2 bulan kemudian...
PERUTNYA yang semakin membuyung, diusap dengan penuh kasih dan sayang. Kini, usia kandungannya sudah pun mencecah 9 bulan. Tinggal tunggu masa sahaja untuk melahirkan.
Anak mummy bila dah besar nanti, jadi anak yang soleh atau solehah tau. Mummy nak anak mummy ni jaga mummy dengan daddy bila kami dah tua. Sihat ya sayang...
"Haih, mengelamun pula ibu mengandung ni." tegur Syaf.
"Betul tu. Ada orang tu tengah 'berbual' dengan baby dia dalam perut. Habis siapa nak berbual dengan kita ? Sedihnya..." Ilya menambah.
Eyna Nurina mencebik. Dia sibuk dengan dunianya.
"Sorry lah, aku terleka. Memalukan betul lah ! Tuan rumah tak layan tetamu."
Syaf dan Ilya pantas menggelengkan kepala mereka. Mereka saling berpegangan tangan.
"Kitaorang sikit pun tak kisah. Kitaorang tahu kau tengah berdebar-debar kan ?"
"Tu lah, takut pun ada." terang Eyna Nurina.
Kadang-kadang dia berasa gembira kerana bakal menjadi seorang ibu. Kadang-kadang dia berasa gementar menunggu hari yang akan tiba. Takut dengan nasibnya.
"Kau kena atasi rasa takut kau tu, Eyna. Kitaorang akan doakan supaya anak kau lahir dengan selamat." ujar Syaf.
Ilya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata Syaf.
"Terima kasih korang. Sayang korang !" mereka saling berpelukan mesra.
"Errr maafkan saya kerana menganggu puan dan juga kawan-kawan puan." tegur satu suara garau.
Pelukan dileraikan. Dahi Syaf dan Ilya berkerut melihat jejaka yang sedang berdiri di hadapan mereka sambil memegang sejambak bunga ros.
"Puan ?" soal Ilya ke arah Eyna Nurina.
"Yup !"
"Tua sangat ke kau ni Eyna ? Aku tengok, kau macam lagi muda daripada lelaki tu." soal Syaf dalam nada suara berbisik.
Eyna Nurina tertawa besar. Ilya dan Syaf semakin bingung.
"Errr puan ?"
Jejaka itu semakin tidak berasa selesa. Lagi-lagi dia sorang sahaja lelaki di situ.
"Haaa kenapa Khai ?"
"Ni, ada bunga dan kad untuk puan." sejambak bunga diberikan. Terdapat sekeping kad yang terselit di sebalik kelopak-kelopak bunga.
Dahi Eyna Nurina berkerut sambil membelek-belek bunga yang diberikan oleh 'seseorang'.
Hurmmm wanginya...
Masa untuk baca kad !
Assalamualikum isteri abang !
Malam ni pakai baju yang abang dah sediakan tau. Nanti minta Mak Kiah tau. Abang ada benda special yang tunjuk dekat sayang. Bersiap cantik-cantik untuk malam ni...Yang Benar,
𝒜𝒾𝓂𝒶𝓃𝒜𝓁𝒾𝒽𝒶𝓃Eyna Nurina tersenyum malu. Lagi-lagi apabila membaca setiap bait-bait yang tertulis di dalam kad tersebut.
"Woi, yang kau dah kenapa, Eyna ? Macam dapat surat cinta je gayanya." tegur Syaf.
"Mestilah happy. Dapat surat cinta daripada suami tercinta katakan..." tambah Ilya.
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romance★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...