𝔹𝕒𝕓 46

7.9K 325 32
                                    

TANGAN kasar Aiman Alihan dikucup lembut. Hari ini, lelaki itu akan ke universiti seperti biasa. Namun, Eyna Nurina tidak. Kepalanya agak sakit jadi dia mengambil keputusan untuk merehat sahaja di rumah.

"Abang pergi dulu. Sayang hati-hati tau dekat rumah. Apa-apa hal bagitahu Khai." sempat Aiman Alihan menasihati isterinya.

"Baik bang. Abang pun hati-hati tau bawa kereta tu. Jangan mengatal dekat U."

Aiman Alihan tertawa. Bibir Eyna Nurina dikucup pantas.

"Ish, tak malu lah betullah dia !"

"Hahaha okeylah abang pergi dulu. Assalamu'alaikum cinta hati abang..."

"Waalaikumsalam suami saya yang paling hensem !"

Aiman Alihan sempat melayangkan flying kiss kepada Eyna Nurina. Gadis itu turut membalasnya dengan perbuatan yang sama.

Kereta mewah milik Aiman Alihan mula menyusur keluar daripada perkarangan villa. Eyna Nurina mula masuk ke dalam rumah.

"Peningnya kepala. Baik aku rehat." putusnya.

Bilik tidurnya dituju. Dia mahu merehatkan dirinya. Semoga cepat sembuh Puan Eyna.

✿✿✿

"PUAN, sarapan sudah pun tersedia." panggil Mak Kiah. Eyna Nurina dipimpin oleh Mak Kiah sehingga ke ruang makan.

"mak Kiah makan lah sekali." ajak Eyna Nurina. Mak Kiah akur.

Belum sempat mereka ingin mengambil pinggan, telefon rumah berbunyi. Mak Kiah segera mendapatkan telefon tersebut.

"Siapa Mak Kiah ?"

"Polis."

Dahi Eyna Nurina berkerut. Telefon sudah pun beralih tangan. Dengan perasaan berdebar-debar, dia mula menyoal.

"Errr ya ada apa tuan ?"

"Ini keluarga encik Aiman Alihan ke ?"

"Ya, saya. Saya isteri dia. Kenapa ya ?" Eyna Nurina semakin cuak.

Ya Allah, selamatkanlah suamiku. Jangalah apa-apa jadi dengannya. Aku merayu sangat. Aku tak sanggup kehilangannya.

"Encik Aiman Alihan terlibat di dalam kemalangan jalan raya..."

Eyna Nurina tergamam. Dia terduduk lemah di kerusi. Dia bagaikan tidak percaya. Mak Kiah segera mendapatkan isteri majikannya.

"Puan, sabar puan..."

"Han, Mak Kiah. Di-dia excident !" air mata mula mengalir.

"Allahuakbar ! Mari, kita jumpa Khai. Suruh dia bawa puan ke hospital."

Eyna Nurina mengangguk lemah. Dia tidak berdaya. Air mata masih lagi mengalir.

"Tolong bagitahu ahli keluarga yang lain ya, Mak Kiah." arah Eyna Nurina.

"Baik, puan."

Mak Kiah kembali mencapai telefon rumah. Dia mahu menghubungi keluarga kedua-dua majikannya.

Eyna Nurina ketakutan. Abang, kuat demi sayang. Demi cinta kita. Sayang tak nak kehilangan abang. Sayang cintakan abang...

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now