𝔹𝕒𝕓 35

7.7K 300 3
                                    

WAJAHNYA mula kemerahan akibat menahan marah. Gigi di ketap kuat. Geram ! Nasib baiklah aku ni perempuan, kalau tak memang dah bunuh mamat tak guna ni !

"Awak nak apa lagi ?!" tengkingnya.

Bahu Putera Harry terangkat. Terkejut dengan tengkingan Eyna Nurina.

"Awak marah saya ke ? Apa salah saya ?" Putera Harry kecewa.

"Awak tanya apa salah awak ? Awak memang salah ! Kan saya dah cakap yang saya ni isteri orang. Kenapa awak masih lagi ganggu saya ?!"

"Saya tak percaya selagi saya sendiri tak jumpa suami awak !" tegas Putera Harry.

Ya, dia takkan percaya ! Sebab apa ? Sebab dia terlalu sayang dan cintakan gadis itu. Diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membawa gadis itu ke luar negara untuk berkahwin.

"Awak jangan melampau Harry !"

"Cakaplah apa yang awak nak cakap, Eyna. Cinta saya terhadap awak takkan pernah pudar."

"Harry..." Eyna Nurina terduduk lemah. Penat melayan perangai tak semenggah Putera Harry.

"Sayang, jom kita pergi dari sini. Kita kahwin okey ? Lepastu kita hidup bahagia." ajak Putera Harry sambil turut duduk di sebelah Eyna Nurina.

"Bahagia apa kalau macam tu ? Kahwin lari ?!"

"Itu je yang boleh saya buat, Eyna. Saya terlalu cintakan awak. Tapi kalau awak tak nak buat benda ni, izinkan saya masuk meminang awak..."

Eyna Nurina menggeleng lemah.

"Saya dah kahwin. Saya dah ada suami, Harry. Susah sangat ke nak faham ?" suara Eyna Nurina berubah perlahan.

"Kan saya cakap yang saya tak pencaya selagi saya tak berdepan dengan dia !"

Eyna Nurina memejamkan matanya buat seketika. Cuba untuk mengumpul kekuatan yang ada.

Harap-harap abang datang selamatkan sayang. Sayang penat nak berhadapan dengan lelaki mat saleh yang reti bahasa ni !

"Saya suami dia !" jerkah satu suara garau.

Eyna Nurina dan Putera Harry terkejut. Mereka segera berpaling menghadap gerangan yang berkata demikian.

"Doktor..." wajah Putera Harry berubah keruh.

"Abang !" tubuh sasa itu didakap.

✿✿✿

Krek...

PINTU bilik dibuka perlahan. Wajahnya muram. Tak sanggup melihat anak lelakinya yang agak murung. Bila ajak keluar bilik, tak mahu. Bila ajak berbual, sepatah-sepatah dijawabnya.

Air matanya mula mengalir. Perlahan-lahan dia mula menapak mendekati anak lelakinya yang sedang duduk di birai katil.

"Harry..." panggilnya perlahan.

Tiada sahutan.

"Harry anak mama..." sekali lagi dia memanggil.

"Ya, ma." balas Putera Harry lemah. Wajah tetap ditundukkan.

"Kamu nak makan tak ? Dah sehari kamu tak jamah makanan. Nanti kamu sakit."

Putera Harry menggelengkan kepalanya sambil tersenyum tawar.

"Harry tak lapar."

"Kenapa jadi macam ni, nak ? Terimalah takdir. Dia dah jadi isteri orang. Isteri kepada pensyarah kamu !"

Putera Harry tersenyum sinis.

"Sampai hati dia, ma. Apa kurangnya Harry ?! Harry cinta dan sayangkan dia. Jahat sangat ke Harry ni ?!" dia mula menarik-narik rambutnya.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now