𝔹𝕒𝕓 38

7.2K 301 5
                                    

"SAYANG, maafkan abang...." Aiman Alihan segera mendekati isterinya. Eyna Nurina hanya membatukan diri. Dia masih lagi terkejut.

"Sayang, maaf..." perkataan maaf berulang-ulang keluar daripada mulut Aiman Alihan.

"K-kau siapa sebenarnya ?"

Aiman Alihan terkedu. Namun, dia kembali tenang.

"Dulu, orang panggil abang Dragon."

Pang !

Kenyataan Aiman Alihan membuatkan Eyna Nurina rasa seperti ditampar.

Dragon, orang yang bengis dan kejam. Ditakuti orang sekeliling. Kini, lelaki kejam itu suamiku ?

Allahuakhbar...

"Kau yang bunuh Qamarul ?! Kau memang tak guna !" Eyna Nurina mula berang.

Aiman Alihan hanya berlagak tenang. Namun di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia benar-benar kecewa.

"Sayang masa tu abang..."

Belum sempat dia ingin meneruskan kata-katanya, Eyna Nurina terlebih pantas memintas.

"Dah, aku tak nak dengar lagi apa-apa yang keluar daripada mulut lelaki pendusta macam kau !"

Aiman Alihan terdiam.

"Baiklah, jom tidur. Esok sayang kena pergi U macam biasa, kan ?" Aiman Alihan mula menukar topik.

"Ermmm tapi aku tak nak sekatil dengan kau."

"Sayang dah lupa ke syarat-syarat yang abang bagi masa malam perkhawinan kita ?" Aiman Alihan sedih.

Eyna Nurina mengetap bibir. Cuba mengingatkan semula ingatannya.

"Pertama, saya nak kita tidur sekatil. Walau apa pun terjadi, kita kena tidur sekatil. Kedua, tiada batas aurat di antara kita. Ketiga, tolong hormat saya sebagai suami awak. Dan yang terakhir, awak kena setia dengan saya. Saya benci pengkhianat."

Ah, syarat bodoh tu. Keluhnya.

"Apa-apa je lah ! Puas hati kau, kan ?!" Aiman Alihan tersenyum lebar.

Eyna Nurina mula merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia mengiring membelakangi suaminya. Aiman Alihan turut sama baring tanpa memakai semula bajunya.

"Good night cinta hati abang. Abang cintakan sayang sampai bila-bila..." bisik Aiman Alihan ditelinga Eyna Nurina.

Eyna Nurina memejamkan mata. Perlahan-lahan air hangat kembali mengalir. Dia tidak dapat menahan sebak di dada.

Sayang pun cintakan abang tapi suami yang Eyna kenal dah hilang. Eyna kecewa, bang. Getus hatinya.

✿✿✿

AIMAN ALIHAN membuka matanya perlahan-lahan. Sinaran matahari dari luar membuatkan dia terjaga. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah isterinya yang masih lagi tidur.

Rambut panjang itu dibelai dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kelat.

"Abang minta maaf, sayang. Abang tak ada niat pun nak kecewakan sayang tapi abang tak sanggup nak menipu sayang lagi. Abang takut kehilangan sayang."

Bibir merah itu dikucup lama. Hatinya rasa tidak tenteram. Dia rasakan ini kali terakhir dia dapat menyentuh isterinya. Tak tahu kenapa perasaan itu hadir.

Kring... Kring...

Dia mengeluh sebelum mencapai telefonnya yang terletak di atas laci bersebelahan dengan katil. Dia menekan 'speaker' sebelum menjawab.

BOOK 4: DRAGON'S WIFE √Where stories live. Discover now