WAJAH dimaniskan. Dada Aiman Alihan yang masih lagi berlapik dengan baju, di kuis-kuis manja. Aiman Alihan tersenyum melihat telatah isterinya.
"Kenapa sayang ?"
"Sayang nak buat satu permintaan boleh ?" mata dikelip-kelipkan.
"Apa dia ?"
"Nak naik cable car..."
"Nanti terhempas sayang." kepala Eyna Nurina yang berlapik dengan tudung di usap lembut.
"Kenapa pula terhempas ?"
"Sayang tu berat. Abang takut kang kita pula yang terhempas." senyuman Eyna Nurina mati.
"Sampai hati abang ! Pergi mati lah sana !"
Aiman Alihan terkekeh-kekeh ketawa. Nampaknya, Eyna Nurina yang garang sudah tiba !
"Kalau abang mati, siapa yang nak temankan sayang ?" bibir dicebikkan.
"Kawan-kawan sayangkan ada..." Eyna Nurina mula menjauh hati. Merajuk lah tu !
"Tapi kawan-kawan sayang tak romantik macam abang !"
"I don't care ! Tutup cerita !" dia merengus geram. Hampeh ! Nak naik cable car pun nak jadikan isu.
Aiman Alihan tersengih. Cermin mata hitamnya kembali dipakai. Aku menang lagi ! Sekarang ni tinggal pujuk teddy bear sorang ni je.
"Sayang masih marahkan abang ke ?" pipi tembam Eyna Nurina dicubit.
"Tak lah..."
"Tipu. Dah jom !" tangan Eyna Nurina dipegang erat. Dahi gadis itu berkerut.
"Jom ke mana ?"
"Naik cable car lah. Kang abang takut tidur luar pula abang malam ni." akhirnya, Eyna Nurina tersenyum.
"Jom !" tangan Aiman Alihan ditarik menuju ke kaunter. Terkial-kial lelaki itu mengikut jejak isterinya.
Siapa cakap orang badan besar lari tak laju ?
Itu semua salah okey ! Dah-dah jangan perasan lagi.
✿✿✿
BELAKANG Eyna Nurina diusap perlahan. Dahinya berkerut-kerut. Peluh mula membasahi dahi namun dalam keadaan serius macam ni dia masih lagi mahu ketawa.
Kenapa dengan Eyna Nurina ?
"Uwekkk... Uwekkk..."
"Sayang nak muntah lagi ke ?" soalnya yang masih lagi setia di sisi gadis tersebut. Pam tandas ditekan.
Eyna Nurina menggeleng lemah kepalanya. Aiman Alihan mula membawa isterinya ke katil. Mereka duduk di birai katil.
"Hahahahaha !" ketawa Aiman Alihan meletus.
Dahi Eyna Nurina berkerut.
"Kenapa abang gelak ?!" soalnya geram.
"Lawaklah sayang ni. Dia yang mula-mula beria-ia nak naik cable car tapi last-last boleh muntah ?! Tak sedar ke yang sayang ni takut tinggi ? Hahahaha !" makin galak Aiman Alihan mentertawakan isterinya.
Wajah Eyna Nurina mula berubah keruh.
"Idiot !" marahnya. Aiman Alihan tersenyum.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romansa★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...