𝔹𝕒𝕓 12

8.5K 436 12
                                    

Bang !!! Bang !!! Bang !!!

BUNYI bising beberapa das tembakan bergema di sebuah rumah agam yang agak besar. Seorang lelaki berwajah bengis meletakkan pistol digunakan untuk menembak tadi di atas meja kopi.

Kakinya diangkat lalu turut sama diletakkan di atas meja kopi. Agak biadap tapi kisah apa dia ! Matanya merenung setiap manusia yang berada di hadapannya.

" Kenji !" panggil lelaki tersebut dengan nada suara yang agak tegas.

" Ya, boss !" balas jejaka bernama Kenji itu. Dia berdiri di sebelah lelaki yang berwajah bengis.

" Lu dah jumpa belum budak bodoh tu ?! Wa tak sabar nak tembak muka dia..." ujur lelaki tersebut dengan penuh dendam.

Kenji mengeluh panjang sambil menggelengkan kepalanya. Dia sudah bersedia untuk dimaki oleh lelaki bengis itu.

" Belum lagi, Leong. Sekarang ni kitaorang tak tahu dia dekat mana." terang Kenji gugup.

Lelaki bengis yang bernama Leong itu merengus benci. Arrghhh selagi kau tak mati, selagi tu aku takkan tenang, Dragon !

Disebabkan kau adik perempuan aku bunuh diri ! Disebabkan kau tolak cinta dia, dia sanggup buat macam tu ! Disebabkan kau ! Aku akan pastikan kau mati...

" Susah sangat ke nak cari budak tu ?! Agak dah mampus ke apa !" tengking Leong.

Kenji hanya mendiamkan dirinya. Takut mahu menjawab.

" Maafkan, aku. Nanti aku suruh budak-budak ni cari." ujur Kenji perlahan.

Leong merenung tajam ke arah Kenji. Dia bangun dari duduknya. Tanpa berkata apa-apa, dia melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.

" Aku nak korang cari lagi budak bodoh tu sampai jumpa. Tak tahan aku nak dengar Leong maki hamun lagi !" arah Kenji kepada konco-konconya.

Mereka saling memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk. Senjata api di dalam kocek dikeluarkan.

Siap sedialah Dragon !

✿✿✿

"SO, siapa mangsa kita untuk malam ni ?"

Mereka saling berpandangan. Lagi-lagi Eyna Nurina. Bibirnya menguntum senyuman. Senyuman penuh makna.

"Cik Wan Arissa..."

Syaf dan Ilya saling berpandangan. Manakala, Juwita pula mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Beraninya awak nak attack Cik Wan Arissa. Setahu saya, dialah antara lecture kita yang paling garang." ujar Juwita dengan mimik muka ketakutan.

Eyna Nurina merengus geram. Lengan Ilya ditarik rapat dengannya. Dia mula berbisik.

"Weh Ilya, budak mana yang kau kutip ni ?" soal Eyna Nurina geram.

"Eh, kau ingat senang ke nak cari budak suruhan ni. Ni pun dia sendiri yang rela tau !"

Eyna Nurina mencebik. Matanya menjeling tajam ke arah Juwita.

"Dahlah, sekarang ni, aku nak kau Juwita jadi hantu. Biar kitaorang yang make-up kan. Cepat !" lantang Eyna Nurina.

Juwita yang dari tadi ketakutan, terus setuju. Lagi dia takut melihat wajah berang milik Eyna Nurina. Dengan terpaksa, Juwita merelakan dirinya disolek dengan jurusolek 'profesional'.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now