
Baru sahaja Aiman Alihan ingin turun daripada katil, Eyna Nurina terlebih dahulu menghalangnya. Dia kembali berpaling.
"Hah ?!" dia terkejut.
"Saya nak cakap sesuatu..."
"Nantilah awak cakap. Masa makan nanti ya." Eyna Nurina tetap menggelengkan kepala.
"Tak nak ! Benda ni penting. Melibatkan hidup dan mati..." dahi Aiman Alihan berkerut.
Dia kembali duduk. Dengan penuh tanda tanya, dia menunggu apa yang mahu dikatakan oleh isterinya.
"Se-sebenarnya se...se..." Eyna Nurina tergagap-gagap. Peluh dingin mula membasahi dahi.
"Sebenarya apa ?"
"Sebenarnya... Se-sebenarnya saya..."
Apa sebenarnya si Eyna ni nk ckp ?😂Duk gagap-gagap ! Tunggu next chapter yaaa🤪
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romantizm★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...