𝔹𝕒𝕓 32

8K 330 6
                                    

PINTU bilik ditutup perlahan. Dengan langkah senyap, dia mula menapak mendekati Eyna Nurina yang sedang duduk di birai katil sambil bermain dengan telefon pintarnya.

"Eyna..." bahu gadis itu disentuh.

"Hurmmm ?" balas Eyna Nurina acuh tak acuh.

"Awak marahkan saya ke ?"

"Marah ? Untuk apa saya nak marah pak cik ? Macam budak-budak je !" rengus Eyna Nurina.

"Shhh... Don't call me pak cik. Call me abang." Eyna Nurina terkedu.

Abang ?

"Saya dah selesa panggil pak cik." dia mula mencipta alasan.

Aiman Alihan tetap menggeleng. Mata birunya merenung lama anak mata Eyna Nurina.

"Please ?" rayu Aiman Alihan lembut.

"Sa-saya..." baru sahaja dia ingin menghabiskan ayatnya, Aiman Alihan terlebih dahulu mencelah.

"Tolonglah sayang. Awak tak sayang saya ke ?" sekali lagi dia tersentak.

Tadi abang lepastu sayang. Boleh lemah aku dibuatnya ni. Rungut Eyna Nurina.

"Abang ? Sayang ?"

Aiman Alihan mengangguk.

"Ya, mulai sekarang abang nak kita hidup macam suami isteri yang lain. Abang nak kita bahagia berdua. Abang nak kita saling menyayangi antara satu sama lain..." ujar Aiman Alihan panjang lebar.

Eyna Nurina menundukkan kepalanya. Sebak dan malu menguasai diri.

"Saya gemuk. Kuat makan."

"Tak, sikit pun tak kisah. Disebabkan sayang suka makanlah abang jatuh cinta dengan sayang !" pipi Eyna Nurina dicubit geram.

"Ye ke ? Dulu bukan main membebel !"

Ambik kau !

"Tu dululah sayang. Abang masa tu tak ada perasaan lagi dekat sayang."

"Jap, sebenarnya saya..."

"Apa saya-saya ? Sayanglah !" geram Aiman Alihan. Eyna Nurina tertawa sebelum membetulkan panggilannya.

"Sebenarnya sayang dah lama nak tanya ab-abang..." susah payah dia mahu menyoal.

"Tanyalah."

"Kenapa abang setuju nak kahwin dengan sayang ?"

Zup !!!

Aiman Alihan tergamam. Dengan teragak-agak dia menjawab.

"Sebenarnya erm..."

Aiman Alihan menjadi serba salah.

"Abang..." tangan kasar milik Aiman Alihan diraih lembut.

"Errr sebenarnya abang kahwin dengan sayang sebab abang nak kahwin je bukan sebab cinta ataupun sayang. Bagi abang dalam umur 36 ni abang memang dah patut kahwin. Memandangkan lagi 2 bulan abang dah nak masuk 37 ni..." cerita Aiman Alihan.

"Kenapa tak cari sendiri ?"

"Sebab masa tu abang malas nak fikir. Bagi abang kahwin tu membosankan. Lagipun mama suka desak abang kahwin. Abang pun suruhlah ayah carikan..." sambungnya.

Eyna Nurina tertawa besar.

"Lepastu ayah paksa sayang kahwin dengan abang ? Ish !" Eyna Nurina mencebik.

"Hahahaha dah jodoh kita sayang..."

Pipi tembam milik Eyna Nurina dicubit geram sebelum mengucupnya lama. Eyna Nurina tertunduk malu.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now