Krek...
PINTU bilik tawanan dibuka kasar oleh Tiger. Eyna Nurina hanya memandang sahaja. Sedikitpun tidak terkejut. Maklumlah, lelaki itu memang tak reti berlembut.
"Woi !" panggilnya kasar.
"Ya ?"
"Sini kau ! Aku bawakan kau nasi goreng. Ni pula air kau. Kau makan sekarang !" bungkusan nasi dan minuman diberikan kepada Eyna Nurina.
Tanpa ragu-ragu gadis itu mengambilnya. Dia terus bersila di atas lantai.
"Nanti bawakan aku burger boleh ?"
Tiger mula bercekak pinggang. Eyna Nurina mula memejamkan matanya. Dia dapat merasakan bahawa dirinya kan dimarah.
"Ewah, bukan main kau. Kau fikir kau siapa ?!" tengking Tiger.
"Ye lah ye lah. Kalau tak boleh, cakap je lah. Tak payah nak marah-marah. Membazir air liur je." bebel Eyna Nurina.
Tiger mencebik. Dia harus menunggu tawanan bosnya selesai menjamu selera.
"Ermmm encik Tiger... Encik Tiger." panggil Eyna Nurina sambil tangannya ralit membuka bungkusan.
"Kau nak apa ?!"
"Boleh tak petang ni bawa aku jalan-jalan pusing rumah ni ? Aku bosanlah. Dah lama kena kurung." sekali lagi dia mencuba nasib.
"Kalau kau lari macam mana ?"
Eyna Nurina mengeluh. Dia bagaikan mati akal. Lelaki sasa itu bagaikan tahu agendanya.
"Lari ? Aku ingatkan encik Tiger ni pandai rupanya tak ! Macam mana aku nak lari ? Rumah ni kan penuh dengan pengawal. Lagi satu, badan aku ni berisi. Nak lari mesti kau dapat tangkap punya. Buang masa aku je nak lari, kan ?" Eyna Nurina mula berhujah.
Tiger berfikir sejenak sebelum dia menganggukkan kepalanya.
"Baik ! Tapi aku kena minta izin dengan bos dulu. Kalau dia, aku akan bagi, faham ?"
"Faham. Terima kasih, encik Tiger." ucap Eyna Nurina.
"Hurmmm..." balas Tiger acuh tak acuh.
Eyna Nurina tersenyum. Dia mula menghabiskan makanannya. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk mandi.
Dalam hatinya tidak pernah berhenti berdoa agar sang suami sudi menyelamatkannya. Masuk hari ini, sudah seminggu dia menjadi tawanan Leong.
Sabarlah Eyna... Suatu hari nanti, pasti aku dapat lepaskan diri dari neraka ni !
✿✿✿
"TUAN D ! Tuan !" terkocoh-kocoh Munir berlari mendapatkan Aiman Alihan yang sedang duduk berehat di bilik tayang. Haziqah turut menemaninya.
"Kenapa dengan kau ni ? Ada apa-apa jadi ke ?" soal Aiman Alihan serius.
"Saya dah dapat jejak Puan Eyna."
Aiman Alihan automatik berdiri selepas mendengar nama sang isteri disebut.
"D-dia dekat mana sekarang ni ?! Dia selamat, kan ?" Aiman Alihan mula teruja.
Munir menjadi serba salah.
"Munir kenapa ni ? Cuba jelaskan."
"Puan Eyna telah pun ditangkap dengan Leong dan konco-konconya. Dia dibawa ke rumah lelaki tersebut..." terang Munir.
Pang !
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Lãng mạn★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...