DAHINYA berkerut melihat kertas yang berada di tangannya perisiknya. Kertas apa tu ? Dengan pantas dia mengambil. Tulisan yang terdapat di kertas tersebut dibaca. Dia tersenyum lebar.
Menarik !
"Lǎobǎn hǎo ma ? (Macam mana, boss ?)" soal lelaki yang diberi tugas perisik itu.
"Gàn dé hǎo ! (Bagus !)" puji Leong. Senyumannya semakin lebar.
Lelaki itu tersenyum. Nampaknya dia bagus melakukan kerja yang diberikan.
"Nà wǒ gāi zěnme bàn ? (Jadi apa patut aku buat ?)"
"Shǒuxiān, wǒ xīwàng nín zhǎodào tā de qīzi bìng jiàn tā. Shíjiān dàole, nǐ dài tā de qīzi lái kàn wǒ. Nǐ zhīdào wǒ xiǎng zuò shénme...(Mula-mula, aku nak kau cari isteri dia lepastu intip dia. Bila tepat pada masanya, kau bawa isteri dia jumpa aku. Tahulah apa aku nak buat...)"
Kening Kenji terangkat tinggi.
"Nǐ xiǎng lǎobǎn gēn nàgè nǚhái zuò shénme ? (Boss nak buat apa dengan perempuan tu ?)" soalnya ingin tahu.
Leong tertawa besar. Lagaknya seperti orang hilang akal.
"Wǒ xīwàng tā de qīzi cháng cháng wǒ de xiǎo mèimei jīngshén ! (Aku nak isteri dia rasa macam mana arwah adik perempuan aku rasa !)"
Kenji dan konco-konconya saling berpandangan. Gerun melihat wajah Leong yang bertukar bengis.
"Shā sǐ ? (Bunuh ?)"
"Bǐ nà gèng zāo hahahahahahaha ! (Lebih teruk dari itu !)"
Mereka semakin kecut perut.
"Qiángjiān ?! (Rogol ?!)" teka Kenji lagi.
Leong tidak membalas sebaliknya hanya tertawa besar. Bawah bibirnya yang agak gelap akibat merokok, dijilat.
Kenji terlopong. Nampaknya dendam ketuanya kepada Dragon tidak pernah terpadam !
Dragon, siap sedialah untuk menerima apa itu kehilangan !
✿✿✿
EYNA NURINA memandang segenap rumah agam milik keluarga Putera Harry. Mungkin bagi orang lain rumah tersebut sangat luar biasa tapi baginya rumah tersebut biasa-biasa sahaja. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dengan dirinya. Mungkin dia jenis manusia yang tidak memandang harta ?
"Hai, darling !" tegur seseorang dengan nada suara ceria.
Eyna Nurina hanya mendiamkan diri. Dia dapat mengagak siapa yang menegurnya.
Siapa lagi kalau bukan Putera Harry ?
Dia seorang sahaja yang berani memanggil Eyna Nurina dengan panggilan 'darling'. Memang tak tahu malu !
"Ermmm ?" balasnya acuh tak acuh.
"Kenapa awak tak makan ? Makanan dekat sini tak sedap ke ?" soal Putera Harry agak sedih.
![](https://img.wattpad.com/cover/199932490-288-k482185.jpg)
YOU ARE READING
BOOK 4: DRAGON'S WIFE √
Romans★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Kalau ada jalan cerita ataupun watak yang sama, mungkin hanya lah kebetulan🚫 ⚠️DIL...