𝔹𝕒𝕓 39

7.5K 320 13
                                    

AIR mata tak henti-henti mengalir. Dia berjalan lemah menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Nafasnya seakan-akan tersekat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya sekarang.

Malam yang dingin membuatkan dia semakin pilu. Esakannya kembali kedengaran.

Lelaki setan itu ! Kenapa ?!

Sanggup ayah kahwinkan aku dengan lelaki tak guna seperti itu. Lelaki kejam. Mengambil nyawa orang bagaikan dirinya Tuhan. Mencederakan orang tanpa belas kasihan.

Benarkah dia jodohku ?!

"Ak-aku benci kau ! Lelaki setan ! Kau pembunuh ! Kau jahat !!!" dia mula meraung.

"S-setan... Setan..." suaranya kembali lemah.

"Bodohnya kau Eyna ! Boleh kau kahwin dengan lelaki macam tu ? Kau memang perempuan malang !"

Akalnya seakan-akan mengejek dirinya. Dia berasa malu terhadap Ilya dan Syaf. Tentu mereka akan mula menjauhkan diri mereka daripada dia.

Streettt...

Sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di hadapan Eyna Nurina. Lamunannya terhenti. Dahinya berkerut.

Aiman Alihan ke ?

Kelihatan seorang lelaki tinggi dan bergaya keluar daripada perut kereta. Lelaki itu yang turut sama ditemani beberapa orang lagi lelaki yang agak berbeza.

Siapa diaorang ni ?

"Hai, Puan Eyna..." sapa lelaki bergaya itu.

Mana dia tahu nama aku ? Eyna Nurina tertanya-tanya.

"H-hai, ma-mana encik tahu nama saya ?"

Lelaki bergaya tersebut tertawa kecil sebelum kembali memandang wajah sembab milik Eyna Nurina.

"Ada lah ! By the way, nama I Leong San. Just call me Leong. Nice to meet you..."

Mereka saling berbalas senyuman.

Eyna Nurina semakin tidak selesa. Lagi-lagi apabila mendapati hanya dirinya sahaja perempuan di situ.

"Errr Leong, saya kena pergi dulu. Bye !" belum sempat dia ingin melarikan diri, Leong terlebih dahulu menghalang langkahnya.

"Nanti dulu. Apa kata you ikut I."

Ikut dia ? No way !

"Sorry, saya tak berapa kenal awak." tolaknya.

"Jomlah, jangan sampai I guna kekerasan !" Leong mula mengugut. Eyna Nurina mula ketakutan.

"Aw-awak nak buat apa ?"

Leong tersenyum penuh makna. Makna yang mendalam. Eyna Nurina cuba mentafsir senyuman tersebut.

"Bawa perempuan ni masuk dalam kereta !" arah Leong tegas kepada konco-konconya.

Eyna Nurina terkedu. Belum sempat dia mahu berbuat apa-apa, tubuhnya mula ditarik oleh 3 lelaki berbadan sasa untuk masuk ke dalam kereta mewah tersebut.

"TOLONG !!!" jeritnya.

"Diamlah bodoh !" tengking Leong. Eyna Nurina kembali menangis.

"ABANG SELAMATKAN SAYANG !!!"

✿✿✿

TUAN Haikal dan Puan Lisa saling berpandangan. Mereka berasa kesian melihat keadaan anak lelaki mereka. Kusut semacam. Mengalah zombie !

"Han, papa rasa baik kamu tinggalkan sekejap rumah kamu tu. Kamu tinggal dekat Dragon's Villa dulu." Tuan Haikal memulakan bicara.

"Han tak sanggup pa. Dalam rumah tu, macam-macam kenangan yang ada di antara Han dengan Eyna. Han tak mampu..."

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now