SYAF dan Ilya saling berpandangan. Kemudian, mereka beralih pula ke arah Eyna Nurina yang sedang menikmati makanannya. Wajah gadis itu kelihatan muram.
"Woi, Eyna !" panggil Ilya.
Tiada respon.
"Eyna Nurina !" sekali lagi namanya disebut.
Sama. Tiada balasan dari empunya nama.
"Kau ni ishhh..." garfu dan sudu dirampas. Perbuatan Eyna Nurina terhenti. Dia mula mengangkat kepalanya.
"Apa ?" keluhnya.
"Kenapa dengan kau ni ? Ada masalah ke ?"
"Tak ada lah. Aku okey." balasnya ringkas.
"Betul ni ?" Syaf masih lagi tidak puas hati dengan jawapan Eyna Nurina.
"Iye." akhirnya, Ilya dan Syaf mengalah. Mungkin mereka yang tersalah sangka.
"Korang !"
"Ha ?"
"Korang ada dengar cerita tak pasal Harry sekarang ?" Ilya memulakan cerita.
"Harry mana ni ? Harry Potter ?"
"Hotak kau ! Bukanlah. Putera Harry, si jejaka idaman di setiap wanita di universiti ni..."
Eyna Nurina menjengkelkan matanya. Puihhh !
"Ha kenapa dengan dia ?" Syaf semakin ingin tahu.
"Dengar cerita sekarang ni dia tengah depress. Sampaikan dah 2 minggu tak datang U."
Syaf dan Eyna Nurina terlopong.
"Kenapa pulak ?"
"Budak-budak ni kata dia sedih sebab cinta dia ditolak. And dengar cerita, perempuan tu dah kahwin rupanya."
Eyna Nurina terkedu. Dia mula menundukkan kepalanya. Ilya dan Syaf mula merapati sahabat mereka.
"Weh sorry... Aku tak sengaja."
"Tak apa, lagi pun itu salah aku. Memang aku yang salah." potong Eyna Nurina.
"Tak weh yang salah tu Harry. Dia yang kemaruk dengan cinta. Dia yang tak dapat menerima takdir."
"Aku rasa bersalah sangat dekat dia. Disebabkan aku dia dah tak datang U dan tak dapat menuntut ilmu."
"Kita doa-doakan dia baik-baik sahaja. Insya-allah Allah bukakan pintu hati dia nanti." pujuk Syaf lembut.
Eyna Nurina tersenyum nipis. Air mata dikesat kasar.
"Hai, girls !" sapa seseorang dengan riang.
Doktor Aiman Alihan !
"Hai, doktor." balas Syaf dan Ilya serentak. Namun, Eyna Nurina hanya mendiamkan diri.
Aiman Alihan sempat menjeling sekilas isterinya. Wajah gadis itu kelihatan sembab. Dia menangis ?
"Korang makan apa hari ni ?" dia mula ke tepi rasa risaunya.
"Makan mee goreng je, doktor. Biasalah akhir-akhir bulan ni."
"Doktor tak nak join sekali ?" pelawa Syaf selamba.
Eyna Nurina mengetap bibirnya. Suka hati je minah ni nak ajak orang tua ni makan sekali.
"Tak apalah. Lagipun saya datang sini saja nak jalan-jalan." tolak Aiman Alihan. Dia semakin gelisah.
"Ermmm saya pergi dulu." dia segera melangkah pergi. Jiwanya tidak tenteram.
Sayang maafkan abang sebab buat sayang menangis. Abang betul-betul tak sengaja.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...