𝔹𝕒𝕓 26

7.8K 338 6
                                    

MATA Eyna Nurina terpejam-pejam menahan kelazatan buger 5 tingkat di pesannya. Aiman Alihan hanya memerhati. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Haish dia ni. Dah pukul 1 pagi boleh pula dia minta buger. Buger cheese pulak tu !

"Pak cik nak ?" buger disuakan.

Aiman Alihan menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

"Awak ni. Makan lewat malam. Macam mana badan tak makin berisi ? Perut makin boroi. Pipi makin naik. Dagu pula ada double chin. Apalah nak jadi...." bebel Aiman Alihan. Topi dikepala, dibetulkan kedudukan.

Eyna Nurina mencebik. Potong stim betullah !

"Kacaulah pak cik ni. Membebel je tahu !" sudu diletak kasar.

"Saya cakap je..."

Eyna Nurina mengetap bibirnya.

"Ish, dahlah. Malas nak gaduh..." akhirnya, Eyna Nurina mengalah. Aiman Alihan tersenyum menang.

"Agak boleh habis ke buger tu ? Sampai 5 tingkat daging awak oder. Kenapa tak oder sampai 100 tingkat ? Lagi kenyang !" sindir Aiman Alihan lagi.

Eyna Nurina mengembungkan pipinya. Dia buat lagi !

"Pak cik..." panggil Eyna Nurina dengan penuh kelembutan.

Aiman Alihan cair mendengar namanya disebut dengan nada suara seperti itu.

"Ya ?"

"Tolong saya boleh tak ?" pintanya.

"Apa dia ?" Aiman Alihan tersenyum lebar.

"Tolong senyap sekejap. Dari tadi asyik membebel. Bisinglah !"

Senyuman Aiman Alihan lenyap. Dia merengus geram.

Cis ! Terkena pulak aku !

"Fine ! Cepatlah makan. Cakap je lebih." Eyna Nurina tersengih sebelum kembali menyambung menjamu selera.

Aiman Alihan mengeluh. Tadi dekat rumah bukan main romantik mereka tapi sekarang ?

Semuanya drama !

✿✿✿

PAGI itu, Eyna Nurina rasa tubuh badan lebih elok daripada semalam. Jadi, dia mengambil keputusan untuk ke universiti seperti biasa. Dia tersenyum riang.

Dia berjalan menuju ke kantin namun langkahnya mati apabila merasakan beg sandangnya ditarik oleh seseorang. Dia segera menoleh.

Manalah tahu ada peragut di universiti, kan ?!

"Harry, what are you doing ?!" marahnya.

"We need to talk."

"No !" baru sahaja dia ingin meneruskan langkahnya, Putera Harry tetap menghalang.

"Please..." rayu Putera Harry.

"Fine !" mereka berdua berjalan menuju ke blok makmal komputer.

"So, apa yang awak nak cakap ? Cakap cepat sikit. Saya busy ni."

Kelihatan Putera Harry menarik nafasnya sebelum kembali menatap wajah Eyna Nurina.

"Saya minta maaf sebab hari tu saya ajak awak kahwin dengan saya. Saya betul-betul minta maaf. Sebagai tanda maaf saya pada awak, saya nak jemput awak ke majlis hari jadi saya malam ni."

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now