𝔹𝕒𝕓 57

9K 302 12
                                    

"BAGUSLAH kamu dah sedar. Hampir seminggu kami semua tunggu supaya kamu sedar." Puan Qian Ying tersenyum lebar. Air mata masih lagi mengalir. Dia berasa sungguh gembira kerana anak gadisnya sudah pun sedar daripada koma.

Sazzy masih lagi dalam keadaan pucat dan lelah.

"Ab...abang Han ?" panggilnya lemah.

Aiman Alihan menapak menghampiri katil yang diduduki oleh Sazzy. Eyna Nurina turut ditarik mendekatinya.

"Ya, Sazzy. Ni abang..."

Sazzy tersenyum.

"Sazzy rindu abang." tangan Aiman Alihan ditarik melekap di pipinya. Aiman Alihan hanya membiarkannya.

Eyna Nurina mengetap bibirnya. Dia cuba mengukir senyuman semanis yang boleh.

Sabar Eyna sabar. Kalau diikutkan hati aku, nak je aku sekeh budak rambut perang ni ! Miang dia tak padan orang sakit !

"Sazzy, cuba hormat sikit. Eyna ada kan ?" tegur Puan Qian Ying.

Dia tidak gemar dengan sikap selamba anak gadisnya itu. Dia risau Eyna Nurina akan terasa hati dengan sikap anaknya.

"Tak apa lah mummy. Lagipun Eyna sendiri tahu pasal perasaan cinta Sazzy dekat abang Han."

Eh, makin melampau perempuan ni !

Sabar wahai tanganku, kita tengok je perempuan miang ni buat apa lagi. Kalau dia melebih, siap sedia nak melekat dekat pipi dia !

"Sazzy, please jangan mulakan..." Aiman Alihan separuh merayu.

Dahlah dia dan Eyna Nurina baru sahaja berbaik. Lepastu nak kena hadap Sazzy pulak !

"Salah ke apa yang Sazzy cakap ?"

Sazzy tidak puas hati.

Tak habis-habis nak menangkan isteri kesayangan dia tu ! Bentaknya.

"Salah, Sazzy. Sazzy kena lah jaga hati Eyna. Eyna kan isteri abang." tegur Aiman Alihan lembut.

Anak mata Sazzy mula berkaca-kaca. Eyna Nurina menundukkan kepalanya. Tak sanggup melihat wajah sayu milik Sazzy.

"Eyna, you tak kesiankan I ke ?"

Kini, dia mula meraih belas kasihan terhadap Eyna Nurina pula. Wajah sedih ditayangkan.

Aiman Alihan khuatir. Takut-takut kalau isterinya senang sahaja termakan dengan rayuan Sazzy.

"Sayang..." pegangan dieratkan.

Eyna Nurina tersenyum nipis memandang wajah risau suaminya sebelum kembali memandang wajah Sazzy.

"Maafkan saya. Saya tak sanggup kehilangan suami saya. Saya harap awak carilah lelaki lain. Lelaki yang lebih baik daripada Han..."

Sazzy pantas menggelengkan kepalanya.

"No !"

"Hei, you fikir dia hadap sangat ke dekat you ? You ni cuma tempat dia lepaskan nafsu dia je. Sebab apa ? Sebab dia selalu berkepit dengan I. I lebih seksi dan mengoda daripada you. I tahu dia tak sentuh I sebab dia takut apa-apa jadi dekat I. Ye lah, I kan adik sepupu kesayangan dia.

Nak tahu sebab apa dia sentuh you ? Sebab dia fikir you ni perempuan pemuas nafsu dia je. Lagi-lagi dapat tahu yang you ni wife dia. Lagilah ! Kesian you Eyna..."

Eyna Nurina tersentak. Dia agak terpukul.

Aiman Alihan turut sama tersentak. Dia betul-betul tidak sangka bahawa Sazzy sanggup menabur fitnah.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now